Bab 1.3

1 0 0
                                    

Wafiy Umairah

SELESAI makan malam, aku masuk ke dalam bilik. Laci almari pakaian kubuka dan diari aku ketika aku bersekolah dahulu kutarik keluar. Setiap helaian diari kubaca satu-persatu. Aku benar-benar rindukan zaman persekolahanku di Russia dahulu. Kata ayah, aku tak patriotik. Semua orang sibuk nak belajar dalam negara, aku pula sibuk nak pergi oversea.

Salah ayah jugak. Aku tinggal di Russia selama 10 tahun sebelum kembali ke Malaysia. Aku menghabiskan masa kanak-kanakku dan memulakan zaman remajaku di luar negara, bukan di Malaysia. Bertuah sungguh adik-adik kembarku dapat memulakan usia remaja mereka di tempat kelahiran sendiri. Tapi aku? Aku baru sahaja menamatkan peperiksaan SPMku. Kerjaku, menjadi pembantu peribadi mama dan memmbantu Fasha bekerja di Café Andaman Sari setiap hujung minggu.

Kasihan Fasha, ibu tirinya memang sengaja menyerahkan café itu sepenuhnya di bawah pengurusannya. Sebab itu, aku sengaja membantu sahabatku yang seorang itu menguruskan serba sedikit café itu.

"Along." Ayah tiba-tiba muncul di muka pintu bilikku.

"Ayah, masuklah." Diari kumasukkan ke dalam laci meja belajarku.

"Along buat apa ni?" soal ayah.

"Tak buat apa pun. Kenapa ayah?" soalku. Ayah jarang masuk ke bilikku sejak kembali ke Malaysia. Sibuknya mengalahkan pengurus syarikat. Eh, lupa pulak. Ayah aku kan pemilik syarikat. Asyik meeting, outstation je kerjanya. Nasib baik ibu suri rumah tangga sepenuh masa. Walaupun tak adalah sepenuh masa sangat...

"Saja ayah nak sembang dengan Along. Dah lama ayah tak berbual dengan anak sulung ayah ni." Ayah duduk di atas katilku. Aku tersengih lalu mengambil tempat di sisi ayah di atas katil.

"Tak muat ni nak tidur dua orang. Esok, kita shopping eh. Beli katil king size. Nak?" Ayah memulakan bicara. Beli katil king size? Nak buat apa?

"Nak buat apa katil besar-besar, ayah? Along ni single, bukannya twins macam Angah dengan Achik tu. Katil single pun dah okey sebenarnya. Ni dah katil queen lagi. Apa yang tak muatnya?" soalku hairan.

"Tak muatlah kalau nak tidur berdua. Manalah tau, kalau-kalau Along terkahwin awal ke nanti. Senang, tak payah rushing nak beli katil baru. Dah tersedia." Ayah tersenyum nakal padaku.

"Apa pulak ayah cakap macam tu. Mana Along ada plan nak kahwin awal pun." Aku segera membangkang.

"Tapi ayah dengan ibu ada plan macam tu." Ayah berbisik perlahan. Spontan aku menoleh pada ayah. Aku salah dengar ke?

"Apa ayah cakap?" soalku ingin tahu.

"Ayah cakap, ayah dengan ibu okay je kahwin awal." Senyuman masih tidak lekang dari bibirnya. Aku hanya terkebil-kebil memandang wajah ayah.

"So, macam mana kerja dengan Mama Suri? Okay?" Ayah mengubah topik bicaranya.

"Okay. Best sangat. Nanti, Along pun nak bukak bisnes macam tu jugaklah. Jadi wedding planner." Aku memberitahu.

"Tak payahlah jadi wedding planner. Baik kerja dengan company family. Buat bisnes sendiri pakai duit banyak tau." Ayah memberi nasihat.

"Kalau Along kerja dengan company, Angah dengan Achik tu nak buat apa? Tak payahlah ayah, Along ni perempuan. Baik ayah serahkan company pada Angah atau Achik. Along ada plan Along sendiri. Along nak buka klinik dengan Ainaa. Jadi doktor." Aku memberitahu cita-citaku.

"Along ni, tadi nak jadi wedding planner. Ni nak buka klinik pulak dah. Mana satu yang betul ni?" soal ayah dengan kerutan di dahi.

"Mana-manalah. Tapi, kalau boleh, Along nak jadi doktor. Along nak pergi sambung belajar dengan Ainaa." Aku memberitahu cita-citaku pada ayah.

