Berikan aku laluan.. Yang indah dan benar.. Aku perlukan tujuan.. Tuk bersinar. Jangan bagi aku arahan.. Aku bukan pembantumu.
Aku mahukan jalan yang terang. Hiasi malam gelapku. Tunjukkannya kepadaku sekarang. Akukan jadi cahayamu.
Kekallah bersama aku. Akukan sentiasa denganmu. Kalau kau sedih, beritahuku. Akukan berimu bahuku. Luahkan segalanya jangan risau. Aku turut rasainya...
Tak mengapa kalau kau mahu berhenti.. Untuk seketika. Jangan pernah kau berfikir untuk mengalah. Aku faham apa yang kau rasai... Kita sama. Jangan fikir kau sudah kalah
Tentu kitakan letih. Tak mengapa untuk berhenti. Berehatlah... Aku bersama disisi.
Hidup umpama roda. Jadi jangan fikir kaukan terus diatas.. Jangan pernah merasa kecewa. Kau masih ada peluang... Jangan pernah tunjukkan kesedihanmu
Kekallah bersama aku. Akukan sentiasa denganmu. Kalau kau sedih, beritahuku. Akukan berimu bahuku. Luahkan segalanya jangan risau. Aku fahami dirimu..
Tak mengapa kalau kau mahu berhenti.. Untuk seketika. Jangan pernah kau berfikir untuk mengalah. Aku faham apa yang kau rasai... Kita sama. Jangan fikir yang kau sudah kalah
Tentu kitakan letih. Tak mengapa untuk berhenti. Berehatlah... Aku bersama disisi...
Hulurkan tanganmu. Bersama denganku. Tempuhi segalanya. Ayuh kita maju ke depan. Tak perlu gementar kerana kau ada aku...
Inilah laluan yang aku pilih... Terus bersama, dengan kawan dan keluargaku. Sentiasa ada bersamaku. Aku takkan pernah rasa menyesal. Ini laluan aku
YOU ARE READING
My Songs
Non-FictionLagu-lagu yang hanyalah ditulis oleh saya sendiri. Meluahkan segalanya. Ada sedikit cover dari lagu lain. So jangan kecam😂 Korang boleh datang sini tengok dan baca saya punya lagu sendiri. muzik latar belakang? Sorry tak ade... kalau nak guna lagu...