Ameer Harith
"Ma, ma tak rasa ke permintaan mama ni childish semacam?" Aku masih lagi bengang dengan permintaan mama. Baru sahaja seminggu aku kembali ke rumah. Baru ingat nak lepak. Kena cari calon isteri? Mama ingat aku ni bujang terlajak ke? Aku ni masuk kategori kanak-kanak lagi tau! Baru umur tujuh belas. Dah mintak cari calon isteri. Tak logik langsung.
"Angah, mama ada satu je anak lelaki. Mama bukannya suruh kamu kahwin pun. Tak cukup umur lagi. Mama just mintak kamu cari 10 orang calon yang kamu rasa berkenan. Mama nak test, sesuai ke tak jadi bakal menantu mama." Mama mengulang lagi. Masuk kali ini sudah hampir sembilan belas kali mama mengulang permintaannya yang satu itu.
Aku menggaru kepala yang tidak gatal. "Kalau tak dapat?" soalku dengan muka bosan. Mama ingat cari anak dara orang tu macam cari anak kucing agaknya. Dahlah nak pilih yang bakal jadi menantu pulak tu. Maknanya jadi bakal isteri akulah jugak tu!
"Kalau tak dapat, mama ada calon yang sesuai untuk kamu. Mama cuma nak bagi kamu peluang untuk cari sendiri girlfriend kamu. And mama bagi tempoh sampai bulan Februari tahun depan je. Kalau tak dapat, kamu kena tunduklah dengan pilihan mama." Mama ketawa kecil.
Aku terkejut besar. "Mama, ini dah kira blackmail ni, ma. Apa yang Angah dah buat sampai mama tetapkan syarat tak masuk akal macam ni?"
"Mama buat semua ni untuk kepentingan kamu Ameer Harith. Mama tak mahu tengok perempuan sekeliling kamu jenis yang tak bertanggungjawab. Mama nak yang betul-betul boleh jadi macam Kak Long kamu. Kamu faham tak?" Mama masih lagi berusaha menegakkan hujahnya.
"Tapi, ma. Mana Angah nak cari 10 perempuan, ma?" soalku lagi, masih tidak berpuas hati.
"Itu benchmark je. Berapa banyak yang kamu jumpa, kamu bawak je jumpa mama. Mama tengah tolong kamu tapis perangai-perangai pelik orang perempuan ni..." Mama memujukku lagi.
"Perangai pelik apanya, ma? Angah ni ada seorang mama, seorang kakak dan seorang adik perempuan. I live with woman. Papa dengan Pak Ali je lelaki dalam rumah besar ni, ma." Aku menggeleng kepala sendiri.
"Ameer Harith, mama dengan papa hantar kamu ke all boys boarding school tau. Kamu bukannya tau perangai perempuan yang tengah meningkat remaja ni macam mana." Mama masih lagi mempertahankan hujahnya.
"Masalahnya ma, Angah ni baru je nak masuk 18 tahun. Baru je capai legal age. Apa yang mama nak cepat sangat ni? Boleh tak mama bagi peluang untuk Angah keluar cari yang macam Angah nak?" Aku masih lagi cuba memujuk mama.
"Tak payah. Mama ni malas nak menjawab banyak-banyak dengan nenda kamu tu. Kamu ni seorang je pewaris papa. Semuanya kamu ikut perangai dia. Kalau mama bagi kamu kebebasan, kamu end up macam papa tu hah. Jadi buaya tembaga. Semua orang kamu nak. Kamu ingat senang nak tepis godaan banyak-banyak macam tu?" Mama masih lagi mematahkan hujahku.
"Mama mana tau? Angah tak ada girlfriend punlah, ma." Aku mengurut tengkuk sendiri. Mama ni...
"Memanglah mama tak tau. Jangan kamu ni tiba-tiba minat kaum sejenis sudah." Mama menjeling tajam padaku.
"Mama. Angah ni lurus lagi tau. Mama janganlah nak takutkan Angah pulak." Aku segera membalas. Mama ni, fikirnya yang bukan-bukan aje.
