Ep 02:27 April

42 7 2
                                    

No, 435,Taman Inderawasih, 43200, Kuala Lumpur

"Kepada diriku dari masa lalu... Adakah kau sihat? Aku pasti pada waktu ini, kau akan tertanya mengenai tujuan surat ini.
Sekiranya kau baca surat ini, ini bermakna detik yang telah berlaku pada aku akan berlaku pada kau. Tujuan surat ini ditulis adalah untuk menghentikan segala kesalan dan masa hadapan yang kau akan hadapi nanti. Aku berharap yang kau akan faham.Dengan adanya surat ini, aku berharap yang kau akan faham apa yang kau perlu lakukan bagi memadam rasa bersalah kau nanti."

"Rasa bersalah aku? ", tertanya dirinya ketika membaca surat itu. "Apa yang dia maksudkan dengan 'diriku daripada masa lalu'? ", timbul rasa sedikit tanda tanya apabila Nadzmi membaca surat itu. Walaubagaimanapun, Nadzmi mengambil keputusan untuk tidak membacanya. Ianya terlalu keliru untuknya. Dia hanya meletakkan semula surat itu di mejanya.

Ketika ini, dia kembali berbaring di katilnya. Dia memakai pakaian baju lengan pendek berseluar panjang. Dia tidak mahu memikirkan lagi tentang surat itu. Surat itu baginya seperti masih lagi satu gurauan baginya. Dia masih tak faham.

"Perkara yang akan buatkan aku menyesal?"... "Adakah ianya mengenai Mira?"... "Ataupun orang lain.?", persoalan itu muncul dalam fikiran Nadzmi ditatkala jam dinding jarum kecilnya sudah menunjukkan 11 dan jarum panjangnya sudah menunjukkan angka 6. Disebabkan terlalu fikirkan mengenai maksud kesalan yang ada di suratnya, dia akhirnya terlelap sendiri.

Ketika ini, kelihatan seperti sebuah rumah dua tingkatan. Seorang gadis berambut berwarna sedikit keperangan pudar, matanya berwarna keorenan pudar .Gadis itu masih berada di meja belajarnya. Matanya tertumpu pada luar jendela. Kelihatan dirinya sedang memakai 'earphone' di telinga sebelah kirinya. Bukunya dipenuhi dengan tulisan kanji(penulisan jepun secara umum). Di atas mejanya terdapat seperti dua helai kertas berserta tiket penerbangan. Matanya memandang ke arah pemandangan langit. Skrin telefonnya masih lagi terpasang. Jam sudah menunjukkan pukul 12:30 tengah malam,namun gadis itu masih memerhatikan langit itu dari dalam biliknya. Renungnya itu kosong. Namun wajahnya kelihatan kosong, seakan-akan emosinya turut mati bersama riak wajahnya itu.

Keesokan harinya, Nadzmi bangun terlalu awal. Dia terus bersiap-siap, memakai uniform sekolahnya lalu bergerak keluar daripada rumah . Ketika dia sedang menghampiri pintu keluar rumahnya,dia mendapati seseorang berada di ruamg tamu. Dia injak ke belakang semula bagi melihat ruang tamu. Dia mendapati seorang lelaki yang berusia lewat 30an berambut hitam, dan memakai baju lengan pendek (T-shirt) serta berseluar panjang. Lelaki itu memakai cermin mata. Lelaki itu sedar bahawa Nadzmi sedang memandang ke arahnya. Lelaki itu kelihatan sedang duduk di sofa sambil membaca surat khabar itu terhenti bacaan dan pandangannya pada surat khabar itu.

"Otto-san/Ayah...", Nadzmi mula bersuara. Ayahnya kini memandang ke arah tersenyum. Senyuman manis dilemparkan kepada anaknya.

"Bila ayah sampai?, tanya Nadzmi kepada ayahnya sebagai medium awal perbualan.

" Kami baru saja sampai tadi, dari airport terus balik ", jawab ayahnya sambil memegang cawan yang beriisi teh. Ayahnya menghirupnya perlahan-lahan. Nadzmi seakan baru sahaja sedar akan sesuatu.

" Cakap tentang ayah, mana pula ibu? ", tanya Nadzmi sambil memerhatikan ruang tamu sekeliling. Dia mendapati hanya ayahnya sahaja yang pulang dari tugasan luar negara.

"Ohh, Mama ada dekat dapur dengan Sofea", jawab ayahnya yang kembali membuka surat khabarnya itu.

"Kamu akan lambat ke sekolah, bukan?", kata ayahnya sambil membaca surat khabar.

Nadzmi mula sedar yang bahawa dia hendak ke sekolah. "Maafkan saya!! saya pergi dahulu", kata Nadzmi sebelum pergi lalu berlari melangkah laju ke arah pintu keluar. Dia berlari dengan satu kaki bagi membetulkan kasutnya
sebelum memecut laju lari ke sekolah.

Kanashimi to Shiawase (Sadness and Happiness)Where stories live. Discover now