01

14 1 0
                                    

Kringgg kringg kringgg kringgg!!!!!

Sofea Qistina terjaga apabila bunyi penggera telefon berbunyi

'Laa , baru pukul 10....'

'Ha! Dah pukul 10 , kejap lagi pukul 12.30 dah nak gerak'

Sofea Qistina menggosok gosok matanya untuk hilangkan kantuk. Dia mengambil handphone yang berjenama Apple itu untuk mematikan bunyi penggera yang bingit itu. Tanpa berlengah , Sofea Qistina terus berjaga dari lamunannya dan bangun dari katil untuk mandi bagi membersihkan diri kerana dia sudah terlewat memandangkan hari ini merupakan hari pertama dia menjejakkan kakinya ke universiti sebagai mahasiswi baharu setelah berbulan bulan lamanya tanam anggur yang tidak membuahkan apa apa hasil

Oh lupa nak kenalkan diri

'Sofea Qistina binti Ahmad Zakry? Yes itulah aku
Aku hanya seorang gadis biasa biasa sahaja , tak adalah terlalu lawa dan tak jugak terlalu buruk , orang cakap sedap mata memandang. Aku memiliki campuran British-Malay-Chinese , mummy aku orang British, daddy aku orang Malay-Chinese'

'Umur aku? 18 tahun dah lama habis SPM
Kini aku dah nak masuk universiti dah , dan ini hari pertama aku di sana
Aku ditempatkan di UITM Tapah dalam bidang perakaunan
Tapi aku agak cuak ni sebab UITM Tapah tu ada dalam kawasan berdekatan hutan since aku ni tinggal di kota yang serba mewah ni'

'Aku? Aku ni sebenarnya lembut je , sopan santun ayu , sebab aku jenis seorang yang suka berpakaian macam perempuan melayu terakhir dan aku suka warna merah jambu , itu warna kegemaran aku. Tapi aku ni jadi ICE QUEEN dengan lelaki je, YES LELAKI , sebab bagi aku lelaki ni semua sama je , dasar ayat manis buaya.'

'Mummy and daddy aku? Mummy aku merupakan housewife je sebab aku anak tunggal, aku tak ada adik beradik , daddyy aku pulak seorang engineer.'

Selesai sahaja membersihkan diri, dia mengenakan sepasang baju kurung moden berwarna biru cair yang dihiasi dengan corak bunga bunga kecil berwarna merah jambu. Iya, inilah style Sofea Qistina, dia bukan seorang yang terlalu ikutkan sangat dengan trend terkini yang baginya agak melampau dek akal itu, cukuplah pakai biasa biasa sahaja kerana baginya simple dan selesa, tak gitu? Kemudian rambutnya disisir lalu ditocangkan seperti ekor ikan. Lalu dia mengenakan sedikit solekan tipis untuk memberikan wajahnya nampak lebih bermaya dengan mengenakan sedikit 'blusher' dan lipstick. Dan buat kali terakhir dia menilik dirinya di cermin. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, dia pun memakai jam tangan pemberian daddynya kerana berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM.

Kemudian buat kali terakhir dia mengucapkan selamat tinggal kepada bilik tidurnya kerana baginya keenakan ketika dapat merebahkan diri pada katil yang empuk itu merupakan perkara terakhir yang dia ingin lakukan namun apakan daya, dia tidak ingin diulit dengan sifat kemalasan oleh itu dia terpaksa melepaskan jugak keempukan katilnya itu. Setelah selesai berdrama TV3 dengan biliknya itu, dia mula menuruni tangga sambil membawa segala barang dan peralatan untuk dibawa ke universiti.

"Aduh, banyaknya beg nak bawak, kenapala perempuan kena bawak banyak barang, kan best kalau jadi lelaki, barang pun tak banyak, ni jenuh ni aku nak bawak. Kena mintak tolong mummy dengan daddy ni kalau aku je bawak sorang tak larat." Ketika dia sampai ke ruang tamu di tingkat bawah , dia sempat mencari kelibat mummy nya namun tidak dia temui, malah dia juga mencari merata di dapur, di perkarangan rumah . "Mana mummy ni aduh takkan la tak turun turun lagi, ni dah pukul 10.45 dah takkan tak siap lagi macam dia pulak yang nak mendaftar" , bisik Sofea Qistina lalu dia mula memanggil mummynya "Mummy, cepat Mummy, dah pukul 10.45 dah. Sof nak mintak tolong mummy angkatkan barang ni, daddy tak ada sebab dia pergi keluar nak isi minyak. Sof tak larat nak angkat sorang sorang ni Mummy"

Baby Breath LoveWhere stories live. Discover now