" Mari makan semua." Mama Aryan mengajak keluarga Yana.
Aryan setia mengosok dahinya yang masih terasa sakit kerana terhantuk tadi. Sampai saja di ruang dapur. Terus dia mengambil tempat di sebelah Yana. Tersenyum-senyum Aryan bila Yana ada di sebelah.
Mulut muncung dibuat bila Yana lari mencari tempat lain. Mungkin tak nak duduk di sebelahnya. Sampai hati. Terasa hati sampai ke lubuk yang paling dalam tau!
" Yana, duduk sebelah Ayan boleh?" pinta Mama Aryan.
Penuh terpaksa Yana mengangkat kaki duduk di sebelah Aryan. Aryan apa lagi? Senyum sendirilah! Suka sangat bila Yana duduk dekat dengannya. Alahai...
'Kau buat perangai, aku sepak kau' monolog Yana geram.
Aryan tersengih bagai kerang busuk bila Yana duduk di sebelahnya. Tergedik tubuh itu ke kiri dan ke kanan. Bukannya Aryan tak tahu yang Yana tak nak duduk di sebelahnya. Nasib baik mama pandai pujuk. Sayang mama ketat-ketat!
" Yana...tolong letak nasi untuk Ayan boleh?"
Yana mengerling Datin Sharifah. Mama Aryan anggukan saja. Memberi isyarat supaya dia ikutkan saja permintaan Aryan.
'Okay. Fine!'
Aryan hanya tengok saja perbuatan Yana dari cedukkan nasi sehingga ambil lauk untuknya.
" Yana... Ayan tak nak belacan. Ayan tak tahan pedas." Aryan merengek manja.
Menggeleng Datin Sharifah dengan anak lelakinya itu. Sabar saja dia tengok muka Yana melayani Aryan. Nak tergelak pun ada bila muka Yana sudah cemberut seribu. Pasti tengah tahan geram. Mana tak geram kalau Aryan banyak kerenah. Nak itu, nak ini. Pening kepala.
" Sabar tau Yana. Ayan memang macam ni."
Yana sengih menampakkan gigi. Tak ikhlas langsung sengihannya itu. Memang berlakon gembira saat ini. Munafik ya kau Yana!
" Tak apa Aunty... Yana dah biasa main dengan baby. Tapi tak tahu pulak dekat rumah ni ada baby besar kena layan." Yana kerling Aryan dengan senyum penuh makna. Baby besar yang mengada!
Gelak terhambur diruang dapur itu. Lawak dengan kata dari Yana. Cuma Aryan saja tak gelak. Tengok Yana saja dari tadi. Kalau tengok saja takpe, tapi yang buat Yana geram bila lelaki itu senyum je dari tadi. Tak boleh ke kalau tak senyum? Aku cabut dengan skru senyum tu baru tahu!
Yana menyuap nasi ke dalam mulutnya. Baru beberapa kunyahan, si baby besar sudah menganggunya. Nak apa lagilah! Aku tendang jugak kang! Astaghfirullah berdosa!
" Yana suap Ayan boleh tak? Ayan tak boleh makanlah. Tengok ni." Aryan tunjuk tangannya yang berbalut.
Yana mengetap giginya. Sengaja Aryan buat muka comel semata-mata mahu menagih simpatinya. Bibir lelaki itu juga dilipat. Tagih simpati dari Yana. Yana mengetap kuat giginya. Walaupun apapun yang terjadi, Yana takkan tolong Aryan. Mengada je lebih!
" Yana..."
Aryan menarik lembut hujung baju Yana. Terpejam rapat mata Yana. Geramnya pada si Aryan. Sabar Yana. Ada Aunty sekarang ni. Kau ikutkan je. Ikhlaskan hati kau. Okay?
" Yelah..." Penuh pasrah Yana setuju.
Aryan baca doa makan sebelum dia menerima suapan daripada si buah hati. Tersenyum babah dan ummi Yana melihat pasangan berdua itu. Comel sangat walaupun diakui muka Yana nampak tak ikhlas nak layan Aryan.
" Yana tak nak tanya ke makanan yang Mama masak sedap ke tidak?" Sambil kunyah nasi Aryan bertanya.
" Buat apa nak tanya? Memang Mama Aryan masak semua sedap. Tak cakap pun dah nampak dengan mata halus yang makanan mama Aryan masak menyelerakan." Akui Yana sejujurnya.
YOU ARE READING
His Secret Side ( Published Under Fajar Pakeer )
RomansaKaku, beku, dingin itulah jiwanya biarpun dipinta hati banyak kali, namun keras dia menolak! Wanita sepertinya tidk perlukan cinta. Dia hidup semata-mata untuk bernafas. Pertemuan, akibat salah faham menyatukan dia dengan lelaki itu. Lelaki manja ya...