HARI ini dah masuk hari keempat lawatan kami. Dua hari di Kuala Lumpur dan dua hari di Melaka. Dan sebentar lagi, kami akan bertolak pulang. Pastinya yang sentiasa bersamaku adalah Gee. Dan juga kembarku, Farhan. Aku seronok dengan situasi ini. Farhan seolah-olah menjaga aku dengan baik. Dia mengikut sahaja kataku selagi tak salah. Inilah peluangnya untuk aku membuli dia! Nampak dia tersangatlah caring. Ambil berat pasal aku gitu. Sikapnya selama empat hari ini seolah-olah berubah! Berubah dari perangainya yang suka mencari pasal dengan aku! Ya, baru aku perasan. Sebelum ini, asyik dia aje yang nak menang. Suka cari pasal, mengusik dan cari gaduh dengan aku. Ada saja nak kenakan aku. Tapi, kali ni dia lain. Nampak seperti dia yang abang dan aku yang adik. Hehehe...memang itu aku pasti. Nama je aku kakak tapi bab manja-manja ni aku tip top ahh...selalu mendapat perhatian lebih dari ibu dan ayah. Hah..bangga aku!
"Kakak bayar pula tau. Pagi tadi, adik dah bayar untuk kakak." Farhan bersuara apabila pelayan selesai mengambil order. Aku mencebik.
"Itu pun nak berkira."omelku pula sambil memandang ke arahnya.
"Kira la...asyik guna duit adik je. Apa, ingat ayah bagi duit lebih kat adik ke? Kan dah dapat sama banyak."
Aku nak membalas tapi terhenti apabila mendengar suara ketawa dari Gee. Aku dan Farhan berpandangan hairan. Kenapa pula dengan kawan aku ni?
"Kau ni kenapa? Tiba-tiba je.."
"Aku rasa kelakarlah tengok korang berdua ni. Asyik bertengkar je. Tak penat ke. Benda kecil pun nak bergaduh. Lawak la korang ni. Entah-entah kat rumah bertumbuk sakan ye.."
"Kau ni Gee....mana ada. Kita orang gaduh main-main je. Tapi, selalunya akulah yang menang. Kan adik?" balasku sambil tersengih.
"Tak, kat rumah kakak selalu nangis. Farhan yang selalu memang."
Ishh...budak ni! Haa...ni nak mulalah tu perangai yang empat hari dah hilang. Nak menyakitkan hati aku la.
Makanan yang dipesan akhirnya sampai. Kami makan dengan bersungguh-sungguh. Lapar. Haha...diam sekejap meja makan. Selesai membayar, aku menarik tangan Gee supaya mengikutku.
"Kakak nak pergi tandaslah dik. Adik tunggu kat sini tau." Sempat aku berpesan kepada Farhan. Dia hanya mengangguk faham.
Setelah beberapa minit, aku dan Gee keluar dari tandas. Mataku mencari-cari wajah adikku. Mana pula dia pergi ni. Tadi kan dah pesan suruh tunggu kat sini. Farhan ni memang la!
"Ehh, Farah....tue adik kau tu. Eh, Kamal pun ada. Mereka buat apa tu? Macam nak bergaduh je." Terbeliak mataku apabila melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Gee. Sedikit jauh dari kedai yang kami makan ini. Farhan dah bayar ke makanan tadi. Tanpa berfikir panjang, aku dan Gee cepat-cepat melangkah ke sana.
"Farhan!" aku terjerit sedikit. Tapi, masih mengawal suara. Aku mendekati Farhan. Melihat wajahnya yang sedang menahan marah. Ada apa ni?
"Haa...datang pun awek kau. So, macam mana? Nak tunjuk macho tak depan awek kau ni?" Kamal bersuara sambil tergelak-gelak. Nadanya seolah-olah mengejek Farhan.
"Woi, jomlah...kita tengok sapa lagi kuat. Weh Amri, aku rasa dia takkan berani punya!" sambung Kamal sambil menoleh ke arah kawannya itu.
"Kamal! Apa masalah awak sebenarnya. Kami tak kacau awak dan awak jangan kacau kami!" aku bersuara tegas. Aku tahu Kamal memang tidak berpuas hati dengan kami. Selepas kejadian tempoh hari, dia sentiasa memandang aku dengan wajah yang tidak puas hati. Wajahnya ketika itu pun masih ku ingat. Betul jangkaan aku, Kamal memang berdendam dengan kami.
