Yana termenung sendiri di dalam bilik. Keluhan berat dilepaskan. Masih terbayang di dalam minda akan muka kacak yang kelihatan sedih itu. Kasihan pula bila ingat semula apa yang dia lakukan pada Aryan.
Prang!
Bunyi sesuatu kaca yang pecah buat Yana automatik bangun. Yana keluar dari biliknya. Bilik di sebelahnya sudah kosong. Maka sudah semestinya bunyi tadi terhasil dari bilik lain.
Prang!
Bilik yang kedengaran dari tiga bilik dari biliknya buat kaki Yana laju bergerak. Terkejut Yana melihat semua barang sudah bersepah di atas lantai. Manakala Datin Sharifah sudah menangis melihat kelakuan anak lelakinya.
" Ayan, sudah! Jangan buat macam ni lagi..." Rayu Datin Sharifah tapi sayang... Hanya sepi tanpa apa-apa jawapan. Makin kuat lelaki itu mengamuk.
Yana mahu menerpa rapat ke arah Aryan tapi laju Datin Sharifah menggeleng. Naya kalau Yana kena pukul dengan Aryan. Aryan bila mengamuk dia takkan sedar. Inilah yang paling Datin Sharifah takutkan sekali. Dan akhirnya ia berlaku. Mana janji Aryan tak nak buat benda ni dah? Ya Allah...
" Jangan halang Yana Aunty, kalau terus begini. Kemungkinan besar Aunty jugak kena. Kita kena hentikan semua ini Aunty." Tegas Yana.
Datin Sharifah pandang sayu akan anak lelakinya sebelum anak matanya beralih pada Yana. Sakitnya hati dia melihat Aryan jadi sebegini. Tak mampu dia ungkap akan rasa ini.
" Tapi Aunty takut kalau Aryan cederakan Yana..."
Yana senyum. Tak mungkin Aryan akan lukakan dia. Lagi pula, Aryan sayangkan dia dan semua yang berlaku kerana dia. Jadi Yana yang patut redakan keadaan ini. Andai Yana biarkan saja, rasanya dia perempuan yang paling tak guna dalam dunia ini.
" Aryan sayang Yana. Tak mungkin dia akan lukakan Yana. Aunty percayakan Yana kan?" Lembut Yana bertutur.
Datin Sharifah menghela nafas kasar. Walaupun jauh di sudut hati dia tak benarkan Yana dekat dengan Aryan tapi tak salah kalau cuba kan?
" Aunty percayakan Yana."
Cukup ayat itu sudah buat bibir Yana tersenyum manis. Digempal tangannya dengan kekuatan yang kian mekar dalam hatinya. Kekuatan untuk terus rapat dengan Aryan walaupun masih ada takut. Longlai langkah dihayun. Bila Yana dah ada di depan Aryan. Berdebar tidak terkata.
" Ayan..."
Kini Yana sudah ada di depan lelaki itu. Tergamam Yana melihat muka berona Aryan dengan mata yang sudah memerah. Terhenti tingkah Aryan nak lempar kerusi rodanya.
Tajam lelaki itu pandang ke arah Yana. Tak hiraukan Yana, kuat kerusi beroda itu dilemparnya ke dinding.
" Aryan!" Terjerit Yana bila kerusi itu sudah selamat mendarat pada lantai.
Yana sudah mahu menangis bila tubuhnya ditolak begitu saja ke tepi. Muka Aryan juga makin tegang bila dia hampir dengan lelaki itu.
" None of your businees! Now get out from my room! I hate you!" Hambur Aryan penuh emosi.
Semua barang sudah rosak. Tak sangka kesannya terlalu tinggi bila dia menolak cinta Aryan. Kenapa Aryan sampai buat macam ni? Ya Allah...
" Aryan please hentikan semua ini... Mama tak sanggup nak tengok benda lain yang Ayan akan buat nanti. Ayan dah janji dekat Mama tak nak benda ni berlaku lagi kan?" Sebak suara Datin Sharifah sedikit sebanyak menyentuh hati Yana. Cuma sekejap...
'Apa yang dimaksudkan benda lain? Aryan pernah buat benda bahaya selain benda ni ke?'
Terbuntang mata Yana bila ada pisau di tangan Aryan. Laju Yana mendekat tapi ditolak kuat Aryan sehingga Yana terpelanting di atas lantai. Yana meringis sakit bila sikunya terhentak sekali pada lantai.
Ligat Yana mencari akal untuk menghentikan perbuatan Aryan. Gerun Yana lihat Aryan pegang pisau. Sedia untuk menghunus pada perutnya. Yana menggeleng. Dia perlu fikirkan sesuatu. Bibir diketap beberapa kali. Tiba akal teringat akan pesan daripada Ummi.
Gunakan kaedah psikologi andai ada seseorang nak bunuh diri. Andai dia sayang pada kamu. Dia takkan sesekali membiarkan kamu bunuh diri.
