⭐BAB 3

61 7 0
                                    

'𝑴𝒚𝒔𝒕𝒆𝒓𝒊𝒐𝒖𝒔 𝒍𝒐𝒗𝒆, 𝒖𝒏𝒄𝒆𝒓𝒕𝒂𝒊𝒏 𝒕𝒓𝒆𝒂𝒔𝒖𝒓𝒆'

~𝑨𝒌𝒖 𝒊𝒏𝒈𝒊𝒏 𝒎𝒆𝒎𝒂𝒉𝒂𝒎𝒊 𝒃𝒂𝒈𝒂𝒊𝒎𝒂𝒏𝒂 𝒓𝒂𝒔𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒎𝒆𝒏𝒋𝒂𝒅𝒊 𝒎𝒂𝒕𝒂𝒎𝒖. 𝑳𝒂𝒍𝒖 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒆𝒓𝒕𝒊 𝒂𝒑𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒌𝒂𝒖 𝒓𝒂𝒔𝒂 𝒔𝒂𝒂𝒕 𝒎𝒆𝒏𝒂𝒕𝒂𝒑𝒌𝒖~

Bagasi besar aku keluarkan dari almari. aku tekad, apa pon yang terjadi aku akan tetap tinggalkan rumah ni.barang barangan penting aku masukkan ke dalam beg sambil otak ligat memikir,lepas aku nak tinggal dekat mana? Setakat 2-3 malam boleh la nak check in hotel tapi kalau lama lama mana aku mampu, duit yang ada ni pon cukup cukup nak makan untuk beberapa hari sahaja. Kad kredit itu ada, cuma aku malu, duit tu semua daripada hasil duit papa. Ahh, tidur tepi jalan pon tak apalah, tu belakang kira yang pasti pagi ini aku tetap akan keluar dari masalah ni.selesai saja mengemas barang aku keluar dari bilik Dan menuruni tangga.aku turun dalam keadaan mata yang bengkak. Mak idah berlari datang kearahku.

"Bella kamu nak ke mana ni nak, bawa beg besar semua ni?"

"Bella nak keluar dari sini mak idah, maafkan Bella ya mak idah kalau Bella ada salah Dan silap, Bella sayang mak idah, entah bila lah pula kita boleh berjumpa kan?" sedih melihat orang tua itu, air mata Cuba kutahan dari keluar sambil mencari kekuatan.

"Bella, fikir masak masak ya nak, jangan buat keputusan terburu buru. kalau Bella keluar dari sini, Bella nak tinggal dekat mana?dekat luar sana tu bahaya Bella, Tinggal ja dekat sini ya?" orang tua itu memujukku dengan air mata laju menuruni pipi tuanya.tiba tiba papa datang menghampiri.

"idah! Kamu jangan nak menyibuk, biarkan saja budak tu nak pergi, biar dia tahu langit tu tinggi ka rendah, mulai dari harini, dia bukan lagi anak aku, aku tak ada anak keturunan kurang ajar macam dia, biar dia berambus dari sini!" kata kata papa membuat Air mata aku laju mengalir.
Sampai hati papa.

" tapi tuan... "mak idah Cuba untuk membela aku.

" kamu jangan nak menyibuk idah, kalau tak sekali dengan kamu, aku suruh berambus dari sini"tengkingan papa membuatkan mak idah terdiam.

"terima kasih pa, terima kasih buat Bella macam ni, Bella mendoakan kebahagiaan papa" tiada apa lagi yang mampu aku ucapkan. Kakiku laju keluar dari rumah. Kereta yang papa pernah hadiahkan kapadaku tidak kunaiki. Biarlah, harta tu satu sen pun bukan hak aku.kakiku laju melangkah keluar dari perkarangan rumah. Tak pernah aku sangka rumah yang pernah menjadi tempat terindah bagi aku, akan aku tinggal. Memori dahulu menerjah kembali di dalam ingatkan. Bahagianya, tapi tidak lagi sekarang. hanya yang tinggal air mata menjadi peneman sepanjang hari.