"Hahaha...eh, korang tau tak korang ni menyemakkan mata aku. Berkepit 24 jam. aku ni kau tak pandang, budak nie jugak yang kau pandang!" Kamal bersuara kasar. Aku terkejut melihatnya. Tidak pernah aku melihat dirinya seperti ini. Aku menarik tangan Farhan.
"Dah, jom kita pergi. Jangan dilayan orang yang tak betul ni!"ujarku perlahan.
"Apa kau cakap betina? Orang tak betul?"tempik Kamal kuat. Aku dipanggil betina? Farhan yang sedari tadi menahan marah bergerak pantas ke hadapan. Tapi, cepat-cepat aku menahan. Biarlah apa yang dikata, tapi janganlah mereka bergaduh disini. Apa kata ayah? Apa kata ibu? Dan apa pula kata orang yang lalu-lalang yang mula memandang ke arah sini.
"Dah....Farhan jangan nak mula! Fikir dulu...apa kat ibu dan ayah nanti. Mesti mereka tak kan benarkan kita ke mana-mana nanti. Hiraukan dia, adik."Aku memujuk perlahan. Belakangnya aku usap perlahan dengan harapan dapat meredakan sedikit amarahnya. Nampaknya Farhan mendengar kata-kata aku. Alhamdulillah. Kami mula bergerak menuju ke arah bas. Tetapi suara Kamal mematikan langkah kami.
"Dayus!"
Aku mengalihkan pendangan ke arah Kamal dan merenungnya tajam.
"Kamal, ini adik saya. Kami kembar. Maaf, lambat perkenalkan kepada awak. Dia bukan dayus tetapi dia menghormati saya sebagai kakaknya. Dia mendengar nasihat saya. Saya bersyukur kerana mendapat seorang adik sepertinya. Memikul amanah ibu dan ayah saya supaya menjaga saya dengan baik. Mungkin ibu dan ayah saya mempunyai firasat yang tidak baik, sebab itu dia meminta Farhan menemani saya untuk menjaga saya....melindungi saya daripada orang seperti awak. Saya sayangkan dia dan saya tak benarkan awak mengeluarkan kata-kata yang boleh menjatuhkan maruah dia. Maaf, saya tidak suka pada awak. Pada saya, awak seorang yang biadab pada wanita. Tidak tahu bersopan dan berlembut dengan wanita. Saya berharap awak tidak akan ganggu kami lagi."
Selesai sahaja kata-kataku itu, aku berpaling ke arah hadapan, memaut lengan Farhan dan berjalan bersamanya. Sempat juga aku melihat ke wajah Kamal tadi. Mukanya merah. Entah menahan marah atau malu.
Sepanjang perjalanan pulang, kami masing-masing diam. Gee tidak pula memulakan perbualan. Dia lebih banyak tidur. Mungkin tidak mahu mengulas tentang kejadian tadi. Farhan hanya senyap. Dan aku juga senyap! Turun sahaja dari bas, kami berpelukan dengan ayah dan ibu. Rindunya! Ayah dan Farhan membawa barang-barang kami dan aku tidak lepas daripada pelukan ibu. Baru empat hari! Manja! Sebelum kami sempat menaiki kereta, terdengar satu suara yang memanggil nama Farhan. Serentak kami semua mengalihkan pandangan. Kamal! Dia nak buat apa lagi ni. Farhan bergerak ke arahnya. Meningggalkan kami dalam kehairanan. Tapi, ibu dan ayah tak risau. Aku je yang risau!
Ayah mula menggerakkan kereta apabila Farhan sudah selamat masuk dalam kereta. Dia hanya diam. Aku memandangnya. Dia perasan. Segera dia mendekatkan wajahnya padaku.
"Tak ada apalah kakak....dia hanya minta maaf dengan Farhan. Dia juga minta maaf dengan kakak."bisik Farhan perlahan. Cukup untuk aku dengar. Aku membuat muka tidak percaya. Dia menganggukkan wajahnya seperti mengiyakan apa yang dicakapnya sebentar tadi. Aku hanya mengangkat bahu. Kalau betul apa yang dikata oleh Farhan, baguslah!
--------------------------------------------------------------
Woww...kali ni baru nampak 'perasaan' sebenar Farah & Farhan kan...walau asyik bergaduhhh...tapi sayang tu tetap ada🥰
Hmmm...dah nak habis yeee...kisah diorang ni😅