02

13 1 0
                                    

Terkejut bukan kepalang Sofea Qistina apabila mengetahui yang dilanggarnya itu si Rykarl Haqimi atau lebih dikenali sebagai 'mamat playboy' itu. Lalu mereka berdua pun menatap diri, lama.... 1... 2... namun masih tiada sebarang respons antara mereka berdua.

'Kenapa aku macam pernah tengok muka perempuan ni ya? Tapi dekat mana ya?' omel Rykarl Haqimi dalam hati kerana hatinya kuat mengatakan bahawa dia pernah nampak tapi tidak pasti di mana. Sifat ingin tahu Rykarl Haqimi membuak untuk mengenali figura yang berada di hadapannya ini. Akhirnya Sofea Qistina berdehem untuk menamatkan sesi lamunan yang tidak berbayar itu tadi

"Eh bro, aku dah mintak maaf pun dah cukup baik tau, kau ingat aku hamak sangat ke nak langgar kau? Entah apa malang sangat hidup aku harini sampaikan aku kene langgar and berdepan dengan mamat poyo macam kau kat sini" bidas Sofea Qistina kerana dia merasakan tahap kesabarannya itu tidak dapat lagi dikawal lalu dia menghamburkan segala amarah yang berada dalam dirinya itu. Lalu pantas sahaja dia mengusap dadanya sambil beristighfar untuk menghilangkan rasa marah membara dalam dirinya itu kerana baginya sifat marah itu sama seperti sifat syaitan.

Rykarl Haqimi terkedu kerana dia tidak pernah mengalami situasi seperti ini. Jika ada perempuan yang melanggarnya pun pasti akan mula menggedik seperti kucing ketika hendak mengawan tetapi untuk pertama kali dalam hidupnya, ada perempuan yang berani meninggikan suaranya dan sedikit sebanyak ia mencabar keegoan lelaki itu kerana baginya perempuan itu semua sama, gilakan harta dan pantang melihat wajah lelaki yang handsome lebih lebih lagi seperti wajahnya.

"Eh perempuan, apa kau cakap? Kau cakap aku mamat poyo? Kau tak hamak dengan baju aku?! Eh eh ye ye laa tu, kau tak kenal ke aku siapa? Aku ni Rykarl Haqimi tau , perempuan kalau nampak aku , terus beratur hanya kerana nak berdampingan dengan aku je tau. Entah entah dalam hati tu dah berbunga bunga sebab dapat langgar aku and sebab dapat cakap dengan aku kan?" Balas Rykarl Haqimi yakin

Mendengar sahaja nama Rykarl Haqimi disebut, kelihatan pelajar pelajar mula mengerumuni kawasan tersebut.

"Ya allah hensemnya wey"

"Wey dia tu kan Rykarl Haqimi, dalam instagram handsome , depan depan lagi handsome teruk wey!!!"

"Bergetar ovari aku tengok dia wey tak sangka ada orang handsome macam ni dalam kampus kita ni"

"Wey agak agak dia ambil kos apa ya harap harap sama laa dengan aku, bolehla aku cuci cuci mata"

Itulah yang diperkatakan oleh gadis gadis yang mengerumuni mereka itu yang membuatkan Sofea Qistina seakan mahu muntah hijau mendengarnya.

"Eleh, tak kuasa aku nak beria kalau setakat mamat poyo macam kau ni berlambak je aku boleh dapat. Yang lebih baik lebih bagus lebih BERIMAN pun ada dari kau, setakat kau ni apa jela sangat kalau ada rupa tapi perangai tak semengah' balas Sofea Qistina sahaja dia menekankan perkataan 'BERIMAN'

Dush! Bagai ada satu tumbukan yang terkena tepat pada hati Rykarl Haqimi yang membuatkan dia terasa agak sukar hendak menelan liur. Sedikit sebanyak keegoannya agak tercabar dek kerana kenyataan yang baru sahaja terluah daripada gadis yang berada di hadapannya itu tadi.
Sedang dalam dia merasa marah , dia menilik kad pelajar Sofea Qistina yang terletak elok di leher jinjangnya itu.

'Sofea Qistina' bisik Rykarl Haqimi. 'Muka not bad, putih, tapi perangai mintak simpang malaikat empat puluh empat' Qistina Sofea mulai merasakan dirinya diperhatikan dan merasa tidak selesa dengan keadaan itu.

"Kau boleh tepi sikit tak aku semak la dengan kau" Sofea Qistina ingin beredar dari situ kerana jam di tangannya telah menunjukkan masuknya waktu Zuhur jadi dia tidak mahu melengah-lengahkan masanya untuk menunaikan kewajipannya yang satu itu sebagai hambaNya yang lemah. Namun cepat sahaja Rykarl Haqimi menghalang kerana perbezaan ketinggian mereka yang agak ketara itu memudahkan kerjanya. "Aku semak ke kau buta? Aku punya handsome macam ni kau kata aku semak? Kau ni kene pakai cermin mata kot, tulah rambut kau tutup mata kau sampai tak pandai nak menghargai keindahan ciptaan Tuhan sebab tak boleh beza mana permata mana batu jalanan" balas Rykarl Haqimi dengan sinis

Baby Breath LoveWhere stories live. Discover now