Aku hanya berdiri tegak di hadapan pintu masuk pasar itu. Kata-kata mama masih terngiang-ngiang di telingaku. Aku pilih barang-barang dan buat resepi sendiri? Sudah. Masuk dapur pun jarang. Resepi aku resipi apa? Main campak-campak bagi sedap bolehlah.
"Maira, dah beli apa-apa?" soal Kak Long mematikan lamunanku.
"Mesti belum tu Kak Long. Dari tadi adik tengok Kak Ngah berdiri je kat depan ni." Fazira bersuara. Budak kecik ni lagilah. Awal-awal lagi dia dah panggil aku Kak Ngah. Katanya aku menggantikan Angah sebagai kakaknya kerana Angah adalah abang dan bukannya kakak.
"Saya tak tahulah nak masak apa, Kak Long. Saya ni mana reti masak sangat. Setakat main campak-campak tu saya terrorlah..." Aku mengomel sendiri.
"Erm... Kak Long ada resipi kalau Maira nak. Kalau Maira nak, Kak Long boleh pinjamkan." Kak Long bersuara memberi cadangan. Kesian agaknya Kak Long tengok aku hilang punca macam ni.
"Boleh jugak Kak Long." Aku bersuara ceria. Tiba-tiba aku terfikir sesuatu. "Tapi Kak Long, macam mana saya nak tahu barang-barang yang nak dibeli?" soalku.
"Itu no problems. Maira terror bab-bab mencampak, kan? So, Maira mesti tahu barang-barang basic untuk masak, kan? Maira nak masak apa?" soal Kak Long.
"Itu adik tahu. Apa kata Kak Ngah masak ketam sweet sour, sambal mentega udang dengan tomyam ikan. Papa, mama dengan Angah memang suka makan seafood. Lagipun, dah lama adik teringin nak makan tomyam ikan." Si bongsu Fazira bersuara memberi cadangan. Amboi, mengancamnya nama resepi. Reti ke aku nak masak benda-benda macam tu. Satu masalah lagi, resepinya apa?
"Okey jugak tu. Kak Long pun dah lama tak makan sambal mentega udang. Tiga-tiga Kak Long ada resepi. So, should we choose that?" soal Kak Long.
"Erm... nak beli apa pulak ni Kak Long? Saya tak sure barang apa yang sepatutnya dibeli." Walaupun aku tahu barang asas memasak, tetapi, nanti lain pulak jadinya kalau tak ada bahan elektif.
"Tak apa, Kak Long tolong. Nanti, bila dah nak masak, Maira boleh tengok buku resepi Kak Long tu." Kak Long memberi idea lagi. Aku segera mengangguk setuju. Asal ada manual, aku boleh sahaja bekerja secara praktikal.
"Hai, lamanya duduk kat depan pasar ni? Bila nak start membeli-belah?" soal mama.
"Baru buat keputusan nak masak apa, ma." Jawabku sopan.
"Oh, okay. So, should we start buying things now?" Mama mengajak. Maka, kami pun memulakan langkah membeli barang. Mama juga siap membeli enam bungkus nasi lemak, beberapa keping roti canai dan kuih-muih untuk bersarapan. Selesai membeli-belah, kami bergerak pulang ke rumah.
Pulang sahaja ke rumah, aku, mama dan Kak Long menyibukkan diri di dapur. Pak Engku pula duduk di meja makan sambil membaca berita. "Pa, Angah keluar dulu ya." Satu suara kedengaran dari ruang makan yang hanya terpisah dengan kaunter formika tempatku membancuh air kopi panas untuk Pak Engku.
"Awalnya nak keluar? Tak sarapan pagi dulu ke?" suara Pak Engku pula bertanya.
"Pa, mama bagi 6 hours notice je untuk bawak first girlfriend. Mana sempat sarapan lagi, pa." Lelaki itu bersuara lagi.
"6 hours notice, kira okaylah, Ngah. Nenda dulu bagi papa 30 minit je untuk balik rumah dan pilih calon isteri. Sebab lambat, papa terpaksa je choose mama. Bahagia apa. Anak tiga. Dah besar. Dah boleh kahwin dah pun." Pak Engku selamba sahaja bersuara tanpa menutup akhbar Utusan Malaysia di tangannya. Amboi pak cik ni, selamba saja dia cakap macam tu.
"Pa, papa lain. Angah lain. Papa generasi X. Angah ni dah generasi Z tau. Ini zaman milleniumlah pa. Royal family of England pun tak buat tapisan menantu untuk pewaris tau pa." Pemuda itu masih bersuara membalas setiap kata papanya.
"Sebab kita bukan Royal Family of Englandlah kita kena buat tapisan Ameer Harith oiii..." Mama menjawab dari dapur.
"Yalah mama. Mama ni pun dah mengalahkan Queen Elizabeth nak mencari pengganti ja gayanya. Baik mama pergi meminang Princess Diana bagi Angah kahwin." Amboi mulut mamat ni. Sesuka hati dia aja tau! Potong lagi satu markah. Tak menghormati orang-orang tua.
"Eh, jangan nak salahkan mama pulak. Biar dia, bang. Dia dah besar." Mama menyampuk lagi.
"Dahlah, papa, mama. Angah pergi dulu. Nanti Angah breakfast je kat luar. Assalamualaikum." Dan suara itu hilang begitu sahaja. Aku hanya berdiam diri di sebalik kabinet dapur itu. Agaknya, sudu pun boleh larut aku dok kacau kopi dalam teko ni lama-lama.
"Maira, hidangkan air." Panggil mama. Aku cepat-cepat membawa teko kopi ke ruang makan dan menuang air ke dalam cawan milik Pak Engku.
"Minum Pak Engku..." jemputku berbahasa.
"Lah, kenapa panggil Pak Engku lagi ni? Panggil papa sudahlah. Papa nikan suami mama ni hah..." Pak Engku mengusikku.
"Dia seganlah pa. Tak pernah-pernah panggil papa. Lagipun, Maira kan PA mama..." Kak Long menyebelahi aku.
"Kalau segan, belajar. Nanti-nanti kena panggil papa jugak..." Pak Engku bersuara mengusik. Aku terkedu. Biar betul Pak Engku ni.
"Ish, papa ni... sudah-sudahlah mengusik si Maira ni... Dah tu Maira. Jangan dilayan Pak Engku kamu ni. Duduk makan sekali..." Mama bersuara pula.
Aku hanya tersenyum dan mengambil tempat berhadapan dengan Kak Long. Ayat Pak Engku bermain di gegendang telingaku. Nanti-nanti kena panggil papa jugak? Sepatutnya tak kalau aku berhenti kerja dan lari balik rumah nenek sekarang? Macam betul sahaja jangkaan aku yang ibu, ayah, mama dan Pak Engku ni ada rancangan nak kahwinkan aku dengan si Ameer Harith tu... Aku tak nak!!
YOU ARE READING
Simbiosis Cinta
RomanceSimbiosis cinta mengisahkan seorang gadis bernama Wafiy Umairah yang berusia 17 tahun dan baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysianya. Dia dihantar bekerja ke sebuah butik milik sahabat karib ibu dan ayahnya sebagai permulaan ranc...