"「今夜の月明かり、綺麗じゃない?」['Kon'ya tsukiakari, kirei janai?] Bukankah ianya cantik, cahaya bulan pada malam ini?", tanya gadis itu sambil memandang ke arahnya.
"「今夜は月明かりがとても美しいです。」['Kon'ya wa tsukiakari, ga totemo kireideshita] Ianya sangat cantik, cahaya bulan pada malam ini", jawab Nadzmi dalam keadaan sedikit gementar. Cuba mengawal gementarnya dengan menjawab perosalan gadis itu namun nada suaranya jelas menonjolkan rasa gementar dirinya itu.
「空を見ているだけで、私たちの負担感を取り除くことができるのはとても面白いです」['Sora o mite iru dake de, watashitachi no futan-kan o torinozoku koto ga dekiru no wa totemo omoshiroidesu'] " Ianya sangat menarik, hanya dengan memandang langit, kita dapat menghilangkan rasa beban yang ada dalam diri kita ", kata gadis itu dengan memandang ke arah langit itu semula sambil menuding jarinya ke arah langit malam tersebut tepat-tepat ke arah bulan.
" Ketika cahaya bulan menyinari anda, sekarang, kau hanya dapat mengatakan bahawa kau selalu bersinar seperti cahaya bulan di malam kegelapan" . " Kejadian ini hanya membawa takdir yang baharu kepada kita ". Pada malam itu, kita dihubungkan melalui setiap perkara yang berlaku di alam semesta",monolog hatinya apabila melihat gadis itu yang sedang melihat langit malam itu.
"Dia betul, langit malam serta cahaya bulan pada malam ini, entah kenapa ianya menyenangkan . Adakah kerana ianya cantik, ataupun aku sebenarnya memikirkan sesuatu selain bulan itu", monolog dirinya sambil mengalihkan pandangan ke arah langit.
Tiba-tiba, pintu rumahnya dibuka, ternyata merupakan Encik Mitsuyuki (Suami kepada pasangan keluarga Mitsuyuki). Gadis itu menoleh ke belakang memandang ke Encik Mitsuyuki. Ayahnya memandang ke arah mereka berdua namun Nadzmi masih lagi tidak sedar kerana terlalu asyik melihat pemandangan bulan di langit.
" お父さん [Otōsan] ayah?" , kata gadis itu setelah melihat Encik Mitsyuki.
" Nadzmi " , kedengaran Encik Mitsuyuki memanggil namanya, dia cepat-cepat pusing ke belakang dengan agak gementar. Sebenarnya, dia agak terkejut apabila namanya dipanggil.
Namun ketika mendengar gadis tersebut menyebut Encik Mitsuyuki sebagai ayahnya, ianya membuatkan dirinya lebih terkejut. Seperti kek kejutan hari jadi dilemparkan di wajahnya.
" Ayah...? Gadis ini anak perempuan Encik Mitsuyuki...?" monolog Nadzmi di dalam dirinya. Masih dalam keadaan terkejut bercampur menggeletar. Wajahnya kini kelihatan seperti chibi (rupa bentuk kepala besar, badan kecil, memiliki wajah comel mata putih kecil)." Apa kata kalau kita masuk dahulu ?, lagipun mama kamu sudahpun menyiapkan makan malam. ", kata Encik Mitsuyuki memanggil mereka berdua yang berada di luar rumah untuk masuk ke dalam. Gadis itu masuk ke dalam rumahnya terlebih dahulu sebelum dirinya pula turut mengikutinya dari belakang.
Ketika itu, pada waktu makan malam. Jam kecil menunjukkan pukul 9 manakala jarum panjang sudah berdetik pada angka 3.
Kelihatan ahli keluarga Nadzmi serta ahli keluarga Mitsuyuki begitu mesra. Ayahnya berada bersebelahan dengan Encik Mitsuyuki . Begitu juga ibunya dengan isteri Encik Mitsuyuki. Manakala Sofea duduk bersebelahan dengan abangnya manakala gadis itu berada di hadapan mereka dan juga berada bersebelahan dengan ibunya serta ibu Nadzmi. Kedudukan gadis itu amat sedikit jarak jauh daripada ibunya. Nadzmi dan Sofea menjauhkan tempat duduk mereka sedikit jauh daripada ayah mereka serta rakannya. Ahli keluarga mereka berbual dengan mesra. Namun bukan bagi Nadzmi, Sofea serta gadis itu. Mereka bertiga kelihatan amat janggal untuk memulakan sebarang perbualan bagi membina suasana.
"Abang, perasan bukan?", tanya Sofea sambil berbisik dengan abangnya.
Abangnya kelihatan sedang cuba menyesuaikan dirinya untuk makan dengan penyepit (chopstick) . Melihat ahli keluarga yang lain mampu melakukannya dengan mudah. Nadzmi agak kekok menggunakan penyepit.
YOU ARE READING
Kanashimi to Shiawase (Sadness and Happiness)
Teen Fiction"Aku sebenarnya sukakan seorang gadis itu sejak dari awal lagi. Aku patut luahkannya, segala perasaan aku kepadanya. Aku yakin ini adalah ketentuan takdir." Kata remaja itu sambil memerhatikan seorang gadis yang berada tidak jauh di hadapan matany...