Bab 1.1

11 1 0
                                    

Wafiy Umairah

Aku melemparkan pandangan ke luar tingkap. Panas rasanya di dalam kereta ini walaupun air cond sudah dipasang dengan suhu yang paling minimum. Susahlah pulak nak jadi anak yang mendengar kata ni. Dalam banyak-banyak benda yang aku boleh buat, benda yang paling susah dan malas aku nak buat ini jugalah yang ibu dengan ayah suruh aku buat.

"Along... it's fine, okay. Nothing to be worried about. Bukannya ayah dengan ibu nak suruh Along buat yang bukan-bukan pun... It's just a matter of trying okay?" Ayah masih memujukku.

A matter of trying? Ayah ingat cintan-cintun ni boleh main try test dulu ke? I'm only 17 years old. Belum cukup umur lagi pun nak masuk fasa bercinta ni. Okey, aku tahu semua tak faham apa yang aku cakap ni. Anyway, let's begin from the start.

Hai, semua. My name's Wafiy Umairah binti Luqman. Aku berusia 17 tahun dan baru sahaja menamatkan kertas peperiksaan SPMku yang terakhir sepuluh hari yang lalu. Aku anak sulung dari 3 orang adik-beradik di mana kesemua adik-beradikku, lelaki.

Aku mengikut kedua-dua ibu dan ayahku berpindah dari Moscow ke Malaysia, (Aku anak Malaysia ya, dilahirkan di Pulau Mutiara) dua tahun yang lalu setelah bekerja hampir sepuluh tahun di sana. Ayah akhirnya membuat keputusan untuk menerima tawaran Pak Long untuk menguruskan syarikat milik atuk yang bercawangan di Pulau Mutiara dengan syarat Pak Long, ayah kembali ke Malaysia.

Maka, kami sekeluarga berpindah ke Malaysia dan Pak Long menyerahkan syarikat tersebut pada ayah sepenuhnya manakala dia menguruskan syarikat pusat di Kuala Lumpur. Maka bermulalah titik permulaan di mana aku dihantar belajar di sebuah sekolah swasta memandangkan ayah khuatir aku kurang mahir dengan cara pembelajaran di Malaysia.

Jadi, aku mendaftar untuk mengambil peperiksaan SPM di Bitara Girls High School. Selepas tamat peperiksaan, pada mulanya, aku mencadangkan agar ayah menghantar aku pulang ke kampung nenek di Kedah. Ayah bersetuju sehinggalah pada suatu hari, ayah mencadangkan aku supaya bekerja.

Bekerja? Satu perancangan yang baik. Walaupun aku bukanlah berminat untuk bekerja suatu hari nanti, tetap tidak salah kalau ada pengalaman, bukan? Kata ayah, aku bekerja menjadi pembantu peribadi kawan baik ibu dan ayah. Pemilik sebuah butik pengantin di Pulau Mutiara ini.

Aku memang gembira kerana sememangnya aku berminat dalam bidang fesyen. Sehinggalah pada suatu malam, rahsia mereka menggalakkan aku bekerja sampai ke pengetahuanku. Aku terdengar (terdengar, bukan curi dengar, okies!) perbualan mereka tentang perancangan jodohku bersama anak tunggal lelaki si pemilik butik itu.

Maka bermulalah sesi mogok aku tidak mahu bekerja dan aku hampir sahaja lari dari rumah dan pulang ke kampung beberapa kali. Namun percubaanku untuk lari dari rumah tidak pernah berjaya. Untung betul ibu dan ayah mempunyai dua anak lelaki kembar yang sanggup menjdi bodyguard kakak kesayangan mereka ini. Aku juga yang kurang beruntung kerana percubaanku sebanyak tiga kali gagal begitu sahaja.

"Okeylah Along. Try dulu. Kalau tak okey, serta-merta ayah akan lucutkan jawatan Along tu. Ayah janji. Jangan sedih-sedih okay? Ayah ada meeting dengan client ni. So, Pak Mat akan hantar Along sampai butik Mama Suri tu. Good luck sayang," Ayah segera berlalu.

Pak Mat terus memandu menuju ke butik tempat aku bakal memulakan kerja tersebut. "Pak Mat, Wafiy tak boleh sabotaj ke?" Aku menyoal agak bosan.

"Eh, tak baik sabotaj ibu dengan ayah. Boleh dikira derhaka tau." Pak Mat berpesan lagi. Ah, Pak Mat ni... Asyik derhaka saja. Tetapi kecut juga perut aku mendengar perkataan derhaka itu. Kata Pak Mat dulu, kalau kita derhaka, tak cium bau syurga. Na'uzubillah. Buat rugi sahaja aku buat amal banyak-banyak kalau menderhaka pada ibu dan ayah, kan?