"Bella! Bella! Tunggu!" suara itu membuat kepala aku toleh kebelakang. Nayla? Dia nak apa lagi dari aku, tak cukup lagi ka dengan apa yang dia dah buat.

"apa lagi yang kau nak nayla? Tak cukup lagi ka dengan apa yang kau dah buat dekat aku?"

" Sampai hati kau Bella, aku taknak apa pon sebab apa yang aku nak, semua dah dapat! aku cuma nak ucap selamat tinggal ja dekat best friend forevahhhhh aku ni, eh eh lupakan, anak kesayangan aku ni! " aku hanya diam bila dia ketawa mengejek ku, sakit hati!

"nayla! Cukup la nayla aku dah penat dengan semua ni. Sekarang, kau bagi tahu aku, apa yang kau benci sangat dekat aku Sampai sanggup buat aku macam ni! Bagi tahu aku nayla! Bagi tahu aku!"

"ishh ishh ishh, Sampai hati kau tuduh aku macam tu Bella, aku ni terlampau sayangkan kau tahu tak? Sampai aku sanggup jadi mak kau, aku sanggup kawin dengan papa kau sebab kasihankan dia tiada teman hidup" dia berkata sambil membuat muka kasihan.sakitnya hati, tambahan pula bila tengok papa yang sedang memerhati dari jauh. Takut sangad aku apa apakan istri dia. Menyampah.

"sudahlah nayla, aku dah penat dengan kau" aku malas nak melayan Dan terus jalan meninggalkannya.

"kau betul betul nak tahu? Ok fine aku bagi tahu kau kenapa aku benci sangad dengan kau! Dari masuk sekolah menengah sampailah universiti, semua lelaki nakkan kau, sedangkan aku? Diorang tak pernah pandang. Sikid sikid Bella, baik Bella, cantik Bella, pandai Bella semua Bella. Aku benci Bella! Aku benci sangad sangad.Kau dapat segala galanya Bella, kau ada keluarga yang bahagia, kaya. Aku nak semua tu Bella tapi aku tak dapat. And now, tengok la diri kau Bella,masa yang aku tunggu tunggukan dah tiba,dah lama bela, lamaaa sangad! aku tunggu, tapi ada ja halangan. And then, bila aku dengar ja mama kau meninggal, aku cepat cepat rancang segalanya galanya, senang ja nak goda papa kau, tunjuk sikid dah terpikat, bodo betul! Tapi bagus jugak, senang kerja aku!
And now aku dah ada segala galanya"
Air mata aku laju mengalir mendengar setiap perkataan yang keluar dari mulut nayla. Sungguh aku tak sangka, kawan yang aku sayang sepenuh hati selama ni dah lama tunggu saat aku jatuh.

"Sampai hati kau nayla! Aku tak sangka nayla! Aku tak sangka!"

"kau terlampau baik Bella! Kau memang baik. Tapi disebbkan kebaikan kau lah aku jadi macam ni"

"terima kasih nayla, jadi kawan baik aku selama ni, terima kasih. Tak ada apa apa yang aku nak cakap. Semuanya dah berubah.aku harap kau bahagia lepas ni"aku tak mampu berkata apa apa. Semuanya sudah jelas. Kuatkan aku ya tuhan! Kakiku laju meninggalkan nayla yang berdiri memerhati setiap langkahku dengan muka kemenangan. Selamat tinggal segalanya.


𝐈𝐭 𝐢𝐬 𝐧𝐨𝐭 𝐟𝐨𝐫𝐞𝐯𝐞𝐫, 𝐈𝐭 𝐢𝐬 𝐧𝐨𝐭 𝐭𝐡𝐞 𝐞𝐧𝐝, 𝐈𝐭 𝐢𝐬 𝐣𝐮𝐬𝐭 𝐦𝐞𝐚𝐧𝐬 𝐭𝐡𝐚𝐭, 𝐰𝐞'𝐥𝐥 𝐬𝐨𝐨𝐧 𝐦𝐞𝐞𝐭 𝐚𝐠𝐚𝐢𝐧!

This story involves any party living or dead, and does not involve any religion, please understand And do not forget to vote And follow🔪

RAED'SWhere stories live. Discover now