Aryan senyum sampai ke telinga bila dapat tahu Yana akan tinggal di rumahnya untuk beberapa minggu. Dilihat Yana yang masih memujuk Umminya itu. Sedih muka cantik itu. Manakan tidak, Yana memang nak ikut. Sejak tadi merayu tak habis agar Ummi dan Babah bawak Yana tapi sayang... Ummi dan Babah hanya tersenyum saja.
" Ummi please... Yana nak ikut." rayu Yana penuh sayu.
" Mana boleh... Mama dan Papa nak pergi jauh tau. Itali sana. Kalau Yana kebosanan macam mana? Siapa nak tolong tengokkan anak kesayangan ummi ni?" Ummi sudah bebel risau pada si anak dara tapi tak ada guna bila Yana tetap memberontak mahu pergi sana.
" Yana dah besar Ummi. Umur dah masuk dua puluh. Takkan Ummi nak risau lagi. Ala Ummi... Nak ikut." rengek Yana sedih.
Ummi menyungging senyuman manis. Kepala Yana diusap lembut. Sayang pada Yana. Bukannya tak nak bagi ikut tapi dia kenal Yana macam mana. Kalau ditinggalkan sorang diri pasti Yana akan keluar merata. Itali bukan tempat biasa. Takut jugak jadi apa-apa dekat si Yana.
" Listen sayang... Ummi buat semua ini demi Yana jugak tau. Tinggal dengan Datin Sharifah ya. Ummi tak pergi lama pun. Kejap je. Okay?" pujuk si Ummi.
Kedua pipi Yana dicium sayang sebelum Ummi memboloskan diri masuk ke dalam kereta mewah milik sang suami.
Yana pandang sayu kereta yang sudah menderum laju keluar dari halaman rumah Datin Sharifah. Airmata yang mengalir dibiar tanpa dikesat. Pasti Ummi tak kuat nak tengok dia menangis kerana itu laju saja kereta itu bergerak keluar. Ummi... Nak ikut. Sampai hati tinggal Yana sorang dekat sini. Tak sayang Yana ke? Huhuhu
" Yana..." seru Aryan penuh lemah lembut.
Aryan menarik lembut hujung baju Yana. Yana pusing tubuh mengadap Aryan. Terkelu Yana bila airmatanya dilap dengan tisu. Lembut sekali tangan lelaki itu mengelap airmata buat Yana tergamam.
" Jangan nangis tau... Ayan tak suka." Aryan memujuk lembut.
Terkerdip-kerdip kelopak mata Yana lihat lelaki kacak di depannya saat ini. Tak tahu nak bagi reaksi apa.
" I'm okay."
Yana menepis lembut tangan Aryan. Dehem kecil dibunyikan. Jantung tiba-tiba berdegup laju dihiraukan saja. Ada debaran yang bermukim di dalam hati akan perbuatan Aryan. Yang pasti debaran yang buat dia terbuai dengan perasaan sendiri. Perasaan yang dia tidak pernah rasa sebelum ini. Yana menggeleng. Menepis segala rasa.
" Kalau Yana isteri orang, orang dah peluk Yana."
Yana buat mata ke atas. Tubuhnya dipeluk. Anak mata tertumpu pada pada Aryan yang sudah tergedik menguis-nguis kaki di atas permukaan tanah. Gedik semacam. Suka sangat cakap pasal kahwin. Siapa tah nak kahwin dengan dia.
" Aryan... Yana dah ada kekasihlah. Tak boleh Aryan cakap macam ni." tipu Yana pada si Aryan. Nak tengok reaksi lelaki itu macam mana dan rupa-rupanya...
Muka kacak itu sudah terlukis seribu kesedihan. Berkaca mata Aryan bila dengar dia kata macam tu. Aryan menarik beberapa kali hujung baju Yana. Nak pujuk punya pasal.
" Yana...putuslah dengan lelaki tu." Selamba badak Aryan suruh Yana putus.
Terbuntang mata Yana. Pinggangnya dicekak geram. Sesenang itu saja Aryan nak dia putus? Andai dia tahu Yana bergurau apa yang jadi agaknya?
" Yana tak nak putus."
Yana sembunyi senyuman sinis bila Aryan kelihatan mempercayai katanya seratus peratus. Suka pulak Yana bila dia dapat mempermainkan Aryan. Padan muka!
Aryan apa lagi?
Menangislah budak tu. Tergeleng kepala Yana jadinya. Tersebik muka Aryan. Sedih bila Yana sanggup berlaku tidak adil dengannya sebegini. Mana boleh couple dengan orang lain. Yana miliknya. Kalau lari rasa macam berdosa pulak tapi kalau pujuk memang Yana tak suka.
YOU ARE READING
His Secret Side ( Published Under Fajar Pakeer )
RomansaKaku, beku, dingin itulah jiwanya biarpun dipinta hati banyak kali, namun keras dia menolak! Wanita sepertinya tidk perlukan cinta. Dia hidup semata-mata untuk bernafas. Pertemuan, akibat salah faham menyatukan dia dengan lelaki itu. Lelaki manja ya...