TIGA

113 1 2
                                    

SEPERTI yang dijangka, tekaan ayah memang tepat sekali. Mereka tidak dapat menerima waris kerana lawatan ini hanya terbuka kepada pelajar-pelajar universiti. Jadi, Farhan yang menjadi pilihan. Farhan hanya senyap sahaja. Tidak membantah atau melawan. Seolah-olah sangat bersetuju dengan cadangan ayah. Aku pula? Terpaksa merelakan. Yalah, kalau tak jangan haraplah aku dapat pergi.

Kami bersiap-siap untuk ke kolej. Tempat pertemuan untuk berkumpul dan menaiki bas. Ayah dan ibu akan menghantar kami pada malam ini. Dan seperti yang aku jangkakan, ayah dan ibu tidak henti-henti memberi nasihat kepada kami berdua. Takut terlupa kata mereka. Maklumlah ini kali pertama kami pergi jauh tanpa mereka. Semasa berkemas siang tadi pun, sudah bermacam-macam pesanan ibu berikan. Dan aku pasti ayah juga memberikan bermacam-macam pesanan buat Farhan. Emm...bilalah kami ni boleh bebas dari kerisauan mereka. Umur dah 20 tahun kut. Tapi aku pasti mereka juga sedang belajar menerima hakikat yang kami sudah besar dan sudah tahu membawa diri. Aku ada terdengar juga ayah memujuk ibu supaya tidak terlalu risaukan kami. Sebenarnya aku sangat bersyukur kerana mempunyai ibubapa seperti mereka. Kasih sayang mereka tak dapat kubalas dengan kata-kata. Ibu...ayah...Farah sayang ibu...sayang ayah...

Kami menaiki bas tepat pada pukul 10 malam. Sepatutnya pukul 9.30 malam sudah bertolak tetapi terdapat salah seorang peserta yang tiba agak lewat dan kami terpaksa bergerak lewat juga. Dalam bas, aku duduk di sebelah Gee. Farhan pula di belakang aku. Bersama teman sekelas Gee. Aku dan Gee bersembang agak rancak. Macam-macam yang kami bualkan. Kadang-kadang terlepas juga ketawa kuat kami berdua. Excited sungguh aku! Walaupun sudah beberapa kali kami menguap menahan ngantuk tapi tetap mahu bercerita. Aiii...seronok sungguh ya! Telefon bimbitku berbunyi. Ada mesej masuk!

"Tak payahlah nak sembang kuat sangat. Dah la ketawa kuat. Malu la sikit kakak...orang semua dengar. Tidur la kak...kan dah malam ni, semua nak tidur. Simpan tenaga untuk esok."

Aku mengetap bibir. Menahan rasa malu. Betul juga apa yang Farhan cakap. Dah sah-sah kami bertolak malam, tentunya tidak ada apa-apa program. Hanya menunggu sampai ke destinasi sahaja. Dan pastinya malam adalah waktu untuk orang tidur. Dah pukul 10 lebih pula tu.

Aku cuba merendahkan kerusi. Untuk keselesaan tidur. Tapi, tak tahu macam mana nak buat. Aku berpaling ke arah Gee. Dia dah tidur. Hmmm...mengantuk sangatlah tu. Tadi, bukan main bercerita. Aku berpaling ke belakang. Ingin meminta bantuan Farhan. Dia melihat aku sambil mengangkat kening.

"Tolong kakak...nie haa, kakak tak tahu nak buat macam mana." bisikku perlahan.

Dia menggeleng-geleng kepalanya. Entah apa yang difikirnya itu. Tetapi tangannya tetap membantu aku. Mengikut arahan betul budak ni! Tanpa bantahan? Bagus betul adikku ini aka my assistant and my bodyguard! Setakat sekarang masih lagi belum membuat hati aku geram dan marah. Kalau beginilah prestasinya pada esok-esok, confirm membuatku sentiasa tenang! Dan ceria! So, please Farhan....bagilah kakakmu ini ceria selalu ya!

Aku mula memejamkan mata. Tiba-tiba terasa ada benda yang diletakkan di atas badan aku. Mataku yang tadinya hampir terlelap pantas kubuka. Dilihat Farhan yang sedang meletakkan kain di atas badanku untuk dijadikan selimut. Mata ku pejam semula. Hanya membiarkan tindakan Farhan. Wait! Dia selimutkan aku? Farhan? Tak kan lah. Tak percaya lah. Aku membuka mata. Selimut tadi sudah selamat di atas badan aku. Aku berpaling ke arah belakang. Kelihatan dia yang sedang berkira-kira untuk tidur.

"What?" tanyanya perlahan. Keningnya mula berkerut. Mungkin terkejut dengan reaksi aku yang secara tiba-tiba berpaling ke arahnya.

"Adik selimut kakak?"tanyaku pula. Seakan-akan tidak percaya.

Dia hanya mengangguk perlahan. Kemudian memejamkan matanya. Tak naknya dilayan aku nih. Aku berpaling semula ke depan. Bersedia untuk tidur. Cayalah Farhan! Sayang jugak kau kat kakak kau ni. Hehe... 

-----------------------------------------------------------------

Wow...si Farhan yang selalu mencari gaduh dengan kakaknya itu...rupa-rupanya juga seorang yang caring ya 🤭

Ada ke adik yang selimutkan kakaknya🤔 adikk i x penah😭...tapi i dulu penah masa kena jaga diorang time kecik2 dolu😂

DIA KEMBAR AKU (2013) (COMPLETED)Where stories live. Discover now