Bab 3

165 5 0
                                    

Sudah seminggu berlalu sejak Aisha bercakap dengan ibunya itu. Seminggu jugak dia tak berjumpa dengan Ian itu. Apa dia kisah, aman hidup dia takda orang kacau. Kalau tak cari pasal sahaja kerjanya. Aisha sedang bersiap siap untuk ke tempat kerjanya. Setelah dirasakan cantik, dia keluar lalu mengambil handbegnya.

sambil sambil berjalan ke tempat kerjanya dia tersenyum sendirian. Bila lah agaknya Alif itu nak melamarnya. Rasa dah lama mereka bercinta sekali pun Alif tak pernah bagitahu niatnya nak menghalalkan Aisha. Dia dirundung pilu. Namun dia kembali ceria. mungin Alif tak bersedia lagi tak? Lagipun dia masih tak dapat kerja yang betul lagi untuknya. Kerja di 7-E hanya sementara sahaja. Aisha menghiburkan hatinya sendiri. Sungguh dia sayangkan Alif itu.

🌸🌸🌸🌸🌸

"Alif... bila kita nak kahwin ni?" kata Clara kekasih Alif itu. 

Alif mengeluh perlahan. "I tengah kumpul duit ni. Nanti kita kahwin tau. Jangan risau I sayangkan you okay."

"Hmmm okay. Tapi janji nanti you kena kawin dengan i okay? I tak nak you kahwin dengan Aisha tu. i tak nak dia rampas you dari i."

"Ye i janji akan kahwin dengan you. Aisha tu jangan risau. I nak mainkan dia. Seronok tau. Dia tu naif sangat sampai tak tahu bf dia ni ada orang lain." kata Alif.

"hmm okay. tapi bila you nak bagitahu dia pasal kita. kadang kadang i kesiankan jugak kat dia tau." kata Clara

"Nantilah dulu. nanti i bagitahu okay. when times comes." kata Alif. 

"Okay... I saaaayang you tau." kata Clara sambil memeluk lengan Alif.

"I pon sayang you jugak." Alif tersenyum.

🌸🌸🌸🌸🌸

"Weh kau okay ke tak ni?" tanya Haziq kepada Ian. Dari tadi lagi dia melihat Ian yang duk termenung itu. Selama seminggu mereka outstation pon Ian asyik termenung je. Ingat bini kat rumah ke apa?

"Hah? aaaa aku okay je..." kata Ian.

Haziq tersenyum. "Kau tak payah nak cakap okay sangatlah. aku kenal lah kau ni. kau kenapa sebenarnya? cer cerita kat aku. mana tahu aku boleh tolong kau" Kata Haziq lagi.

"Betul kau boleh tolong aku?" Tanya Ian.

"Kau tak cerita lagi mana aku nak tahu boleh tolong ke tak." Kata Haziq.

"Hmmmm. Okay." Ian menggaru kepalanya.

"Camni. Aku ada jiran ni tau. Perempuan. Cantik gak lah. Dia comel comel gitu. Pakai tudung memang tutup aurat lah. Aku selalu gak usik dia tu. But suatu hari ni aku ikut dia. Masa tu dia dating dengan pakwe dia. Haaaa mase hari aku ajak kau tu tau. Aku ushar dia lah."

"Ehh jap jap jap. Kau ushar dia kenapa? Kau suka dia kan?" Tanya Haziq. Kawannya itu tak pernah buat perangai tak semengah macamtu. Ni first time. Mesti ada something ni.

"Ishh kau ni! Cerita tak habis lagi ni! Sabar lah jap!" Marah Ian manakala Haziq tersengih.

"Masa aku ushar dia tu nothing happens yelah like typical couple. Gelak gelak macamtu. But the story begins when jiran aku tu dah balik." Kata Ian sambil mengangkat keningnya. Saja buat buat saspen kat Haziq.

"Haaa kenapa kenapa?" Tanya Haziq dalam nada saspen nye. Potong stim betul Ian ni. Boleh pulak dia stop time tengah syok dengar.

"Bila jiran aku tu balik, entah dari mana datang pulak sorang perempuan ni. Dia punya personaliti lain gila dari jiran aku tu. Baju seksi dowh. And kau tahu apa dia cakap kat pakwe jiran aku tu?"

Jiran Sebelah RumahWhere stories live. Discover now