BAB 38

218 9 0
                                    

Afrina berjalan menuju ke kereta Alphard yang dipercayai Zafran ada di situ. Perlahan dia mengetuk tingkap kereta untuk menyedarkan Zafran akan kehadiran dirinya.

TOK TOK TOK!!!

Zafran menurunkan sedikit tingkap kereta apabila dia melihat Afrina berada di balik tingkap tersebut. Hati kecilnya sedikit sebanyak menunggu jawapan daripada Afrina. Ya atau Tidak. Itu sahaja yang ingin di dengarnya.

   " Hye". Sapa Afrina sebaik sahaja Zafran menurunkan tingkap kereta.

   " Hye". Jawab Zafran lambat lambat.

    " Awak.. saya ..".

    " Saya?". Soal Zafran tidak sabar. Namun, ada sedikit perasaan ragu2 apabila dia melihat akan raut wajah Afrina.

    " Saya mintak maaf". Balas Afrina.

Dengar akan perkataan yang keluar dari mulut Afrina itu, hati Zafran kecewa. Terasa pedih bagaikan dihiris mata pedang ...ceh ceh ceh.  Dahsyat tak author? Hahahah

     " Takpe , saya faham". Jawab Zafran perlahan dengan nada yang muran tetapi masih lembut dan sopan. Meskipun Afrina tidak menerimanya, namun dia harus rasional.

    " Apa yg awak faham?". Soal Afrina.

    " Yelah, saya faham. Saya bukan sesiapa untuk awak".

Afrina hanya ketawa kecil. Kelakar dengan riak wajah yang ditunjuk Zafran, terasa geli hati juga dengan intonasi Zafran.

    " Awak ni... Tu maksudnya awak tak faham". Balas Afrina

   " Apa yang saya tak faham, Cik Afrina?".

   " Aik, Cik pulak? Kenapa tiba2 cik?". Soal Afrina sengaja ingin kenekan Zafran.

   " Takpelah kalau macam tu, saya nak balik dulu lah". Jawab Zafran. Sebenarnya dia kecewa dengan jawapan Afrina. Bukan itu sahaja, dia turut kecil hati apabila terasa dirinya diejek.

   " E eh , kalau awak balik... Mummy daddy awak tu nak balik naik ape Encik Zafran?".

Zafran hanya diam.

   " Jomlah , masuk dulu". Pelawa Afrina.

Zafran keluar dari perut kereta setelah tingkap diangkat semula. Kereta juga ditekan butang Lock.

    " Assalamualaikum". Ucap Zafran.

    " Waalaikumsalam". Jawab semua yang berada di dalam rumah Afrina.

   " Ha, Zafran. Jadi macam mana sekarang ni?" Soal Dato' Helmi.

   " Erm.. Zaf rasa , mungkin lebih baik kita minta diri dulu". Qarl yang duduk tidak jauh dari Zafran memandang Afrina. Afrina pula menggeleng. Ketawa kecil Qarl apabila dia mula mengetahui bahawa Zafran telah terkena.

    " Aik, nak balik? Tak nak bincang2 dulu ke?". Kali ini Datin Hayati pula bersuara. Hairan anaknya ini muram secara tiba2. Bukankah ini yang dimahunya.

    " Hmm. Yelah mummy. Balik lah . Dah tak de apa2 yang nak dibincang". Jawab Zafran.

Abah Afrina memandang Afrina apabila dia merasakan sesuatu. Afrina hanya tersengih dan menayangkan muka yang selamba.

   " Fina". Abahnya bersuara.

   " Zafran, kalau awak balik sekarang.... Macam mana kita nak bincang pasal perkahwinan kita". Ucap Afrina. 

   " Nak bincang apanya. Awak kan tak terima saya". Balas Zafran.

   " Zafran, cuba awak tengok ni". Afrina menunjukkan jarinya yang sudah tersarung cincin.

TUNANG BIDAN TERJUN (Complete)Where stories live. Discover now