Yana terjaga dari lena apabila suara bising yang dekat dengannya kedengaran seperti berbalah. Telinganya masih fokus pada suara kuat Datin Sharifah. Dengar dekat sangat. Kalau Yana tutup telinga, rasanya tetap dengar jugak. Mata dicelik perlahan-lahan.
" Apa yang Ayan dan Yana buat ini memalukan Mama. Apa ni berpelukan tanpa ikatan sah! Siapa ajar anak Mama jadi macam ni? Ha!?" Lantang suara Datin Sharifah menampakkan dia begitu marahkan Aryan.
Tegang sekali muka Datin Sharifah. Terpaksa Ummi dan Babah pulang ke Malaysia gara-gara berita yang memalukan ini. Tak sangka dalam diam Aryan dan Yana ada hubungan sulit berdua.
" Ayan minta maaf Mama..." Sayu Aryan bersuara.
Ekor matanya setia pandang Yana. Aryan percaya Yana akan mengamuk dengan penipuannya ini tapi Aryan buat semua ini kerana terpaksa. Maafkan Aryan... Yana.
" Mama tak nak kata maaf daripada Ayan. Mama nak Ayan kahwin dengan Yana. Bertanggungjawab! Kalau Yana mengandung macam mana?! Mana Mama nak letak muka? Memalukan tahu tak?!" Masih lantang suara Datin Sharifah.
Perasaan marahnya masih penuh di dada. Tak dapat ditahan. Dihambur terus agar dapat memuaskan hati tuanya.
Marah sangat pada anak lelakinya ini. Bila dia masuk ke dalam bilik Aryan untuk memanggil makan. Tiba-tiba dia tengok Aryan dan Yana sudah berpelukan di atas katil.
Amat menyakitkan hati tuanya. Andai suka sama suka kenapa tak bagitahu? Senang boleh kahwin terus!
Yang paling tak jangka bila Aryan sudah mengaku terus terang buat benda bukan-bukan dekat Yana. Ya Allah...apa nak jadi dengan budak berdua ni?
" Mama Aryan minta maaf, Aryan akan bertanggungjawab dengan apa yang terjadi pada Yana."
" Apa semua ni?" Apabila sudah sekian lama berdiam diri akhirnya Yana bersuara.
Yana bangun mendadak. Tak hiraukan pening kepala yang dia rasai. Tiba-tiba saja dia kena kahwin dengan Aryan. Dan dia mengandung? Bila masa? Dan... Yana ada dalam bilik Aryan. Atas katil? Eh? Apa yang berlaku?
" Yana...maafkan Aunty..."
Terkejut Yana bila tubuhnya tiba-tiba dipeluk Datin Sharifah. Tak dapat nak fikir apa-apa lagi dah kena peluk. Kalau peluk biasa-biasa takpe. Ni erat macam tak nak bagi dia gerak. Yang paling buat Yana pelik bila Datin Sharifah minta maaf dari tadi. Apa yang terjadi?
Dan... Ummi... Babah? Kenapa boleh ada dekat dalam bilik ni? Bukankah mereka masih ada dekat Itali. Makin banyak tanda tanya dalam otak Yana. Pening. Adeh!
" Maafkan Aunty, Yana... Aunty tak tahu semua ini akan berlaku. Aunty harap Yana setuju untuk berkahwin dengan Aryan. Aunty takut dalam perut Yana makin membesar." Bentuk kiasan Datin Sharifah menjelaskan pada Yana.
Perut kempis Yana yang diselaputi baju itu disentuh. Kerutan pada dahi Yana makin menampak. Bingung jadinya. Baru bangun tidur terus dipeluk dan perutnya disentuh. Apa yang berlaku sebenarnya? Siapa yang mengandung?
Yana cuba meminta penjelasan daripada Aryan tapi lelaki itu terlebih dahulu menunduk kepalanya. Tak mahu menjelaskan akan apa yang terjadi.
" Kejap Aunty. Yana tak faham ni..." Kepala yang tak gatal digaru perlahan.
Sudah senget kedudukan tudungnya. Mungkin kerana kejadian semalam. Pelukan Datin Sharifah dirungkaikan.
" Apa yang berlaku? Apa yang cuba Aunty sampaikan sebenarnya? Siapa yang mengandung? Kenapa Yana kena kahwin dengan Aryan?" Soal Yana bertalu-talu dengan muka berkerut seribu.
" Yana tak perlu tipu kami berdua lagi...sampai hati Yana buat Babah dan Ummi macam ni...kalau betul sayang Aryan, cakap dekat Ummi. Ummi boleh pinang untuk Yana. Ni tak, Yana tidur sebilik dengan Aryan. Mana maruah Yana? Ummi tak ajar anak Ummi jadi macam ni." Penuh sebak Ummi meluahkan.
