' huf haf huf haf'
Aku boleh mendengar nafas aku sendiri, jantung aku berdebar.
Kami segera berlari menuju ke arah rumah tersebut.
"TOLONG!!! SESIAPA DI LUAR SANA? TOLONG!!!"
Kami segera berhenti. suara seorang wanita menjerit tolong kedengaran.
ada orang memanggil tolong? tapi di mana?
kami terpaksa mengendalakan destinasi kami untuk mencari sang pemilik suara itu di kawasan yang berdekatan.
"Siapa yang panggil tu? kami ada disini!"
"Ah! ada orang! Disini! saya disini! tolong saya! saya ada kat dlm lubang ni!" aku pun menghampiri suara itu dengan segera. sehinggalah kami nampak satu lubang kecil berdekatan.
"ahhh nasib baik ada orang jumpa saya. saya ingat saya akan tidur kat sini malam ni." lubang nya nampak seperti ada orang yang membuatnya. tidak terlalu dalam, tetapi terlalu tinggi untuk seorang manusia memanjat.
Aku sedar, di bawah itu adalah seorang gadis. yang mungkin sebaya dengan aku. memakai hood merah.....
hood merah? mungkinkah...
"HOI! awak buat apa mengelamun tu. tolonglah keluarkan saya. Amikkan tali atau apa. baju saya dah kotor. badan saya sakit-sakit." gadis itu segera memecahkan inner monolog aku.
"Ah! baik-baik, sekejap ya..."
tapi... mana nak cari tali kat tengah-tengah hutan ni. ada kampung kat belah sana... tapi.... boleh ke aku pegi sana.. nanti dorang takut tengak tangan dengan telinga aku... yela, sapa je yang tak takut dengan rupa yang macam ni-
tiba-tiba ekor ku ditarik kuat dan memecahkan inner monolog aku.
"ADOI!!!"
"Oi budak! berapa kali aku nak cakap. jangan. tarik. ekor. aku!" ku memandang ke arah little red yang menarik ekor aku lalu terus menarik ekor aku balik jauh dari pegangan dia.
'ekorku....' sampai hati dia.... sakit we.... aku membelai nya seperti ekor itu jiwa dan ragaku.
sementara itu, little red seperti menunding jari dia kat arah aku. seolah-olah dia mahu memberitahu sesuatu.
'huh? apa yang dia nak cakap tu? aku memerhatikan pergerakan dan tundingan nya. Dia menunding jari kat aku. lepastu dia tunding jari kat kaki aku. lepastu dia tunding jari kat lubang tu... dalam erti kata lain... Ah!'
"kau nak aku lompat masuk dalam lubang tu lah kan?" senyum lebar aku sebab gembira dapat meneka apa yang little red cuba sampaikan, sehinggalah aku sedar-
"Memang tak lah! macam mana aku nak keluar nanti! takkan lah kau yang badan kecik tu nak keluarkan 2 orang yang badan besar" jeritan aku didengari oleh gadis di dalam lubang itu.
"hei! tolong sikit okay, badan saya tak besar sangat okeh! badan saya maintain je tau!" semestinya gadis di bawah itu menyampuk.
"aku tak cakap pasal berat kau lah!" ahhh kenapa aku diletakkan kat situasi macam ni...
aku segera menoleh kearah little red. dia masih lagi menunding jari ke arah aku dan lubang itu. aku hanya mampu mengeluh.
'haih, budak ni... aku dah lah tak faham dia. baik aku cari tali tu cepat.'
"ok budak dengar sini, aku nak pegi cari tali sekejap, ko tunggu kat sini temankan kakak yang ada kat dalam lubang tu ok? nanti aku datang balik." kaki aku mula membuat satu langkahan sehinggalah aku dapat merasakan suatu deria tarikan....
"jangan. kau. berani..."
kenapa... kenapa ekor aku selalu jadi mangsa! Little red menarik ekor aku lagi! tetapi, kali ini cengkamannya lagi kuat. Lagi berbisa! seolah-olah dia mahu mencabut ekor aku !!!!
"ja-jangan-!" dengan sekuat hati dan tenaga dia. little red menarik ekor aku kearah lubang itu. dengan niat, untuk menjatuhkan aku.. ke dalam lubang itu.
benda ni berlaku secara pantas, aku sedang jatuh.....tetapi aku bertindak pantas! tangan aku segara menggapai dan mengcengkang tanah yang ada di hujung lubang tu. jadi aku tergayut. mungkin kerana kuku aku yang tajam ni dah selamatkan aku. tapi little red masih tak berpuas hati.
"nanti- apa yang kau cuba nak buat!" dia membuka jari aku satu demi satu!
"nanti. jangan! aku akan jatuh! little red! aku ingat kita kawan! sanggup ko buat aku macam ni! little red tolong! jangan buat aku macam ni! aku janji aku takkan tinggalkan kau lagi. tolong jangan buat macam ni!" Aku baru je tolong lap air mata kau!
akhirnya jari kelingking aku dibuka, dan aku jatuh kedalam lubang itu. disebabkan pengkhianatan seorang gadis berhood merah ke atas serigala jadian yang menggelarkan diri dia kawan, kepada gadis itu....***
AUTHOR'S NOTE
Kemudian serigala jadian itu mati dan cerita ini tamat..
gurau-gurau
YOU ARE READING
Fake Fairytale/ Dongeng Palsu
FantasíaLittle red riding hood. sebuah cerita dongeng yang sering dibaca sewaktu kita kecil. Mengenai perjalanan heroin iaitu little red riding hood ke rumah neneknya yang sakit. Dalam perjalanan- alah! malaslah nak citer panjang2. alah siapa yang tak perna...