"Sebab tulah mama nak kamu kahwin cepat-cepat. Senang hati mama. Kalau kamu tak nak, nanti kamu ada girlfriend, kamu bawak balik jumpa nenda. Kamu tak payah bawak jumpa mama dulu. Kamu pandai-pandailah menjawab dengan nenda kamu tu. Mama tak mau masuk campur." Mama memberi kata dua padaku.
Ah, sudah. Mengahadap nenda yang aku malas ni. Bukan senang nak berbincang heart to heart dengan nenda. Ada saja nanti nak dijawabnya. Entah ujian penapisan apalah agaknya dia nak bagi pada bakal isteri aku nanti. Kesian wife-to-be aku.
"Yelah, yelah. Angah ikut je cakap mama." Aku akhirnya menurut. Malas aku mahu bertekak dengan mama lagi. Kalau tak salah aku, mamapun dulu adalah salah seorang gadis yang berjaya melepasi peringkat tapisan nenda. Tapi, aku tak sama dengan papa. Papa seorang yang memang terbuka. Walaupun papa akhirnya jatuh juga ke tangan mama. Haish, kenapalah, papa aku ni ada pulak sipi-sipi keluarga diraja entah. Menyusahkan aje ada nama pangkal Tengku ni...
Aku mencapai telefon bimbit di atas meja. Satu mesej aku hantar pada Syamil. Aku perlukan ketenangan sekarang. Aku mencapai kunci motorku dan berlalu turun ke bawah.
"Hah, tu nak ke mana pulak tu?" soal mama yang sedang menyusun majalah di ruang tamu.
"Pergi menjana idealah, ma... Mama cakap nak sepuluh. Kena ada plan nak tackle anak dara orang tau, ma..." Aku berlawak.
"Kejap..." Mama menghilangkan diri ke ruang tengah sebelum keluar dengan segugus kunci dan sekeping gambar.
"Angah boleh cari mana-mana perempuan yang Angah suka kecuali dua orang. Ainaa Mawaddah dan Wafiy Umairah." Mama bersuara serius.
"Ainaa Mawaddah?" Aku ketawa. "Of course notlah, ma. Tapi, siapa Wafiy Umairah tu?" soalku. Mama menyerahkan sekeping gambar. Aku terpegun seketika. Macam pernah tengok muka ni. Kat mana ya?
Akhirnya aku meletakkan semula gambar itu ke atas meja. "She's really not my type, ma. Jangan risau." Aku segera berlalu ke pintu dan menyarung kasut.
"Angah, ambik ni!" Mama membaling gugusan kunci yang dibawanya sebentar tadi ke padaku. Aku pantas menyambut. "Apa ni, ma?"
"Well, ini cara memudahkan kamu nak tackle perempuan." Ujar mama sambil menghilangkan diri ke dapur.
Aku memandang lama gugusan kunci tersebut. Eh, ini bukan kunci kereta Porsche yang papa baru beli minggu lepas tu ke? Aku segera berlari menuju ke garaj, menekan butang kunci dan masuk ke dalam kereta. Sekeping kad yang terletak elok di atas dashboard aku capai.
Dear Ameer Harith,
Sebenarnya mama dengan papa nak hadiahkan kereta ni kalau Angah berjaya dalam SPM. Tapi, sebab Angah ada mission untuk diuruskan, kami pinjamkan dulu kereta ni pada Angah. Kalau Angah tak score SPM, pulangkan kereta ni pada papa, okey?
Salam sayang,
Mama + Papa
Aku tersenyum. Wah, bagus jugak mission ni. Dapat aku pakai Porsche sebelum masanya. Dengan senyuman lebar, aku mengundurkan kereta itu keluar dari pagar rumah.
Wait for me, girls!!
YOU ARE READING
Simbiosis Cinta
RomanceSimbiosis cinta mengisahkan seorang gadis bernama Wafiy Umairah yang berusia 17 tahun dan baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysianya. Dia dihantar bekerja ke sebuah butik milik sahabat karib ibu dan ayahnya sebagai permulaan ranc...