Yana mengangguk akan itu. Liar anak matanya mencari akan sesuatu. Bersinar mata Yana bila sudah menemui akan benda yang dia inginkan itu. Kaca tajam yang sudah pecah diambil Yana dan diletak elok pada lehernya.
" Aryan baik awak hentikan sekarang sebelum saya bunuh diri!" ugut Yana takut-takut. Was-was je. Adakah perbuatannya ini akan menghentikan Aryan?
Automatik lelaki itu berpusing badan ke arahnya. Terpelanting jatuh ke bawah pisau yang dipegang Aryan tadi. Kini mata lelaki itu sudah berkaca dengan gelengan sedih.
" Tak... Ayan tak bunuh orang. Tak... A-ayan tak..." Aryan menggeleng dengan airmata jatuh.
Datin Sharifah sudah menangis teresak-esak kerana kejadian inilah yang paling dia tak suka. Dia tak suka bila emosi Aryan terlalu kacau. Aryan boleh jadi orang lain hanya kerana masa silamnya. Aryan takkan sedar. Aryan sudah hilang dari dirinya.
" Ya-yana...ha-hanya satu yang dapat baikkan keadaan Aryan. Dengan pelukan. Itulah ya-"
Tak sempat habiskan kata, Datin Sharifah sudah pengsan tidak sedarkan diri. Yana turut sama menangis akan keadaan saat ini. Terketar-ketar tangan Yana pegang kaca. Bila Aryan mengundurkan diri ke belakang dengan tangisan buat Yana perlahan melempar kaca yang dia pegang menjauh. Tangisan lelaki itu bergema dengan muka itu sudah berona merah.
" Ayan..." Seru Yana lembut.
Aryan menggeleng dengan esakan yang makin kedengaran.
" Ayan minta maaf... Ayan tak bunuh sesiapa. Ayan tak tahu... Ayan...tsk...tsk...tsk..."
Lirih hati Yana melihat keadaan Aryan yang kelihatan ketakutan bila dia merapat. Setia tangan itu terketar-ketar dengan langkah mengundur ke belakang.
" Ayan..."
" Ayan tak salah... Ayan tak salah!" Amuk Aryan secara tiba-tiba.
Aryan sudah mengamuk. Semua barang dilemparnya. Mengingatkan akan pesanan daripada Datin Sharifah buat Yana mengeluh berat. Tak henti bibirnya meminta maaf pada Allah. Dosanya akan memeluk Aryan. Demi untuk menenangkan Aryan. Yana memeluk Aryan. Dia ditolak kuat tapi masih juga Yana keraskan diri memeluk Aryan.
" Bertenang Aryan..." Pujuk Yana lembut.
Aryan menggeleng dengan tangisan yang masih kedengaran. Lebat bagai air hujan turun pipi Aryan. Sinar mata itu menunjuk takut akan sesuatu tapi Yana tak dapat kesan apa yang ditakutkan Aryan.
" Ayan pembunuh... Ayan pembunuh..." Diulang beberapa kali ayat yang sama.
Sayu Yana bila mata itu meliar sekeliling mencari akan sesuatu. Bagai anak kecil Aryan menyandarkan kepalanya pada bahu Yana. Mengongoi menangis dengan ayat yang sama.
" Shhh... Ayan bukan pembunuh. Aryan baik."
Aryan lihat ke dalam anak mata Yana seketika sebelum lelaki itu memeluk Yana erat. Dapat Yana rasai tubuh itu masih menggeletar takut.
" Mama... Ayan takut. Ayan tak salah... Ayan tak sengaja. Ay-ayan tak tahu..." rengek Aryan persis anak kecil yang mahukan ibunya.
Disembam mukanya pada bahu Yana yang sudah menjadi bayang Mamanya. Mama yang sudah tersenyum manis padanya.
" Maafkan Ayan Mama. Mama..."
" Shhh...sabar Ayan." Yana memujuk sekali lagi.
" Mama... Mama... Mama..."
Sesekali esakan sayup-sayup kedengaran. Persis budak kecil yang mahukan ibu Aryan saat ini. Disebut nama Mamanya beberapa kali. Begitu mahukan Mamanya. Kasihan Aryan. Apa yang jadi pada Aryan sebenarnya?Muka Aryan sudah menampak kemerahan. Terkerdip-kerdip mata itu mahu tidur. Perlahan-lahan tangan itu sudah lemah turun ke bawah sebelum mata itu tertutup sendiri. Dengkuran halus kedengaran dekat di halwa telinga Yana.
Yana tersenyum. Ada debaran bila jarak antara dia dan Aryan begitu rapat dan intim. Yana sudah buat keputusan. Perkahwinan antara dia dan Aryan berlaku jugak walau bagaimanapun. Titik!
YOU ARE READING
His Secret Side ( Published Under Fajar Pakeer )
RomansaKaku, beku, dingin itulah jiwanya biarpun dipinta hati banyak kali, namun keras dia menolak! Wanita sepertinya tidk perlukan cinta. Dia hidup semata-mata untuk bernafas. Pertemuan, akibat salah faham menyatukan dia dengan lelaki itu. Lelaki manja ya...