Bab 4.1

1 0 0
                                    

Wafiy Umairah

Deringan telefonku yang nyaring mengejutkan aku dari tidur. Aku memandang jam di atas meja. Bila masa pulak aku kunci jam pukul 5.30 pagi ni? Aku mencapai telefon bimbitku, bercadang untuk mematikan deringan jam loceng namun mataku terbuka luas melihat nama pemanggil yang tertera di skrin telefon bimbitku.

Deringan telefonku mati. Aku membawa telefonku keluar dari bilik tidur. Aku salah tengok jam ke? Telefon bimbitku berdering lagi. Aku segera menerima jawapan tersebut. Matilah aku! Aku sudah berjanji dengan mama untuk bekerja pada hujung minggu ini memandangkan kedua ibu dan ayahku mengikuti seminar di Johor bersama adik-adikku.

"Assalamualaikum, mama..." ucapku agak takut.

"Waalaikumussalam warahmatullah. Selamat pagi sayang." Ucap mama lembut dan mesra seperti selalu. Leganya hatiku. Aku memandang jam di ruang tamu tingkat atas rumahku. Jam 5.30 pagi juga. Tak mungkin semua jam di rumah ini rosak, kan? Lagipun, cuaca di luar juga masih gelap.

"Mama, sekarang pukul berapa?" soalku gusar.

"5.30 pagi, sayang. Pergi siap. Mama dah nak keluar pergi ambil Maira ni. kita jemaah sama-sama kat masjid, okey. Lepas kuliah Subuh, kita pergi pasar." Aku terkedu. Sudah. Aku dah tukar jadi maid pulak ke? Driver mama mana? Kenapa mama drive sendiri?

"Awalnya, ma..." ujarku menahan kantuk. Memang aku tidak tersalah tengok jam.

"Maaflah, sayang. Anak Mak Lijah bersalin pulak semalam. Sebab tu mama buat perancangan mengejut ni. Mak Lijah dengan Pak Ali dah bertolak ke Melaka malam semalam. Sebab tu mama ajak Maira keluar awal." Ujar mama lagi.

"Okay, ma... Saya bersiap sekarang." Aku menurut. Aku mempunyai tanggungjawab. Aku tidak mahu hanya bekerja atas tiket aku anak angkat mama atau anak kawan baik mama. Aku mahu bekerja atas tiket aku mahu belajar dan mencari pengalaman.

Aku memaksa mataku supaya terbuka dan memasukkan beberapa helai baju ke dalam beg. Aku bakal tidur di rumah mama malam ini. Aku menuju ke almari pakaian, mencapai baju kurung yang telah siap kugosok beserta tudung. Usai mandi, aku turun dengan beg tangan, beg telekung dan beg pakaianku ke bawah. Aku menunggu mama di luar setelah mengunci pintu.

Tidak sampai 5 minit setelah aku selesai bersiap, kereta Proton Perdana milik mama sampai di hadapan rumahku. "Maira, hari ni, mama nak Maira drive." Ujar mama padaku. Drive? Kereta mama ni? Huh, kereta aku sendiri pun aku terkial...

"Tak naklah, ma. Saya takut." Ujarku.

"Kalau Maira takut, Kak Long temankan. Kalau Maira tak berani bawak dalam gelap, Kak Long boleh tolong drive. Tapi, kereta Mairalah. Jangan bawak kereta Mercedes ayah Maira tu." ujar mama. Oh, mama bawak Kak Long rupanya.

"Okay, ma. Tunggu kejap, saya ambil kunci." Aku melangkah semula masuk ke dalam rumah, mencapai kunci kereta Proton Satria Neo milik mama yang kini menjadi hak milikku setelah mama bersara daripada memandu. Aku memasukkan barang-barangku ke dalam kereta manakala Kak Long menghampiriku.

"Jom. Nak Kak Long drive ke Maira drive sendiri?" soal Kak Long padaku.

"Tak apalah Kak Long, Wafiy, err... saya boleh drive sendiri." Aku senyum menutup kekalutanku. Kak Long cuma ketawa kecil dan melangkah masuk ke dalam kereta.

Aku memandu keretaku dengan kelajuan sederhana. Takut jugak aku nak drive malam-malam ni, eh silap, dah pagi. Tapi, masih gelap. Kereta mama sudah jauh meninggalkan kami. Nasib baik Kak Long ada di sini menemaniku.

"Siapa drive kereta tu, Kak Long? Pak Engku ke?" soalku pada Kak Long.

"Tak adalah. Papa dah pergi masjid dulu pagi-pagi tadi lagi. Kereta tu, Angah yang drive. Dia tu memang kurang berhemah sikit. Biasalah, anak lelaki." Kak Long menjawab tenang. Potong satu markah. Aku tak boleh sangat dengan lelaki yang bawak kereta laju-laju bila ada penumpang. Macam nak bunuh orang lain sekali je kalau accident.

"Oh..." Hanya itu jawapanku. Aku terus memandu sehingga tiba di masjid. Kami bersembahyang Subuh berjemaah dan mendengar kuliah Subuh. Aktiviti utama keluargaku setiap hujung minggu jika ayah dan ibu berada di rumah. Kalau ada aku ja dekat rumah, memang wassalam ajalah Subuh aku. Kadang-kadang tu, bukan setakat gajah, dinasour pun boleh kalah.

Tamat kuliah Subuh, kami turun menunggu ketibaan anak lelaki mama. Seketika kemudian, seorang jejaka lebih kurang sebaya denganku muncul. Eh, macam pernah tengok... Aku mencuri pandang.

"Angah tak tidur kan waktu kuliah Subuh tadi?" soal mama padanya.

"Berani ke Angah tu ma? Depan-depan jemaah aje papa piat telinga dia, kang..." Fazira, anak gadis bongsu mama bersuara sambil ketawa kecil. Si jejaka itu segera menggeleng.

"Bagus. Maira, bagi kunci kereta." Ujar mama padaku. Aku mengerut dahi. "Ni, bagi si Angah ni bawak balik kereta Maira. Kitakan nak pergi pasar. Naik kereta mama ajalah. Barang-barang Maira ada dalam kereta, kan?" soal mama. Aku mengangguk sambil mengeluarkan kunci kereta dari dalam beg telekungku.

"Nah, pergi drive kereta Maira ni balik. Barang-barang Maira nanti angkat letak dalam bilik yang mama tunjuk pagi tadi. Lepas tu pesan mama tadi jangan lupa pulak. Before 12.00, faham?" Mama memberi arahan.

"Yes, mama. Mama dah tujuh belas kali ulang benda tu pagi ni aje mama tau." Si jejaka itu menjawab lagi.

"Erm, ma. Beg saya tu tak payah angkatlah. Nanti saya angkat sendiri." Aku menolak cadangan mama.

"Biarlah, Maira. Dia ni lelaki. Biar dia buat." Mama masih berkeras.

"Bukan berat pun beg tu, ma." Aku masih lagi menolak.

"Dahlah, ma. Dah orang tak nak. Biarlah dia angkat sendiri. Pesanan mama tu, Angah ingatlah, ma. Don't worry. Angah pergi dulu. Assalamualaikum." Terus dia menonong jalan menuju ke keretaku.

"Tengok tu. Bukannya nak dengar orang cakap sampai habis. Jomlah, Maira." Mama mengajakku pergi. Aku menurut. Kak Long pula mengambil tugas memandu kereta mama. Ameer Harith ni ke yang ibu dengan ayah beria-ia nak kenenkan aku tu? Haish, lagi satu masalah...

Simbiosis CintaWhere stories live. Discover now