TERMA DAN SYARAT PENERBITAN DI BAWAH NAMUWOLF PUBLISHING

21 2 0
                                    

1. Karya adalah ASLI daripada pengarang/penulis.

2. Karya Dwibahasa samada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

3. Mempunyai manuskrip penuh, halaman minimum 200 muka surat hingga maksimum 700 muka surat.

4. Manuskrip menggunakan Format Microsoft Word; Font Saiz 11, berhuruf Ebrima dan dilangkau 1.5 baris.

5. Lengkapkan manuskrip dengan mesej yang padat, bermoral, ekspresif, dan tidak dimuat turun atau diambil atau diciplak dari mana-mana karya penerbit dan penulis lain.

6. Elakkan dari menyentuh isu-isu sensitif, mempersendakan agama dan undang-undang.

7. Genre adalah BEBAS. Walaubagaimanapun, pengarang/penulis dinasihatkan tidak menyentuh isu/topik penulisan berunsur LGBTQ.

8. Penambahbaikkan cerita adalah di bawah persetujuan pengarang/penulis serta perbincangan pihak kami, namun pengarang/penulis boleh memilih sama ada untuk bekerjasama dengan penyunting kami ataupun tidak.

9. Pengarang/penulis boleh memilih untuk Menerbitkan Karya Tanpa ISBN atau Membeli Sendiri ISBN. ( Syarat ini hanya tertakluk kepada bukan warganegara Malaysia )

Jika anda memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan di atas, sila emelkan manuskrip penuh anda ke namuwolfpub@gmail.com . *Sila sertakan juga 'Sinopsis Cerita', 'Nama Penuh', 'Nama Pena', 'Nombor Telefon' serta 'Alamat Penuh' anda untuk kami hubungi.*

Manuskrip anda akan dinilai oleh penilai kami dalam masa 4 minggu. Pihak kami akan menghubungi anda sama ada manuskrip anda 'Diterima/ Ditolak/ Perlu Dirombak' untuk penambahbaikkan.

Sekiranya anda belum menerima apa-apa maklumbalas daripada pihak kami dalam tempoh 4 minggu selepas penghantaran manuskrip, sila hubungi pihak kami melalui emel seperti yang tertera.

SELAMAT MENCUBA !

THE NAMU WOLFIEWhere stories live. Discover now