"Okaylah. Ayah tak kisah apa pun cita-cita Along. Yang penting, Along bahagia dengan pilihan Along. Ayah pun tumpang seronok sekali." Ayah menepuk bahuku perlahan.

"Ayah, dah lama ke ayah kenal dengan Mama Suri tu?" soalku pada ayah.

"Ibu dengan Mama Suri tu sekampung dulu. Diorang kawan baik. Ayah kenal dengan ibu time sekolah menengah. Mama Surilah yang selalu jadi orang tengah antara kami. Lama-lama, ayah pun dah jadi bestfriend sekali dengan mama tu hah. Sekali, dia terkahwin pulak dengan anak Tengku Yahya yang tengah famous sangat waktu tu." Ayah mula bercerita.

"Terkahwin? Macam mana pulak boleh ter-kahwin?" soalku hairan.

"Yalah, waktu tu ada sesi makan besar dengan keluarga Tengku Yahya. Mama waktu tu kerja dekat restoran yang sediakan makanan untuk majlis tu. Tetapi, entah macam mana, mungkin kebetulan. Itulah jodoh pertemuan semuanya di tangan ALLAH, mama tersalah masuk dalam bilik isteri Tengku Yahya dan terus saja Tengku Khamisah tu berkenan." Panjang lebar ayah bercerita.

"Berkenan macam tu aja?" soalku pada ayah.

"Entahlah. Kalau ayah tak silap, mama dipaksa masuk dalam majlis pemilihan bakal isteri Tengku Hisham keesokan harinya. Dan akhirnya, mama menang. Tengku Hisham pulak terus propose mama untuk jadi isteri dia hari tu jugak. Then, diorang kahwinlah." Ayah menamatkan ceritanya.

"Macam tu aja?" soalku. Langsung tiada unsur menarik.

"Hmm, macam tu ajalah. Zaman dulu, Along. Kalau yang masuk meminangnya tu anak raja, tuah besar tu. Tuah ayam nampak di kaki. Tuah manusia siapa yang tahu, kan? Dah jodoh dia. Nak susah apanya. Kahwin je. Habis cerita." Ayah beria-ia bercerita.

"Kalau Along pun ada anak raja masuk meminang, ayah terimalah?" soalku pada ayah.

"Eh, mestilah. Along tak nak, ke?" ayah mengusikku.

"Kalau tak suka, macam mana nak kahwin, yah?" soalku pada ayah.

"Alah, kalau dah kahwin, pandang muka hari-hari, yang tak suka tu jadi sukalah akhirnya." Ayah bersuara yakin.

"Jadi, ayah nak kahwinkan Along dengan anak Mama Suri tulah ya?" soalku cuba memerangkap ayah.

"Kalau ya, kenapa? Along nak ugut ayah dengan lari dari rumah ke?" Ayah masih dalam mood mengusikku.

"Ikut suka ayahlah. Ayah yang nak kahwinkan Along, kan? Tanpa persetujuan Along pun, ayah boleh je nak kahwinkan Along dengan sesiapa." Aku mula menunjukkan rajuk. Cuba untuk memberitahu ayah yang aku mahu membuat pilihan sendiri. Aku tidak mahu hidup aku diaturkan oleh keluarga semata-mata. Aku sanggup turuti semua kemahuan ayah dan ibu. Tapi bukan soal perkahwinan. Ayah perlu faham, yang nak kahwin tu aku. Yang nak sehidup tak semati tu pun aku. Macam mana keputusan boleh dibuat tanpa persetujuan aku?

"Ayah main-main jelah, Along. Janganlah merajuk. Nanti kalau Along ada boyfriend, cepat-cepat bawak jumpa ayah, okay?" Ayah ketawa sambil memeluk bahuku. Aku hanya diam membisu. Merajuk manjalah kononnya.

"Okaylah, sayang. Ayah keluar dulu. Jangan merajuk lama-lama, nanti berkedut macam orang tua. Good night." Ayah mengusap rambutku sebelum berlalu keluar.

"Good night, ayah." Pintu bilikku ditutup. Aku membaringkan tubuhku ke atas katil. Ayah ni betul-betul ke nak kahwinkan aku dengan anak bujang tunggal Tengku Hisham dengan Wan Maisuri tu? Aku mengeluh panjang. Aku ingatkan cerita macam ni, boleh jadi novel ja. Aku mengeluh lagi. Ya ALLAH, jika benar ini ketentuan-Mu, aku redha. Kau kurniakanlah ketabahan untuk aku menghadapi dugaan ini. Ameen.

Simbiosis CintaWhere stories live. Discover now