CHAP 1

9 0 0
                                    

Aku tak nak mati awal!!!

  Aku kena menyorok! menyorok...  Menyorok kerana hidup ini sekali. Meyorok kerana aku masih sayang nyawa, menyorok kerana aku kena buat sesuatu-

'eh?'
 
Aku ada benda kena buat ke? Tapi apa?

'Bapak laju bak hang, dia kerja aku we! Macam mana kaki kecik tu boleh lari laju macam langsuir, jangan lah bunuh aku.. aku nak hidup..' si kecil merah tu laju memecut kearah ku.

Aku berlari sekuat hati memikirkan nyawa aku, apabila telah penat. Aku pon berhenti nak hirup oksigen.  Aku tak nampak kelibat gadis tu.

  ' baguslah...'

Ada orang pernah cakap, jangan cepat sangat terpedaya, sebab air yang tenang jangan disangka ada...

 aku ternampak kelibat lembaga merah diatas pokok....

....

  ' budak berbaju merah tu... melompat dari pokok ke pokok bawa senapang meluru kat aku!!!!!'

   Tapi ada benda yang aku perasan tentang gadis ni. korang tak akan nampak apa yang aku nampak. sbb ni cuma buku novel yang korang baca, jadi korang tak nampak muka gadis kecil ni. Alang2 tu, aku cerita lah sikit muka budak tu. Jap pause jap. Jadi budak tu....

    'Budak tu tak ada mulut?! Apa dia tu? hantu ke?! Jap bila cerita dongeng jadi cerita horror woi'

   Mmg tiada masa nak pause bila ada gadis berhood merah bersenapang dan tiada mulut(?) Berlari ke arah aku seolah-olah aku adalah ganjaran yang paling berharta yang tak boleh dilepaskan. Aku akan ditangkap, disiang dan dimasak sup serigala...

   ' aku tak nak jadi sup...'

   Sekali lagi upacara kejar mengejar kami diteruskan, tapi ada kelebihan jadi serigala jadian ni, kaki dan tangan mereka berubah fizikal, tidak seperti kaki manusia biasa... Tangan kami berbulu dan berkuku tajam, tiada siapa berani pegang tangan buruk ni... Kaki kami seperti kaki serigala yang kuat dan bertahan lasak. Aku tak memakai sebarang kasut.. bila diingatkan balik..... macam mana aku dapat pakaian ni. dari mana aku datang? mana rumah aku? Ah! tak ada masa aku nak fikir semua ni. aku kena cepat menyorok!!

    Aku mula memanjat pokok yang berdekatan. heh, setiap pertandingan perlu adil dan saksama, kalau hang lawan dengan api, aku pon akan lawan ngan api. jangan ingat ko sorang je mahir memanjat pokok. aku mempunyai, kuku yang tajam, otot kakiku lagi kuat dari manusia biasa. aku mampu berlari 2 kali ganda lebih laju dari manusia biasa. jadi membaham kau tidak menjadi masalah bagi aku- eh tak! aku tidak memakan manusia!! maksud aku, melarikan diri dari ko tidak akan menjadi masalah bagi aku. 

   Aku terus melompat pokok ke pokok dengan penuh daya dan cekap tanpa jatuh. kuku tangan dan kaki cengkam erat dahan pokok tempat ku mendarat, aku terus melompat dan melompat sehingga penglihatan aku jauh dari kelibat atau bayangan merah hood gadis itu.

  'bagus, operasi melarikan diri berjaya!'

  Aku pun mula berhenti dan memanjat di atas pokok yang rendang dan banyak daun untuk tujuan menyembunyikan diri. 

  'ha... penatnya... kenapa boleh jadi macam ni... macam mana aku ada disini...' aku terduduk diatas pohon kayu.

Tiba-tiba aku terdengar bunyi ranting kayu patah dipijak kasut. 

   'ma-macam mana... macam mana budak tu boleh sampai sini. sejak bila dia turun dari pokok.. tak tu tak penting!' sekarang ni aku dah tak boleh nak gerak mana-mana sebab dia menghampiri pokok tempat aku berteduh.'

   Gadis itu menoleh-noleh mencari kelibat aku... dia ni tak penat ke! aku yang serigala jadian ni pon dah penat dikejar manusia kecil macam ko!

   'cepatlah belah, cepatlah belah....' gadis tu nampak agak lelah dan kepenatan. bagus! dia macam nak berehat. tapi dia macam nak jadikan pokok tempat aku berteduh tempat rehat dia...

   'biar betul! banyak-banyak pokok, kenapa pokok ni juga menjadi pilihan ko! well, aku tahu lah pokok ni rendang, banyak daun, boleh menghalang diri daripasa sinaran matahari,  tapi... ughhhh!!!' 



Fake Fairytale/ Dongeng PalsuWhere stories live. Discover now