"HYAAAAAHHH!!"Seorang budak lelaki menjerit kuat apabila semua kayu yang di kutip nya berterabur dek pukulan hebat dari seseorang.
"YAH MIKASA! KENAPA KAU TENDANG AKU!" jerit budak lelaki itu
Mikasa memberikan pandangan dingin nya kepada Eren.
"Supaya kau bertenang" mikasa membalas sahaja.
"TAK! AKU TAK AKAN TENANG! BERANINYA ORANG - ORANG TUA TAK GUNA TU HINA SQUAD PENINJAU" balas eren geram.
"Jadi buktikan" kata Mikasa secara tiba - tiba
"Huh?"
"jadi buktikan apa yang mereka cakap tentang Squad peninjau tak betul" Mikasa memandang eren tepat.
Eren yang terduduk terus bangun serta merta
"Jadi kau setuju nak ikut aku masuk askar?!" jerit Eren teruja
Mikasa tersenyum nipis
"kau lupa ke? aku akan sentiasa ada dengan kau" balas mikasa
"KYAAA!! MARI KITA BUKTIKAN YANG KITA BOLEH LINDUNGI SYAGEYAMA!" Jerit Eren bersemangat
Mikasa ketawa kecil melihat gelagat Eren
"Erk, aku nak ikut boleh?"
Mereka berdua pantas menoleh
"Ehhh Armin?"
"Kenapa kau nak ikut kitorang masuk askar? bukan ke kau pengecut?" seloroh Eren
Sekarang mereka sedang duduk di tepi tebing sungai sambil memerhatikan Squad peninjau yang baru pulang dari operasi.
"Yah! Aku bukan pengecut la!" Merah pipi Armin sambil memerhatikan Eren yang sesuka hati menghina dia.
"Jadi?" eren memandang Armin sambil mencebik.
"Aku cuma.." Armin memandang langit lama.
Eren dan mikasa memandang Armin, sabar.
kemudian Armin tersenyum riang
"Aku nak tengok dunia luar! macam squad peninjau! Aku nak tahu apa yang ada diluar tembok tu" Kata Armin semangat sambil menunjukkan tembok besar yang melindungi mereka selama ini.
"Kau tak takut kene makan dengan Titan?" soal Mikasa tiba tiba.
Senyuman riang armin serta merta hilang
"Yaa Mikasa! kenapa cakap macam tu!" Armin memandang Mikasa geram
Mikasa mengangkat bahu lalu melihat tembok besar itu
"Bermacam macam jenis Titan dekat luar sana aku cuma taknak kawan kawan aku terluka."
"Oi oi apa budak budak buat disini huh?" kata satu suara dari belakang.
Mereka bertiga pantas menoleh dan bangun"Encik Hassens" kata mereka serentak
Encik Hassens ialah seorang polis tentera yang mengawal pintu tembok.
"Kami nak tengok Squad peninjau, Kami nak jadi macam mereka!" Balas Eren riang
"Heh Squad peninjau?" En Hassens memandang rendah kearah Eren
"Bolehkah Budak budak macam kamu bertiga ni jadi Squad peninjau?"
"Huh?" Eren terdiam
"Squad peninjau memerlukan askar askar yang sanggup mati dan askar askar yang sanggup berdepan dengan titan titan hodoh tu, kamu bertiga boleh ke?" Balas En Hassens sinis
YOU ARE READING
TITAN
FanfictionHidup didalam tembok lebih 2,000 tahun akhirnya tembok dipecahkan oleh pengkhianat. Selama beratus tahun juga la negara Syageyama dihantui oleh makhluk bernama TITAN. Mampukah squad - squad elite negara mempertahankan rakyat? Mikasa terlampau terd...