"Okay, kita dah sampai. Wafiy bolehlah masuk. Butik Maisuri yang kat depan tu. Jangan melencong ke lain pulak. Kalau nak balik nanti, miss called Pak Mat, hmm?" Pak Mat berpesan.

"Yes Pak Mat! Arahan diterima. Wafiy pergi dulu... Assalamualaikum..." Aku segera melangkah keluar. Aku berdiri di hadapan cermin butik itu, cuba melihat pantulan imejku. Aku membetulkan kedudukan baju kurungku dan membetulkan sedikit lipatan tudung. Tas tangan yang aku pegang, aku gantung ke bahu. Fail yang aku kepit segera aku pegang di tangan. Aku segera tersenyum manis. Well, ayah cakap, kita kena try, kan? Not trying is not Wafiy Umairah, right?

Dengan penuh keyakinan, aku melangkah masuk ke dalam butik tersebut. Seorang gadis di meja penyambut tetamu itu segera berdiri sambil tersenyum padaku. Amboi, butik ini! Siap ada receptionist lagi! "Ya, cik. Boleh saya bantu?" soal gadis itu ramah.

"Saya ada buat appointment dengan pemilik butik ni." ujarku dalam nada yang sama.

"Sekejap, saya check..." Gadis itu kelihatan membelek sesuatu di bukunya sebelum menyambung, "Cik ni Cik Wafiy ke?" Aku segera mengangguk. Dia tersenyum. "Datin memang menanti kedatangan cik Wafiy. Mari saya bawakan cik ke bilik Datin."

Aku segera menurut. Dalam hatiku penuh dengan rasa kagum. Wah, Datin rupanya kawan ibu dan ayah ni. Patutlah eksklusif sekali butik pengantin ini. Rasa berdebar dan terujaku kian bercampur. Aku melebarkan senyuman apabila tiba di hapan pintu pejabat yang terbuka luas itu.

"Datin, ni Cik Wafiy." Ujar gadis penyambut tetamu sebentar tadi. Aku segera melangkah masuk dan tunduk sedikit sebagai tanda hormat. Wanita yang kukira berusia dalam lingkungan 40an itu segera bangkit dan memelukku.

"Dah lama mama tunggu Maira. Maira apa khabar?" Aku tergamam seketika. Wait, wait. Maira? Mama? Mak Datin ni salah orangkah?

"Erm, saya Wafiy Umairah. Ayah yang hantar saya ke sini untuk interview untuk jawatan pembantu peribadi pemilik butik ni." Aku mengucapkan dalam satu nafas. Teragak-agak juga aku membalas pelukan wanita itu.

"Yes, sayang. I know. And I'm waiting for you. Dah lama mama tak tengok Maira. Last sekali mama jumpa Maira before you fly to Russia. I think you're only five back then?" Wanita itu kelihatan cuba mengingati semula.

Aku mengangguk. Betullah tu. Aku sekeluarga berhijrah ke Moscow dua tahun selepas adik-adik kembarku lahir. Kata ayah, dia mahu anak-anaknya lahir di Malaysia sebelum dia berhijrah ke luar negara. Tetapi, dia panggil aku Maira? Yang panggil aku Maira cuma nenek, atuk dan opah di kampung. Yang lain-lain sememangnya menggelarkan aku Along. Cuma Pak Mat dan Mat Timah sahaja memanggil aku Wafiy dari kalangan keluarga terdekat. Mak Datin ini kira family aku jugakah? Tak pernah jumpa pun tiap-tiap kali aku balik raya?

"So, I guess Maira dah tak ingat mama, right? Okay, nama mama Wan Maisuri. I'm your parent's bestfriend. Part tu, mesti Maira dah tahu kan? Apa lagi yang Maira nak tahu fasal mama, sayang?" soal mama mesra. Tak ubah seperti ibu.

"No, no, no. Nothing. Cuma saya nak tahu bila saya boleh mula kerja?" soalku agak gagap. Mama ketawa kecil.

"Well, my dear. You don't have to sound so formal around me, okay? Maira boleh bahasakan diri Maira macam biasa dengan mama. Maira ke, Along ke, anything you like. Hmm?" Aku akhirnya mengangguk.

"Good. Hari ni, mama nak bawak Maira pusing butik mama ni, kenal semua pekerja mama and semua client mama. So, Maira dah start kerja sekarang. Okay?" Aku tersenyum lebar semula. Well, betul kata ayah. Tak salah mencuba, kan?

Simbiosis CintaWhere stories live. Discover now