Bab 5

195 4 0
                                    

Selepas dia berkata sedemikian, dia memimpin Aisha keluar dari bilik itu. Kesian Aisha.

Aisha menunduk sahaja dari tadi.

"Aisha...." Panggil Ian sambil memandangnya.

Aisha diam. Dia masih menunduk.

"Aisha?" Panggilnya lagi.

Dia menunduk memandang Aisha. Kelihatan butir butir jernih di tubir matanya.

"Aisha janganlah nangis..." Kata Ian. Dia membawa Aisha ke dalam pelukannya.

Aisha tidak dapat bertahan. Dia menangis semahunya di bahu Ian.

"Iannn....... Huwaaaaaaaa. Ss ssss saya sedih. Ssya tak dapat kawal perasaan saya. Sss ssaaya cuba unn unntuk tak menangisss.. Taa tapi tak boleh... Kenapa dia buat saya macamni Ian... Saya sayang diaaa.." katanya kepada Ian.

"Aishaa janganlah nangis macamni. Dia dah tinggalkan kau. Dia tak sayangkan kau pun. Dia curang dengan kau. Kau tak boleh macamni. Kau kena kuat. Jangan nak harapkan dia lagi. Move on Aisha. Lupakan tentang dia. Buang semua memori tentang dia. Aku yakin kau boleh." Katanya sambil menggosok belakang Aisha.

"Awak cakap senang lah bukan awak yang kena. Macam mana saya nak lupakan dia sekelip mata je? Banyak kenangan saya dengan dia." Kata Aisha lagi.

"Kau boleh nak ingat kenangan kau tapi cuba kau ingat apa yang berlaku tadi. Ingat balik dia buat apa tadi kat kau. Kau nak ke ada suami yang macam tu? Kau nak?" Tanya Ian.

"Tak nak..." Kata Aisha perlahan.

"Hah dah tu. Dah lupakan je dia. Tak bawak apa apa yang bermakna pon dalam hidup kau" tambah Ian.

"Tapi macam manaaa?" Tanya Aisha.

"Akukan ada?" Jawab Ian tersengih. Aisha yang mendengar melepaskan pelukannya dari Ian.

"Apa?" Tanya Aisha.

"Aku cakap akukan ada. Aku boleh jadi boyfriend baru kau. Kan tadi aku mengaku aku boyfriend kau kat ex kau tu."

Aisha mencubit Ian kuat. "Ish awak mengarut apa ni? Tadi tu awak saja je cakap macamtu sebab nak sakitkan hati dia kan? Jangan nak main main lah!" Kata Aisha. Tangisannya dah berhenti.

"Tapi aku serious ni Aisha" kata Ian serious. Dia memandang anak mata Aisha. Aisha juga memandangnya. Alamak hensem lah pulak dia ni. Kata Aisha dalam hati.

Ian menahan senyum. "HAHAHAHA takdalah aku gurau je. Werkkk! Kau tertipu kan dengan lakonan aku?" Kata Ian.

Aisha geram. Hampeh punye Ian. "Eeeeee meh sini saya cubit awak lagi!" Kata Aisha. Ian tetap Ian yang suka kenakannya. Ian dah mengelak. Dia berlalu jauh tu tinggalkan Aisha yang terjengket jengket dengan kakinya yang sakit itu.

"Awak janganlah lari! Tolonglah saya ni. Saya nak jalan!" Jerit Aisha.

"Opppsss ok ok. Dah jom balik" kata Ian.

"Tapi sebelum tu...." Kata Aisha, dia memegang pinggang Ian dan mencubit sekuat hatinya.

"Aishaaaaaaa... Adududududud...."

🌸🌸🌸🌸🌸

Mereka berdua telah sampai di rumah Aisha. Ian memapah Aisha ke sofa rumahnya. Sampai sahaja di sofa, Aisha duduk dengan letihnya. Penat kau jalan kaki sambil kaki sakit ni.

"Terima kasih Ian. Sebab sudi tolong saya." kata Aisha

"Apalah sangat. Kau kan jiran aku mestilah aku tolong kau." kata Ian.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 08, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Jiran Sebelah RumahWhere stories live. Discover now