☀16 - confess ?

410 75 5
                                    

Jam dinding ruang tamu asyik di kerling oleh Aelli . Bukan sebab tak sabar nak keluar dengan Ten tapi taktahu nak pergi ke tidak .

Halmeoni yang baru lepas mengangkat kain di jemuran memandang Aelli sambil meletakkan bakul di sisi sofa .

"Apalah yang kamu fikirkan tu ?"

Soal Halmeoni sambil mengelengkan kepala . Aelli memandang wajah neneknya dengan muka acah sedih .

"Halmeoni...patut ke Aelli keluar malam ni ?"

Kini , giliran Aelli menanyakan soalan kepada halmeoni . Da lah tak bagitahu keluar dengan siapa kemudian tanya begitu . Pening halmeoni dibuatnya dengan gelagat cucunya itu .

"Dengan siapa ? Buat apa ?"

Dibalas soalan lagi . Bila nak terjawap ni ? Asyik di balas dengan soalan . Masing masing diam seketika memandang satu sama lain .

"Hmm ᵗᵉⁿ ajak keluar sambil sambil tu study sekali"

Kening kiri halmeoni terjungkit ke atas , curious dengan nama tah siapa yang Aelli sebut .

"Cakap biar terang , Aelli . Halmeoni ni da lah tua , pendengaran tak berapa elok"

Marah halmeoni . Lagi nervous lah Aelli nak mengulangi nama Ten yela tahu tahu jelah halmeoni macam mana .

"Dengan Lisa"

Tah bagaimana nama Lisa terpacul dari mulut Aelli tapi tak apalah , asalkan bukan nama Ten . Dan yeah halmeoni mengangguk tanda memberikan kebenaran .

Setelah itu , berlari Aelli memasuki bilik . Sebenarnya , otaknya ligat memikirkan idea walaupun ingin pergi study dengan Ten .

Telefon yang berada di atas katil dicapai olehnya lalu mencari ruangan chat seseorang . Harapnya mangsa yang bakal menemani mereka berdua tu boleh keluar .

•••

Tepat 8.00 malam , Aelli dan mangsa keadaan berjalan menuju ke sebuah kafe berdekatan rumah Aelli .

Ada juga dia mencuri pandang orang disebelahnya itu , diam je . Biasa mulut tak berhenti nak bercakap tapi harini dia senyap je .

"Hm kau ok ke ?"

Soalnya kepada 'seseorang itu' . Risau gak tengok kawan hyperactive dia ni senyap tetiber .

"Ahh aku ok"

Dari nadanya , Aelli tahu ada yang tak kena . Memang mesti nak senyap ek ? Tahulah jealous , apa kata terus terang ?

"Dia senyap sebab kes pagi tadi ke ?"

Getus hati Aelli sambil menjeling rakan disebelahnya tapi dia cuba positif sikit maybe dia period...eh ?

10 minit kemudian , mereka berdua sampai di destinasi . Ten yang dari tadi mengetuk meja dan menongkat dagu terus memandang ke pintu masuk apabila mendengar deringan loceng .

Ternganga mulut Ten melihat gerangan bersama Aelli . Niat dalam hati nak study ala ala dating tapi ada pula manusia lain .

Mereka berdua mula mendekati Ten yang berada di meja hujung sudut kafe yang menampakkan suasana pekan di waktu malam .

"Lucas ?"

Soal Ten pelik memandang rakan karibnya di samping Aelli . Tertanya tanya juga sama ada Aelli ajak Lucas atau Lucas yang ajak Aelli study bersama ?

"Ye . Asal ? Aku takleh nak study dengan kau da ke ?"

Sinis saja soalan Lucas membuatkan hati Ten terguris tetapi dia menutupinya dengan senyuman kecil . Sabar jelah Ten ada kawan mulut kepoh ni .

"Hm duduklah"

Arah Ten sambil menyusun bukunya di hujung meja belah tangan kanannya . Aelli duduk di depan Ten dan Lucas di sebelah gadis itu .

"Malam ni kita belajar bahasa Thai eh ?"

Soal Ten yang sudah tersenyum manis memandang Aelli . Gadis itu hanya angguk setuju dan Lucas pula menongkat dagu memandang mereka berdua yang bagai merpati dua sejoli . Hm .

"Lucas , kau ok tak kita belajar bahasa Thai ?"

Soal Aelli kepada Lucas yang hampir saja mengelamun jauh . Cepat saja lelaki tinggi itu ketepikan dunianya dan mengangguk setuju .

"Ok , buka buku teks muka surat 35 . Bagi aku , karangan senang nak score . Jadinya , aku ajar kau cara nak tulis karangan"

Anggukan diberikan kepada Ten . Fokus saja Aelli mendengar penjelasan dari lelaki yang berada di hadapannya .

Tetiber saja Lucas nak memberi ruang kepada mereka berdua lalu berdiri untuk membeli air dan makanan di kaunter .

"Korang nak apa-apa tak ?"

Soal Lucas . Mereka berdua memesan benda yang sama Chestnut Latte dan Burn cheesecake tetapi disebaliknya Ten yang ikut Aelli . Elehhh fikir ada chemistry lertu .

Sementara menunggu Lucas , Ten meneruskan penjelasannya kepada Aelli tapi tah mengapa situasi jadi lain .

"So , perkataan simple saya dalam Thai adalah Şคฯค"

Aelli pun mengikut gerak mulut Ten bagaimana ingin menyebutnya . Yela , dia pun menonong je ikut hm .

"Suka dalam Thai pula Şนkค"

Taktahu kenapa Ten menerangkan tak berdasarkan buku teks , dia main cakap sebab apa ? Sebab dia terlalu fokus membaca isi hatinya . Klise betul .

"Kalau kau nak panggil orang lain , awak adalah คຟคk . So buat ayat penuh dengan perkataan aku bagi kau tadi"

"Şคฯค Şนkค คຟคk"

Mereka berdua berkata dalam masa yang sama membuatkan Lucas yang sedang membawa makanan terhenti di depan meja mereka akibat terkejut .

Ten memandang Aelli dan Aelli membalas pandangan dengan pandangan tiada perasaan . Dia masih belum perasan apa yang dia katakan sebentar tadi . Naif betul .

Hi 川'・ω・'川
Sorry geng sebab da lama tak update

Aku hm pelajar f6 , nak pula sekarang sem 3 iaitu sem last memang banyak kerjanya . Jadinya , aku harap korang faham
(っ˘̩╭╮˘̩)っ

+vote+comment+
ilysm 💚

[C] Highschool Cinderella : tenWhere stories live. Discover now