Terkerdip mata Yana menatap muka sedih dan kecewa Babah dan Ummi. Mahu saja dia menangis saat ini. Semuanya salah faham. Yana turun dari katil menerpa ke arah Babah dan Ummi. Dipeluk kedua kaki yang duduk di atas sofa itu.
" Babah... Ummi tolonglah percaya yang Yana dan Aryan tak buat apa-apapun. Yana-"
Yana mengemam rapat bibirnya. Untuk meneruskan kata pun dia tak mampu sebab dia tahu beban akn terus ada di atas bahunya walaupun dia menjelaskan apa yang terjadi.
Bukannya niat dia untuk tidur bersama Aryan cuma semalam dia tertidur dan tak tahu pula tiba-tiba boleh jadi macam ni. Ya Allah...
" Aryan dah bagitahu semuanya. Tak perlu untuk Yana nak jelaskan dekat Babah lagi. Yana dah buat sesuatu dengan Aryan kan?" Bahasa kiasan digunakan Babah agar Yana faham akan apa yang dimaksudkan.
Andai ikut marah dan barannya pasti tangannya sudah naik menampar Yana tapi dia mendidik hati supaya tidak mudah marah akan semua yang terjadi. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Mana tahu kan?
Terlongo Yana seketika. Apakah?
" Apa yang Ayan dah cakap dekat Mama? Ayan jelaskan dekat Yana sekarang!" Berombak kuat dada Yana mahu marahkan Aryan yang masih menunduk itu. Tajam mata Yana memanah pada Aryan. Lelaki itu hanya diam saja menekur tanah.
" Yana tanya ni! Asal diam? Jawablah! Hey!" Datin Sharifah memegang erat Yana bila Yana cuba menyepak Aryan.
" Yana bawak mengucap Yana. Tak baik ikut sangat marah tu." Datin Sharifah memujuk tapi tetap Yana berkeras mahu memukul Aryan. Nasib baik Datin Sharifah menyekat, kalau tak memang sudah teruk Aryan kena.
Marah begitu memuncak membuat Yana tak fikir apa-apa. Yang dia tahu, Yana mahu bunuh saja Aryan saat ini. Penipuan apa yang dicipta lelaki ini sampai semua orang percaya pada dia?
" Sabar Yana...benda dah jadi. Jangan macam ni. Terimalah takdir yang menyatukan Aryan dan Yana." Ummi cuba menenangkan Yana.
Dirapati anak perempuannya yang sudah menangis itu. Digosok lembut belakang badan Yana. Nafas Yana kedengaran tidak teratur. Agaknya masih marah pada Aryan.
" Ummi... Yana tak buat benda macam tu dengan Ayan. Yana berani bersumpah Ummi." Yana cuba membetulkan keadaan. Tapi sayang...
" Tak baik main sumpah-sumpah sayang." Lembut terselit ketegasan Ummi menekan suaranya.
Yana teresak dalam pelukan Umminya. Kepalanya tergeleng beberapa kali. Tak ada guna kalau dia mempertahankan diri. Bukannya Yana baru kenal Ummi dan Babah. Bila mereka buat keputusan,Yana tahu yang dia tak ada jalan untuk keluar. Why i can't make my own choices. Why! And why!
" Tapi Yana dan Aryan betul-betul tak buat apa-apa. Yana just-"
Yana tidak sanggup menghabiskan kata kerana dia tahu. Kalau dia menceritakan semuanya pasti akan jadi lebih teruk. Semestinya mereka masih menyalahkan Yana dalam hal ini.
Yana mengemam rapat bibirnya. Tak henti dia daripada menangis. Terlalu sukar untuk dia percaya yang dia kena kahwin dengan lelaki yang bernama Aryan.
" Yana kahwin dengan Aryan ya?"
Yana mengangguk dalam tangisan. Biarlah airmatanya terus mengalir lagipun dia sudah tak ada kuasa untuk membantah. Ya dia kena terima walaupun apapun yang terjadi. Demi Ummi, Babah dan Datin Sharifah.
YOU ARE READING
His Secret Side ( Published )
Roman d'amourNOVEL INI SUDAH DITERBITKAN DI PASARAN Kaku, beku, dingin itulah jiwanya biarpun dipinta hati banyak kali, namun keras dia menolak! Wanita sepertinya tidk perlukan cinta. Dia hidup semata-mata untuk bernafas. Pertemuan, akibat salah faham menyatuka...