Bang!
Bang!
Tepat kena pada kedua bahu lelaki yang ada di depannya saat ini. Senyum sinis tersungging pada bibir lelaki itu akan perbuatan sendiri. Muncung pistol ditiup penuh sinis.
It's nothing that complicated, I just want to kill him.
Aryan benci apabila ada seorang lelaki yang cuba menganggu Mamanya. Baru tadi Mama keluar pergi pasar dan Fasei cuba membunuh Mamanya.
Dalam diam, Aryan begitu menjaga akan keselamatan Mamanya. Sehingga setiap hari anak buahnya mengikut setiap langkah Mama demi keselamatan perempuan bergelar ibu itu.
" Aku tak suka kau kacau keluarga aku...termasuk mama aku," gumam Aryan perlahan dengan nada kerasnya.
Mengembang mata Aryan mahu menghamburkan kemarahan pada lelaki itu. Ketat terasa dada mahu hamburkan lagi kemarahannya dengan tembakan seterusnya tapi disabarkan hatinya. Sudah teruk lelaki itu kena dengannya jadi andai dia terus menembak rasanya akan lunyai terus.
Bagai terbayang akan perbuatan lelaki itu yang mahu membunuh Mama tadi. Nasib baik anak buahnya sempat selamatkan Mama. Kalau tak...pasti Mamanya sudah tiada akibat ditikam. Kurang ajar!
" Kau buat apa ni Ryan?" sergah Nick yang baru masuk ke dalam bilik seksaan kawan baiknya itu.
Terbuntang mata Nick melihat banyak barang yang pecah dan patah, dengan tangan kawan baiknya itu berdarah teruk. Tak kira lagi bekas tembakan pada kedua bahu lelaki yang sudah terkulai di bawah lantai itu. Uish dahsyat!
" Aku buat sebab sayang. Tu je." Cukup simple ayat itu buat Nick mengangguk sempurna.
Faham akan perangai Aryan yang selalu buat sesuatu perkara bersebab, kalau orang tak cari pasal dengannya, Aryan takkan bertindak jauh begini.
" Kau tak kasihankan dia ke?" soal Nick menguji Aryan yang semestinya hati batu.
Aryan angkat bahu. Tak ada istilah kasihan dalam kamus hidupnya. Pistol dilempar jauh ke sudut dinding. Kerusi plastik yang dia lempar di atas lantai dicapai dan dia duduk di depan mangsa yang sudah lemah dengan tembakan pada bahu yang begitu menampak.
'Yeah I'm a bad boy doing good things for my mom.'
" Apa yang lelaki tu buat sampai kau bunuh dia macam ni?"
" Nothing."
Ringkas jawapan itu buat Nick faham yang lelaki itu tidak suka menyoal banyak. Mungkin ada sesuatu membuatkan lelaki itu mengamuk lagipun semua barang sudah berselerak di bawah lantai gara-gara si Aryan. Nampaklah marah tu.
" Kau nak pergi mana?" tanya Nick pelik.
" Balik. " Kaki melangkah beberapa tapak ke pintu utama.
" Jangan lupa keluarkan lelaki tak guna ni dari sini. Aku tak suka." Sedikit kuat suara itu mengarah. Masih bersisa suara itu dengan perasaan marahnya.
Nick mengangguk menerima arahan kawan baiknya itu. Dikerling sekilas akan Aryan yang masih tercegat pada muka pintu bila telefon lelaki itu berdering. Nick hanya angkat bahu saja. Tak nak ambil tahu.
Aryan lihat dengan ekor mata akan perbuatan kawan baiknya membawa lari lelaki yang dia pukul tadi. Panggilan dari sang ibu diangkat.
" Assalamualaikum anak mama..." Teruja suara sang ibu bersuara.
" Waalaikummusalam." Beku tona suara Aryan menjawab.
" Mak Teh ada balik sini."
Terus muka beku itu berubah wajah kepada teruja. Hilang terus muka beku dari wajah kacak itu. Wajahnya yang kelihatan berseri-seri itu menandakan keriangan yang benar-benar dirasai.
YOU ARE READING
His Secret Side ( Published Under Fajar Pakeer )
RomanceKaku, beku, dingin itulah jiwanya biarpun dipinta hati banyak kali, namun keras dia menolak! Wanita sepertinya tidk perlukan cinta. Dia hidup semata-mata untuk bernafas. Pertemuan, akibat salah faham menyatukan dia dengan lelaki itu. Lelaki manja ya...