«01»

15 6 4
                                    

“KIM HEARA, BAK BALIK BISKUT OREO AKU!!!”

Aku yang mendengar nama aku diseru bagaikan monyet mintak pisang mula tergesa-gesa menyarung kasut sneakers milik aku. Mulut pula tidak henti-henti mengunyah tiga keping biskut oreo sekali gus.

Dengar sahaja tapak kaki seseorang semakin mendekati, terus sahaja Aku bergegas pergi dari situ. Gigih juga aku berlari sambil memegang satu lagi peket oreo yang masih belum dibuka.

Ek eleh, Hearyun. Oreo je pun. Action je lebih. Bukannya aku ambil cadbury dia pun. Bersyukur lah sikit aku masih baik dan hanya ambil oreo.

Aku mula berhenti apabila sudah sampai ke stesen bas. Orang ramai yang turut menanti bas hanya membuat kerja masing-masing. Mata aku melilau mencari tempat duduk. Saat terpandangkan sebuah tempat duduk kosong disebelah seorang nenek tua, terus sahaja aku cepat-cepat melabuhkan duduk.

Daripada menunggu lagi 30 minit bas sampai dengan berdiri, baik aku duduk aja. Semua ni salah Hearyun. Kalau aku tak kantoi curi oreo dia pagi tadi, mesti aku tak akan sampai awal macam ni dekat sini.

Eh tak.

Semua ni salah oreo lah kan?

Kalau dia tak wujud dalam kabinet tu, mesti aku tak curi.

Eh tak lah.

Kalau Hearyun tak beli pastu tak letak dalam kabinet tu mesti aku tak curi. Baru betul.

Jadi, semuanya salah Hearyun.

Jap. Aku rasa tak juga lah. Kalau aku tak curi, benda ni tak akan terjadi. Aku tak akan terkantoi dan tak akan datang awal. Tapi, kenapa aku rasa macam tak rela aja nak salahkan diri sendiri ni?

Sedang aku masih bermonolog dalaman, tiba-tiba terdengar satu tangisan disebelah aku. Aku menoleh kesebelah kiri. Seorang pak cik yang sedang elok menikmati secawan teh panas sambil membaca surat khabar. Eh, mana dia dapat teh tu?

Aku menoleh kesebelah kanan pula. Seorang nenek tua dengan mata yang berair sambil memegang telefon pintar. Tiba-tiba aku rasa simpati. Aduh, aku memang tak bolehlah tengok orang tua sedih-sedih ni. Dan, dengan penuh sopannya aku mula menegur nenek tersebut.

“Kenapa ni nek? Kena cerai ke?”

Tiba-tiba sahaja paha aku menerima tamparan padu dari nenek tersebut sebaik sahaja aku bertanya. Aku berkerut. Tak sangka pula bertanya aja dah dapat sakit. Eh, bahaya betul nenek zaman sekarang ni.

“Kau, bebaik sikit cakap. Aku nangis ni sebab ni!” Marah nenek tersebut lalu menunjukkan skrin telefon pintarnya kepada aku. Tiba-tiba aku rasa berdosa pulak dekat Hearyun. Kalau aku tak curi oreo dia, pasti aku tak kena karma di pagi yang mendung ni. Tapi, mata aku tetap juga mengerling kearah skrin telefon nenek tersebut.

Huh?

Fuh, famouse betul nenek senah ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Fuh, famouse betul nenek senah ni. Aku punya ig pun macam hidup segan mati tak mahu aja. Tiba-tiba rasa dengki pula dekat nenek sebelah aku ni. Teliti punya teliti, aku masih tak jumpa penyebab nenek Senah gomez ni menangis.

“Apa benda sebenarnya ni nek? Saya tak fahamlah?”

“Oh my god! Kau tahu tak-”

“Tak tahu.”

