Ep01:Surat
"Cinta. Apakah itu cinta? Bagi aku ianya hanya mampu diperlihatkan dalam novel dan" anime".Tak ubah seperti hanya fantasi yang hanyalah memakan diri. Tiada yang benar mahupun palsu mengenainya". Namun entah kenapa mereka yang memikinya merasakan kebahagiaan. Kebahagiaan, huh? Sama ada ianya perasan yang benar dan palsu, hanya mereka yang pernah merasainya saja tahu" Diantara cinta, apakah yang dikatakan kesedihan dan kebahagiaan"?
Suasana kelas yang begitu riuh-rendah sudah menjadi perkara yang lazim berlaku di alam persekolahan terutamanya sebelum waktu pembelajaran. Ada yang berbual bersama rakan-rakan mereka, ada yang jenis suka belajar sebelum waktu belajar, ada yang jenis melelapkan mata dan jenis yang suka baca komik tak kira masa di dalam kelas. Tak kira apa pun aneka ragam yang ada, ini adalah pasti apa yang remaja akan lakukan.
Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Aman Ihsani, sekolah menengah yang menjadi sekolah utama campur yang sering menjadi pilihan oleh mereka yang di bandar Metropolitan, Kuala Lumpur. Mereka pelajar berpakaian baju kameja berlengan panjang, memakai vest bewarna coklat, memakai kot bewarna biru ketika pertengahan tahun dan berseluar khaki bagi lelaki. Manakala pelajar perempuan memakai kameja putih berlengan panjang, vest coklat, reben merah pada leher, skirt panjang serta berstoking. Kebanyakan pelajar perempuan memakai tudung, namun ada sahaja yang berambut bebas. Sekolah ini amat menekan aspek kehidupan akademik, kokurikulum dan sosial yang terbaik.
Pada waktu awal pagi, kelas 5 Azam sudahpun riuh-rendah namun suasananya hari itu sedikit bertenaga daripada hari yang sebelumnya.
"Lepas itu, apa yang terjadi?", tanya salah seorang mereka yang berkumpulan memenuhi ruangan belakang kelas. Mereka saling menghampiri antara satu sama lain seakan saling berbisik. Kedengaran mereka agak berbisik.
Tiba-tiba, "Wowww!!", jeritan terkejut mereka bukan sahaja kuat malah turut mengejutkan mereka yang lain yang sibuk dengan urusan harian mereka. Mereka yang lain hanya memerhatikan mereka dengan wajah yang sedikit janggal. "Kami minta maaf", kata salah daripada mereka. Mereka yang lain kembali melakukan apa yang mereka sedang lakukan tadi semula.
"Boleh tahan juga kau ini, ya?", kata mereka sambil memukul bahunya. Remaja itu hanya kemerahan wajahnya apabila dipuji. Seakan-akan adanya sambutan bagi menyambut kejayaannya. Entah apa kejayaannya, tapi anggap sahaja ianya satu pencapaian terbaik.
"Shahrul pun sudah ada teman wanita rupanya" kata salah seorang daripada mereka.
"Ya, betul tu, nampak cam indah tapi entah kenapa ianya menakutkan"kata lagi salah seorang mereka.
"Terasa macam nyawa hendak cabut saja bila fikir kau nak confess dekat perempuan yang kau suka", balas salah seorang daripada mereka kepada pernyataan salah seorang mereka tadi.
"Tapi bukan ke itu sesuatu yang bagus, jatuh cinta?", kata salah seorang daripada mereka. "Kita mampu melakar masa depan kita melaluinya,"katanya lagi.
"Betul tu, bukankah kau patut rasa gembira?", kata salah seorangnya dengan nada yang tenang, Zakwan. Remaja lelaki itu mempunyai lagaknya yang tersendiri. Dia memakai kameja putih sekolah lengkap bertali leher serta berseluar panjang. Remaja itu memiliki rupa paras yang boleh dikatakan kacak, berambut panjang mengenakan gaya sedikit "classy" pada rambutnya.matanya tajam berwarna keperangan memandang ke arah halaman novel yang dibacanya. Ayatnya yang diungkapkan itu terasa bagaikan suatu impian kepada mereka. Mereka yang lain hanya tersenyum ketika mendengar kecuali seorang saja.
"Bukankah begitu, Nadzmi ?", tanya remaja itu kepada rakan yang berada di sebelahnya. Kawannya itu tidaklah memiliki rupa paras yang dikatakan kacak apatah lagi menarik pandangan. Rupanya paras yang sederhana, memiliki rambut yang sedikit stylish, matanya bulat berwarna keperangan. Dia memakai vest, lengkap bertali leher. Dia kelihatan sendu apabila ditanya sedemikian oleh rakan. "Ya...", jawab Nazdmi dengan suara yang sedikit tidak yakin.
YOU ARE READING
Kanashimi to Shiawase (Sadness and Happiness)
Teen Fiction"Aku sebenarnya sukakan seorang gadis itu sejak dari awal lagi. Aku patut luahkannya, segala perasaan aku kepadanya. Aku yakin ini adalah ketentuan takdir." Kata remaja itu sambil memerhatikan seorang gadis yang berada tidak jauh di hadapan matany...