PROLOG

8 0 0
                                    

    Little red riding hood, sebuah cerita yang menekankan konsep kepercayaan pada seseorang. Disini, mereka nak cakap yang serigala di dalam cerita ini orang jahat sebab tu dia ditembak mati oleh pemburu dalam ending cerita tu. Dan pengajarannya, kita tak boleh mempercayai orang jahat. Tapi, memang salah serigala tu ke kalau dia lapar? Salah ke kalau mereka ada naluri semulajadi untuk memburu mangsa mereka? untuk makan dan teruskan hidup? Jadi, kenapa mereka selalu jadi target sbg watak orang jahat?Dan mati? Dan kenapa aku sibuk pasal hal serigala ni? sebab aku adalah serigala tu sendiri?

     Tak! Aku bukan serigala, aku serigala jadian. Aku disumpah! badan aku masih punyai fizikal manusia, bentuk badan, muka aku masih normal. Tapi kepala aku ada tumbuh telinga, ekor lebat, kuku aku adalah kuku haiwan yang akan menerkam mangsa semasa memburu, dan gigi aku ada taring yang tajam untuk memakan daging mangsanya.

      Tapi aku tak akan makan manusia! eww tak! Aku pernah menjadi manusia biasa dulu, jadi kenapa aku kena makan manusia? Aku bukan cannibalism! Lagipun aku akan mati kalau aku cuba untuk buru little red. Jadi, benda pertama yang aku akan buat adalah elakkan diri daripada terserempak dengan little red! Ya! itu adalah pelan yang terbaik. 

...................

................. itu lah pelan yang aku rancang mula-mula, jadi macam mana boleh jadi macam ni! Kenapa little red boleh berada di sisi aku sekarang ni!!

Beberapa jam yang lepas...

     Itulah laluan nya, laluan tempat pertemuan little red dengan serigala jahat tu. Di tempat nilah little red akan bagitau destinasinya ke rumah neneknya. Laluan ni dikelilingi dengan pokok hutan yang tebal, lepastu jalan disini agak sunyi...Seorang kanak-kanak pergi ke rumah nenek yang berada di tengah-tengah hutan BERSENDIRIAN tanpa teman dan... 

    TAK REALISTIK LANGSUNG! siapa yang buat cerita little red riding hood ni! mana ada ibu bapa yang biarkan anaknya pergi ke hutan sorang-sorang. Memang tak pelik lah kalau anak tu kena baham dengan serigala! Lepastu kenapa ada orang yang nak tinggal kat tengah-tengah hutan! Ah!!! setting cerita ni Tak masuk akal! macam mana aku boleh termasuk dalam cerita gila ni!.....

......cerita?

Nanti, betul jugak, macam mana aku boleh termasuk dalam cerita dongeng ni? Dari tadi aku sibuk pasal cari pelan untuk tukar takdir aku daripada bertemu maut, tapi baru sekarang aku perasan pasal hal penting ni. Bila difikirkan balik... macam mana aku dapat sumpahan ni, dan....siapa... aku?

Nanti, nanti, nanti.... jangan panik. fikir balik, apa nama kau... nama kau yang sebenar, yang diberi pada kau, yang digunakan oleh orang untuk memanggil diri kau. Nama aku adalah-

......ffy, lu....ffy, luffy... betul. luffy. luffy... nama aku, ya. ya. aku ingat! 

nama aku luffy! baiklah! aku boleh buat! cuba ingat keadaan kau yang sebenar... macam mana kau boleh tersadai kat cerita ni... Baiklah... aku.. adalah watak dalam cerita ni... aku adalah seekor serigala jadian... dan aku.....aku...

                                                  Kau akan cari cerita kau sendiri....

huh? suara siapa tu? tu bukan suara aku, tapi macam mana dia masuk kat otak aku. Jap, berapa lama aku ada kat sini? alamak! aku kena cepat pergi dari sini sebelum heroin tu terserempak dengan aku!

Aku berpusing cuba untuk pulang ke dalam hutan tetapi, lepas berpusing, Satu susuk tubuh kecil serba merah pandang tepat di mata aku. 

Eh?

   Kami merenung sesama sendiri untuk seketika, hinggalah aku perasan satu objek yang berada di tangan gadis kecil itu...

"Aww sh*t..."

Aku lari sepantas yang boleh ke dalam hutan meninggalkan gadis itu...

    macam mana, macam mana gadis tu ada senapang di tangan? dia tahu ke ada serigala akan cuba nak makan dia? tapi aku xkan makan dia. Tak pe, aku hanya perlu lari dan jauhkan diri dari gadis tu. Lagi pon dia tak kan lah nak ikut aku kat dalam hutan ni. Dia pun ada tanggungjawab untuk menjalankan cerita ni seperti yang tertulis dalam cerita sebenar. Jadi mustahil untuk dia--

   Gadis tu kejar aku dengan senapang kat tangan!! Muka dia seperti seorang pembunuh cuba untuk membunuh mangsanya! Aku takut!!! Kenapa macam ni? Kenapa little red yang mengejar serigala ni? Dalam seumur hidup aku, Aku tak pernah baca pasal little red yang memburu serigala!! 

Eh jap, melainkan....

   ...melainkan, gadis ni sebenarnya bukan little red atau heroin sebenar cerita ni! 

Tetapi, adalah pemburu sebenar yang akan membunuh aku kat ending cerita ni. Maknanya, aku akan dibunuh dulu Sebelum mencapai climax cerita ni? Aku tak nak mati awal!!

Fake Fairytale/ Dongeng PalsuWhere stories live. Discover now