'biar betul! banyak-banyak pokok, kenapa pokok ni juga menjadi pilihan ko! well, aku tahu lah pokok ni rendang tapi... ughhhh!!!'
suara hati aku menjerit. okay tak apa. selagi dia tak cari aku kat atas pokok ni, selagi tulah aku selamat. Lagipun aku tak ada niat pon nak makan dia. mungkin kalau aku hampiri dia dan mengatakan hasrat aku untuk berdamai, mungkin dia akan faham. tapi masalahnya senapang dia tu!!
Kalau aku menghampiri dia atau lebih teruk nampak batang hidung aku, dia akan terus mengacu senapang dia pada aku. silap-silap dia akan menarik picu senapang tu serta merta! aku tak nak mati!
Sementara tu, gadis itu masih lagi betapa di tepi pokok tempat aku sembunyi. Dia tidak nampak seperti tidur.... matanya jauh melihat di suatu sudut dahan pokok di hadapan nya. tiada apa-apa yang menarik di situ....
'entah-entah budak ni... budak ni termenung ke? kalau aku lari juga masa dia termenung... dia akan segera perasan dan segera menembak aku. aku tak boleh pandang rendah dengan gadis ni. dia mungkin nampak kecil. tapi refleks dia sangat laju dan cekap. kecuaian aku boleh buat aku mati! nampaknya, terpaksalah aku bertapa kat atas dahan pokok ni sampai dia belah dari sini... tak apa, pokok ni agak rendang. aku akan menyorok disebalik daun-daun pokok ni. dia tak akan nampak aku'
Oleh itu, masa pun berjalan sehingga senja berganti malam. Gadis tu masih tidak berganjak.... Apa yang dia buat tu... aku mula bangun dan cuba mengintai kelibat gadis tu dari dahan pokok. bagusnya, penglihatan serigala jadian tidak seperti manusia biasa! penglihatan aku sangat jelas pada waktu malam! pemburuan waktu malam lebih mudah- Tak!!! aku tak memburu atau memakan manusia!!! apa masalah aku ni!
'Apa-apa pon, akhirnya aku bebas! aku tak boleh lompat ke pokok lain kalau tak daun pokok-pokok dan dahan akan berbunyi. jadi aku akan turun dengan perlahan-lahan.... tolong jangan sampai dia bangun... jangan bangun... aku turun di bahagian dahan pokok yang bertentangan dengan pandangan gadis itu.
semasa aku menurun, aku melihat tangan aku... ini bukan tangan manusia biasa... mungkinkah ini sumpahan... sumpahan yang aku dapat ni, memberikan aku kekuatan luar biasa yang ada pada haiwan liar seperti serigala.
serigala yang mempunyai kuku yang tajam untuk menerkam mangsanya... ada pada tangan raksasa aku ni. sangat buruk... terlalu buruk. baju aku mempunyai dua poket disebelah kiri dan kanan. aku tak ingat mana aku dapat baju ni.. tapi ia membantu aku untuk menyorokkan tangan buruk ni. setelah sampai ke tanah, aku terus menyeluk tangan aku ke dalam poket baju aku.
bukan tu je, aku juga mempunyai deria bau yang kuat seperti serigala sebenar. kalau aku bau haiwan lain atau musuh yang menghampiri, aku dapat jejak mereka.
"nanti... bau ni...." belum sempat aku mahu larikan diri dari kawasan tu, aku terbau seekor serigala yang berdekatan.
'ini-ini serigala tulen! ke-kenapa... ada serigala lain selain aku kat cerita dongeng ni? bukan ke aku watak serigala yang akan mati diburu pemburu? eh? tapi... aku bukan serigala betul pun... macam mana aku yakin sangat yang aku datang dari cerita ni? Maksudnya... aku tak akan mati lah kan! aku memang tiada dalam plot! aku masih ditakdirkan untuk hidup!!! wooohoo!!!!'
eh! apa yang aku seronok sangat! terang-terang serigala tu nak makan gadis tu! Ahhhh!! serigala tu ada di belakang semak samun... menunggu masa untuk menerkam gadis yang tengah tidur tu
"tak boleh... aku tak boleh biarkan gadis ni mati...." sebab gadis ni adalah watak penting dalam cerita ni! kalau dia mati, cerita lil' red riding good akan musnah!
'Aku kena selamatkan gadis ni!'
YOU ARE READING
Fake Fairytale/ Dongeng Palsu
FantasíaLittle red riding hood. sebuah cerita dongeng yang sering dibaca sewaktu kita kecil. Mengenai perjalanan heroin iaitu little red riding hood ke rumah neneknya yang sakit. Dalam perjalanan- alah! malaslah nak citer panjang2. alah siapa yang tak perna...