05

2 0 0
                                    

Selesai sahaja solat Maghrib dan solat Isyak berjamaah, pelajar pelajar mula beransur keluar daripada Pusat Islam , begitu juga dengan Sofea Qistina dan Mya Zahirah.

"Wey Sof, kau tunggu kejap boleh tak? Aku nak pergi toilet jap, nak membuang , hehe" sambil menghulurkan bagnya kepada Sofea Qistina.

"Ha cepat sikit , jangan lambat sangat, esok class dah mula aku nak tidur awal ni" balas Sofea Qistina lalu dia duduk di taman berhampiran dengan Pusat Islam tersebut.

Rykarl Haqimi pun keluar dari Pusat Islam, tiba tiba dia terpandang susuk tubuh gadis yang berada di taman. 'Itu bukan dia ke?' kata Rykarl Haqimi. Lalu mulalah keluar idea nakalnya untuk mengenakan gadis itu.

'Karl, macam pernah aku dengar je nama tu, tapi dekat mana ya?' Omel Sofea Qistina seorang diri, kemudian ada makhluk dari belakang mula menyergahnya.

"Bahhh!!!" Rykarl Haqimi muncul dari belakang untuk mengejutkan Sofea Qistina. "Eh pocot mak kau terbang" latah Sofea Qistina. Hari ini sahaja sudah berapa kali dia melatah disebabkan orang suka mengejutkannya. Rykarl Haqimi mula menghamburkan tawa dek kerana telatah lucu Sofea Qistina.

"Ahahahahhahahahaha, mak siapa terbang? Puih harap je kasar tapi kaki latah jugak rupanya ahahahahah" kata Rykarl Haqimi sambil memegang perutnya kerana senak setelah penat mentertawakan gadis itu.

"Kau nak apa kacau aku ni malam malam ni kene sampuk apa eh?" kata Sofea Qistina bengang dengan tindakan Rykarl tadi sambil menjelingkan matanya ke atas.

"Tak adalah kau tu, aku tengok tengah termenung, tu aku saje sergah kau. Kau fikir siapa, pakwe eh?"

"Haah tengah fikir pakwe, kenapa salah ke fikir pakwe? Tak salah kan"

"Oh siapa pakwe kau tu? Handsome sangat ke dia sampaikan aku yang terletak helok depan mata kau ni yang handsome ni kau tak angau, tapi dia tu kau angau"

"Dia taklah handsome mana pun, tapi bila dia laungkan azan tu ya Allah , tuhan saje yang tahu betapa lunak merdunya suara dia. Kau ingat tak yang imamkan kita tadi tu? Dia lah pakwe aku. Nama dia Karl"

'Gulp!' Tergamam Rykarl Haqimi apabila mendengar pengakuan daripada Sofea Qistina.

Sofea Qistina sedang berada dalam dunianya sendiri menghayati keindahan ciptaan Tuhan yang satu itu. Andai kata suatu hari nanti dia ditakdirkan untuk bertemu dengan lelaki tersebut, pasti dia akan berkawan dengannya. Tapi memikirkan keadaannya yang satu itu, terus dia mula kembali kepada realiti.

Dalam keadaan Sofea Qistina menghayati dunianya sendiri, Rykarl Haqimi juga tiba tiba terfikir

'Takkan perempuan ni suka Karl kot' gumam Rykarl Haqimi dalam hati

Sedang dia terfikir tiba tiba dia terlihat wajah Sofea Qistina dalam diam

'Comel jugak perempuan ni bila pakai telekung, manis je' Bisik hati Rykarl Haqimi

Sofea Qistina perasan wajahnya dipandang.

"Kau dah kenapa pandang muka aku macam tu?"

"Tak ada masa aku nak pandang muka kau tu bukannya lawa pun. Tu ada benda kat muka kau"

"Mana mana, benda apa??" Jawab Sofea Qistina dalam keadaan gelabah

"Ni, ada pau" balas Rykarl Haqimi sambil mencubit pipi gebu Sofea Qistina yang agak tembam seperti pau.

"Ehhhh kau sukahatiii je pegang pipi aku macam tu, kau memang nak kena kan" balas Sofea Qistina sambil menunjukkan gaya seolah olah ingin memukulnya.

"Ha kalau berani pukul lah, setakat perempuan macam kau ni aku tak takut lah"

"Haa berani kau cabar aku? Kau tak kenal lagi Sofea Qistina ni macam mana" lalu Sofea Qistina terus sahaja memberikan ketam kepada Rykarl Haqimi sebagai tanda geram nya. Sofea Qistina tersenyum kepuasan apabila melihat Rykarl Haqimi mengadu kesakitan.

"Patutla tak ada lelaki nak kat kau, muka je cantik, perangai macam haram je" , balas Rykarl Haqimi. Lalu Sofea Qistina tergelak tengok telatah Rykarl Haqimi.

Rykarl Haqimi terus beredar dari situ dan menuju ke biliknya. Sepanjang perjalanan dia merasakan bahawa jantungnya memberikan rentak yang agak rancak apabila terkenang akan Sofea Qistina.

'Takkan aku jatuh cinta kot? Eish takkan la, belum apa apa aku dah jatuh cinta. Tapi boleh tahan jugak perempuan tu, comel je dia bertelekung nampak manis je. Eh eh kau dah kenapa ni Qimi asyik puji puji dia, tapi betul ke dia suka dengan Karl tu? Kalau dia tahu siapa Karl tu sebenarnya , agak agak dia boleh terima tak?' , omel Rykarl Haqimi sendirian.

Sedang dia berjalan, tiba tiba dia ternampak ada sebuah dompet terjatuh. Rykarl Haqimi pun mengambil dompet itu untuk melihat empunya dompet itu. Dia melihat isi dalam dompet itu dan ternyata dompet itu merupakan dompet Sofea Qistina. Di dalam dompet itu terselit satu gambar budak perempuan sekitar umur 8 tahun yang berbadan gemuk.

'Tina' , tiba tiba nama itu terpacul keluar dari mulut Rykarl Haqimi saat dia melihat gambar itu. 'Kenapa gambar ini ada dekat dia eh?, takkan tu dia kot. Nama dia kan Sofea?' omel Rykarl Haqimi seorang diri. Lalu idea nakalnya mula muncul. 'Hehe siaplah kau Sof' gumam Rykarl Haqimi seorang diri.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 01, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Baby Breath LoveWhere stories live. Discover now