"TAK! AKU TAK NAK MATI MACAM NI!!!!"
'BAM!!!' bunyi satu tembakan dilepaskan.
mata ku tertutup, menunggu sebarang bentuk kemungkinan yang akan ditimpa, tetapi....
'aku.... hidup lagi?' tak ada apa-apa berlaku. aku terus membuka mata perlahan-lahan. Gadis itu masih lagi berdiri di situ dengan matanya memandang tajam ke arah belakang ku. Aku pon menoleh untuk melihat....
serigala yang aku terajang tadi telah mati ditembak. Gadis ni... selamatkan aku? Mungkin sebab aku selamatkan dia tadi? so... dia nak balas balik? Tapi! apa-apa pun, aku kena belah dari sini dulu.
Tetapi gadis itu merenung ke arah aku. Pandangannya membuat aku terkaku di tempat ku berdiri. pandangan nya yang.... macam tak ada perasaan memandang tepat ke arah aku dan buat aku tak selesa bertambah lagi dengan mukanya yang tiada mulut buat aku seram sejuk... 'wow... dia betul-betul tak ada mulutlah... Agaknya... perkara macam ni normal kot kan dunia cerita dongeng ni.'
eh, apa yang aku fikir lagi ni, aku kena jauhkan diri aku daripada gadis ni. selagi senapang tu ada kat dia, selagi tulah nyawa aku terancam. aku masih tak boleh percaya kan dia.
"oh, wow.... kau baru selamatkan aku... dan aku pun selamatkan kau.. jadi kita serilah kan? jadi... terima kasih... saya... pergi dulu ya.... " aku kena cepat belah!
otak memberi isyarat kepada kaki untuk segera beredar dari situ, maka aku pun mula melakukan langkah pertama untuk pecut dari situ. tapi belum sempat aku nak mulakan langkah kedua....
"ADUH!!!!"
'EKOR? JAP BILA AKU ADA EKOR? sekejap, memang logik lah kalau serigala ada ekor. Tapi sakitnya lain macam kalau ditarik wey! BERHENTI JANGAN TARIK!!!'
Gadis itu melepaskan tangan nya apabila melihat aku berhenti dengan segera akibat kesakitan nya. aku terus memeluk erat ekor ku. Apa yang dia nak lagi. dah lah dia tarik ekor aku. kesian ekor ni..... aku membelai-belai ekor ini.
"Apa lagi yang kau nak?" Aku bercakap dengan nada dingin. masih lagi geram dengan tindakannya tadi
Gadis itu tunduk memandang kakinya.... menggigil, titisan air jernihjatuh dari mukanya.
'Alamak! dia menangis! aku dingin sangat ke kat dia....apa patut aku buat sekarang... aku tak bagus pujuk budak menangis...'
Aku mengeluarkan tangan aku dari poket baju untuk mengusap kepalanya dengan niat nak buat dia bertenang dan berhenti menangis. Kemudian, aku lihat tangan aku... urgh... tak ada sapa yang nak kepala dia diusap dengan tangan buruk ni. aku menyimpan semula tangan ni ke dalam poket baju.
'Apa patut aku buat sekarang ni.... nak biarkan dia sorang-sorang kat sini ke? dia ada senapang dan boleh pertahankan diri sendiri, tapi dia masih lagi seorang budak kecil walau macam mana pun. arghhh... apa-apa pun aku pujuk dia dulu'
Aku tak tahu apa yang aku buat ni. tapi benda pertama yang aku kena buat untuk berkomunikasi dengan seseorang adalah dengan memandang tepat ke arah matanya. kalau kau berkomunikasi dengan seorang budak yang lagi pendek dari kau, kau kena melutut untuk memandang tepat ke arah matanya. ini adalah bonus kalau orang yang kau berkomunikasi tu adalah seorang kanak-kanak. dia akan rasakan yang kau berada sama taraf dengan dia. tiada sebarang bentuk hierarki atau perbezaan umur jika kau nak berkomunikasi dengan dia dan dia akan rasakan yang kau respect dia sebagai seorang manusia.
Kalau dia enggan mendongak dan menatap mata kau, lap air mata dia dan tunggu sehingga dia pandang muka kau. tak ada masalah kalau kau nak guna tangan tu. sentuhan juga adalah media komunikasi. walaupun kau rasa tangan kau tak layak disentuh, tapi ingat lah, mungkin ada orang di luar sana perlukan kehangatan tangan tu. perlukan kegunaan dia.
..... Aku tak tahu siapa yang tengah bercakap di fikiran aku sekarang ni. tapi dia membantu aku untuk membuat apa yang patut aku buat sekarang ni. dengan mengikut arahan suara itu, aku melutut di depan gadis itu.
Lalu aku pun mengeluarkan tangan aku dan mengelap air matanya. gadis itu seperti tidak menyangka yang tangan ku agak berkuku dan berbulu. mungkin... dia ada rasa jijik... tapi bukan. sebaliknya, dia meletakkan pipinya ke atas tapak tangan aku. seolah-olah dia mencari kehangatan disebalik bulu-bulu ditangan ini.
Apa ni. aku rasa nak nangis. kenapa baru sekarang aku rasa seolah-olah... diri aku ni dihargai....
****
AUTHOR'S NOTE
walaupun kau rasa tangan kau tak layak disentuh, tapi ingat lah, mungkin ada orang di luar sana perlukan kehangatan tangan tu. perlukan kegunaan dia.
Just nak bagitau, ayat ni juga membawa maksud, walaupun kau rasa diri kau tak berguna. tapi ingatlah. ada orang di luar sana yang memerlukan diri kau lebih daripada diri kau yang ingat kau tak diperlukan. Jadi jangan putus asa dengan hidup. selagi orang disekeliling masih lagi menyayangi diri kau. kau tak keseorangan. Allah sentiasa ada sisi.
***
rasanya ni chap paling terpanjang setakat ni. sebab nak gantikan chap sebelum ni yang pendek. aku suka buat ayat-ayat motivasi dan highlight kan macam ni. sebab aku buat novel ni untuk memotivasi kan diri sendiri. mana tahu ada orang lain kat luar sana yang perlukan kata-kata semangat macam ni.
ps. chapter 5 next slow update sbb aku tgh ada exam
YOU ARE READING
Fake Fairytale/ Dongeng Palsu
FantasiaLittle red riding hood. sebuah cerita dongeng yang sering dibaca sewaktu kita kecil. Mengenai perjalanan heroin iaitu little red riding hood ke rumah neneknya yang sakit. Dalam perjalanan- alah! malaslah nak citer panjang2. alah siapa yang tak perna...