Belum sempat Nek Senah Gomez habis berkata-kata aku sudah memotong terlebih dahulu. Duh panjang pula nama nenek ni. Aku play along dengan nek senah jelah.

“Teruk benar budak zaman sekarang ni. Macam ni-”

“Bas dah sampai!” Jerit seorang budak lelaki yang aku tidak kenali. Nek Senah yang berada disebelah aku hampir saja ingin mencarut apabila percakapannya asyik dipotong. Well, bukan salah aku kan?

Belum aku berkata apa-apa, Nek senah sudah berlalu pergi sambil menghentak geram kakinya. Dan, aku pun turut sama melangkah masuk kedalam bas apabila orang ramai mulai berpusu-pusu masuk.

--°•°•°--

AKU memandang kearah cikgu sejarah yang sedang menghabiskan beberapa liter air liurnya didepan. Bukan nak mengumpat, tapi cikgu sejarah tu kalau bercakap mesti tersembur air liur. Nasib baik lagi dua minggu aja lagi aku dah nak ambil exam VQE. Tak tahu VQE tu apa? Huh, katak bawah tempurung sungguh lah.

Victoria highschool qualification exam. Ianya peperiksaan yang diadakan sekali setahun dimana-mana sekolah yang terpilih oleh sebuah organisasi besar. Dan hanya orang yang betul-betul kaya sahaja yang layak ke sekolah ini. Namun, aku akan pastikan yang aku akan dapat tawaran kesekolah tu sebagai seorang pelajar scholarship.

Inilah satu-satunya peluang yang aku bakal rebut untuk aku berjaya di masa akan datang. Sebuah sekolah idaman semua pelajar. Semua yang telah graduted dari sekolah tu, semua berjaya dengan jawatan dan peluang pekerjaan yang bukan calang-calang. Itu semua yang aku dengar pasal sekolah tu lah.

Aku akan pastikan yang aku dapat ubah nasib keluarga aku. Dan aku ingin buktikan yang aku bukannya lemah seperti mana budak setaraf aku yang hanya datang dari keluarga yang biasa.

Sebab, aku adalah Kim Heara!

“KIM HEARA! SAYA PANGGIL AWAK DARI TADI LAGI!! BANGUN DAN JAWAB SEMUA SOALAN YANG SAYA TULIS DI DEPAN NI!”

Suara lantang cikgu sejarah aku bergema disetiap sudut kelas. Aduh, cikgu ni perasan ke aku bermonolog dalaman sedari tadi? Eh tolonglah, aku sedang jelaskan tentang VQE kot.

“BANGUN DAN DATANG DEPAN SEKARANG JUGA!!”

Dengan rasa malasnya aku mula bangun dari kerusi. Aku memang bukan seperti watak heroin dalam cerita fanfic yang korang pernah baca.  Trust me, my life full of sarcasm. Aku brutal dan comel. Eh eh terfaktakan pula.

Apa-apa pun aku rasa aku kena berdiri dekat luar kelas lepas ni. Aku yakin.



--°•°•°--


SEPERTI apa yang aku katakan tadi, dan ya sekarang aku sedang elok berdiri diluar kelas seorang diri. Aku rasa memang betul jawapan aku tadi. Apa-apa aja lah.

Sedang aku kesepian dan sungguh keseorang berada di depan pintu kelas, tiba-tiba orang yang aku paling tak suka sepanjang aku dilahirkan muncul pada pandangan aku.

“Annyeong, Heara-ssi! Miss me?”

Aku menggulingkan mata aku ketas tahap boleh nampak mata putih sahaja. Nampak tak tahap menyampah aku tu?

Please say yes.

“Are we that close? Siap ber 'ssi' dengan aku ni?”

Lelaki itu tersenyum sinis.

Yes... We are. Too close isn't ? Hello my  dear ex!

Oh damn this bastard.

Who he is?

Of course that annoying one.

Jeon Jungkook.

Stolen Heart | KTHWhere stories live. Discover now