BAB 59

721 11 8
                                    

Selepas selesai segala urusan di hospital, Afrina dan bayi-bayinya dibenarkan untuk pulang. Qarl dan Syikin pula sudah menunggu Zafran dan Afrina di bawah. Awal-awal lagi Zafran telah menelefon Qarl untuk membantunya menguruskan Afrina dan babies.

    " Sayang, jom kita balik rumah. Mummy, daddy, umi, abah dengan Afif dah tunggu kita dekat rumah". 

    " Jom". 

Seraya itu, Zafran membantu Afrina untuk bangun dari katil dan duduk di atas kerusi roda. Manakala, putera dan puteri Afrina didukung oleh Syikin dan Qarl. Zafran pula membawa beg dan menolak kerusi roda Afrina. 

   " Ya allah, babe. Comelnya anak-anak kau ni. Geram aku". Kata Syikin. Semalam Syikin dan Qarl sengaja tidak menjenguk Afrina di hospital kerana mereka faham Afrina memerlukan rehat.

    " Terima kasih, kau pon sikit hari lagi. Boleh lah anak-anak aku main dengan anak kau". Balas Afrina mesra.

    " Qarl, aku nak mintak tolong kau lagi boleh tak?". Soal Zafran sambil menolak kerusi roda Afrina perlahan. 

   " Sure. Kau bagitau je nak aku tolong apa".

   " Macam ni wey, parents aku dengan Fina ada dekat rumah tu. Aku nak mintak tolong kau belikan makanan untuk dorang makan tenghahhri ni. Tak tergamak pulak aku nak suruh dorang masak". 

   " Okay2 boleh. Kejap lagi lepas sampai rumah kau, aku dengan Syikin keluar beli nasi dengan lauk".

   " Thanks tau bro. Serius aku memang terhutang budi dengan kau". Balas Zafran. 

Tiba di tempat parking, Zafran mendukung Afrina untuk masuk ke dalam kereta. Walhal sebenarnya Afrina boleh je jalan. Tapi biasalah, Zafran kan. HAHAHHAHA

    " Love, jaga kepala". Tegur Zafran. 

Selepas menguruskan Afrina, Zafran mengambil beg Afrina untuk diletakkan di bonet. Qarl pula mendukung baby boy Zafran, manakala Syikin pula mendukung baby girl Afrina. 

    " Abang, ade mineral water tak? Sayang haus lah pulak". Kata Afrina sewaktu Zafran ingin menutup pintu kereta di sebelahnya. 

   " Dalam kereta takde. Takpe, abang beli kejap".

    " Eh, tak payah lah abang, nanti sayang minum dekat rumah je". Balas Afrina. Serba salah juga dia terhadap Zafran. Sejak berita Afrina boleh keluar dari wad untuk pulang, Zafran tidak henti-henti menguruskan segalanya seorang diri. 

    " It's okay sayang takpe. Sayang tunggu kejap. Kejap lagi abang datang. Qarl, Syikin, korang tunggu jap eh. Aku beli air jap". Kata Zafran. 

5 minit Kemudian...

    " Sayang, nah". 1 botol mineral kecil diberikan kepada Afrina. 

   " Terima kasih". 

...........................................................................................................................................................

SWEET HOME❤️

    " Sampai dah budak - budak tu". Kata Mummy Zafran. 

Encik Sufian, Puan Suraya, Afif, Dato' Helmi dan Datin Hayati dengan pantas bangun dari duduk. Kesemua mereka sudah tidak sabar untuk berjumpa dengan Afrina dan bayinya. 

    " Qarl, Syikin. Korang bawak baby masuk dulu. Aku nak urus Fina kejap". Kata Zafran.

Seraya itu, Qarl dan Syikin masuk ke dalam rumah sambil mendukung putera dan puteri Afrina. 

TUNANG BIDAN TERJUN (Complete)Where stories live. Discover now