🌹8

548 13 0
                                    

"YOU buat apa kat sini?" soal Nuria dengan kerutan di dahi sebaik perasan akan kelibat si tunang yang bersandar selesa di sofa empuk di ruang tamu. Berbual mesra dengan Puan Rozana.

"We are getting married," balas Hayqal menyatakan fakta yang sepatutnya sudah terpasak kukuh di benak si tunang.

Nuria mendengus kecil. Perlukah mengingatkan? Macamlah dia tidak tahu. Soalnya sekarang untuk apa lelaki itu muncul di rumah keluargnya? Bukannya majlis mereka akan berlangsung hari ini.

"Hayqal datang nak bawa Ria pergi fitting. Tengok apa yang patut," terang Puan Rozana lembut. Dia bingkas bangun lalu menarik Nuria ke sofa. Didudukkan di sebelah Hayqal.

"Ria boleh pergi sendiri," bantah Nuria.

"Kan elok kalau Hayqal yang temankan. Lagipun tempat yang sama," tutur Puan Rozana memujuk.

"You boleh pergi sendiri," tingkah Nuria bingkas bangun. Tidak betah duduk di sisi lelaki yang mengambil kesempatan ke atasnya seminggu yang lalu. Buat wajahnya terasa berbahang tiba-tiba.

Belum sempat Nuria membuka langkah, pergelangan tangannya disambar lelaki itu. Menariknya kembali duduk di sisi lelaki itu.

    Dia berpaling ke arah lelaki itu. Mata mencerun marah dengan tindakan selamba Hayqal.

    "Behave, darling. You nak I ulang perkara yang sama macam malam..."

    "You!" Laju Nuria memotong. Bimbang lelaki itu membuka cerita yang bukan-bukan di hadapan Puan Rozana.

    "Auntie jangan risau. Qal akan temankan Ria. Right, darling?" Hayqal tersenyum penuh makna. Mencabar si tunangan agar berani membantah bicaranya.

    Nuria mengetap bibir geram. Menghalang diri dari menghamun lelaki itu di hadapan Puan Rozana. Sakit hati bila lelaki itu seronok benar mengugut.

    Belum pun menjadi suami sudah mula berlagak diktator. Bila sudah menjadi suami entah bagaimana layanan yang akan diterima.

    Hati diamuk amarah bila memikirkan segala kemungkinan buruk yang bakal berlaku tidak lama lagi. Dia hanya akan tahu selepas tinggal bersama lelaki itu nanti.

Namun tidak susah sebenarnya mahu membaca apa yang akan terjadi. Sikap lelaki itu sudah cukup untuk menjelaskan segalanya.

"Darling," seru Hayqal masih menuntut jawapan dari bibir merah jambu si gadis cantik.

"Right," deram Nuria memaksa diri mengiakan bicara lelaki itu.

"Let's go," tingkah Hayqal seraya menarik tangan yang masih tidak dilepaskan sedari tadi. Menuntut Nuria menyaingi langkahnya.

Nuria membuntuti langkah Hayqal dengan hati yang mendongkol marah. Tiada pilihan selain menurut sahaja.

"YOU dah boleh lepaskan. I takkan lari," deram Nuria setelah lama membatukan diri sejak lelaki itu memulakan pemanduan.

"Perlu ke I lepaskan?" soal Hayqal sengaja menduga.

Malas mahu berbetah dengan lelaki itu, Nuria bertindak merentap jemarinya. Malang sekali genggaman lelaki itu semakin erat.

"You!"

"I kena biasakan diri dengan bakal isteri I," tutur Hayqal bersahaja nadanya.

Nuria gelak besar. Terasa lucu dengan bicara tidak masuk akal yang terbit dari bibir lelaki itu.

Sebelum ini tidak pernah dilihat lelaki itu cuba membiasakan diri. Tiba-tiba sahaja mahu berubah laku? Dah gila agaknya.

"Tak perlu," bantah Nuria.

"Perlu, sayang," balas Hayqal serius nadanya.

Kebiasaan itu perlu wujud untuk memulakan hidup bersama.

Sayang? Nuria terasa jelak mendengar gelaran yang begitu mudah terbit dari bibir buaya tembaga.

Pun begitu, dia tahu tidak guna cuba membetulkan bicara lelaki yang sudah terlalu biasa mengungkapkan kata-kata manis bersira. Memperdayakan ramai gadis di luar sana.

Dia hanya perlu berwaspada. Jangan sampai diri sendiri terkena penangan lelaki itu.

"Diam?"

Bagai tidak berpuas hati bila si gadis berdiam diri, Hayqal mula memprovok. Memecahkan keheningan yang mula membelit mereka.

"You nak I cakap apa? Tolonglah genggam tangan I erat-erat? Jangan lepaskan sampai ke hujung nyawa?" tingkah Nuria. Sarkastik benar nada yang kedengaran.

"I lebih suka bibir you dari sekadar tangan..."

"Hayqal Awadi!" deram Nuria bengang.

"It will be mine sooner or later, darling," balas Hayqal tenang. Mengingatkan hakikat yang tidak dapat ditolak sama sekali.

Nuria mengepal buku lima. Menahan diri dari melebamkan wajah kacak lelaki di sisinya. Dia membuang pandang ke luar tingkap. Membatukan diri. Memekakkan telinga dari terus-terusan diprovok lelaki miang.

Benci!

NURIA SAYANGWhere stories live. Discover now