"MONYOK betul muka tu. Tak macam muka bakal pengantin," tegur Shasha tersenyum lebar seraya melabuhkan punggung di sebelah si teman.
"Cocktail for me," pinta Shasha pada pelayan bar yang menanti pesanan.
"Tak nak cerita ke?" gesa Shasha ingin tahu.
Dia tahu semalam Nuria pulang ke rumah keluarga. Entah isu apa yang timbul hingga membuatkan wajah si teman seperti kematian anak pula.
"Hitler." Sepatah bicara Nuria. Mengelirukan Shasha.
"Huh?"
"Mamat tu."
"Siapa? Tunang kau?"
"Dasar Hitler," deram Nuria bengang.
Entah kenapa hatinya diasak bimbang. Bimbang dengan sikap lelaki itu yang jelas suka mendesak. King Control!
Bila lelaki itu tidak mahu peduli, dirinya langsung dianggap seperti tidak wujud. Biarpun dia sering bertukar lelaki, lelaki itu sedikitpun tidak berbunyi. Tidak kisah punya tunang yang curang di belakangnya.
Tiba-tiba sahaja lelaki itu berubah laku. Hanya kerana majlis mereka hampir tiba lelaki itu mula menunjukkan sisi diktator.
Jika dia cuba melawan, lebih terserlah wajah Hitler lelaki itu. Buat nafasnya terasa sesak.
Sungguh, dia tidak dapat membayangkan hari-harinya selepas menjadi seorang suri. Menjadi suri yang hanya tahu mengikut segala arahan terasa mustahil baginya.
Mahu menunduk sahaja di hadapan seorang suami? Tak mungkin!
"Oh, dia dah mula tunjuk rupa sebenar ke?" soal Shasha dengan mata bersinar galak.
Dia suka melihat sisi dominan lelaki. Namun bukan untuk ditunjukkan padanya. Dia hanya ingin melihat sebagai penonton. Bukan 'pelakon' kehidupan itu sendiri.
"Benci aku," tingkah Nuria bengang. Jiwanya hebat memberontak.
"I will pray for you," tutur Shasha menayang wajah simpati.
"Sejak bila kau pandai berdoa ni?" bidas Nuria sinis. Dijeling si teman yang kelihatan suka kala dirinya dilanda musibah.
"Untuk sahabat baik aku... apa salahnya," balas Shasha tersenyum simpul.
"Aku rasa nak lari," tutur Nuria hampir tidak kedengaran.
Entah kenapa ada resah yang mencengkam melihat sikap sebenar lelaki itu. Buat kakinya terasa ringan mahu melenyapkan diri dari pandangan bakal suami.
"Kau nak malukan keluarga kau? Dah lupa kisah mak saudara kau ke?" soal Shasha serius mengingatkan.
Bukan dia bersetuju Nuria dipaksa berkahwin oleh keluarga. Cuma Nuria tiada alasan yang kukuh untuk menghentikan perkahwinan yang bakal berlangsung.
Lagi pula majlis sudah hampir tiba. Jika mahu lari, sedari awal lagi Nuria patut melarikan diri. Bukan sekarang.
Jika majlis terpaksa dibatalkan tanpa sebab yang kukuh sudah pasti mengaibkan keluarga. Dan keluarga seperti Nuria pasti tidak akan membiarkan sahaja Nuria tanpa menerima sebarang hukuman.
"Kau takut?" duga Shasha merenung seraut wajah cantik yang jelas keresahan ketika ini.
"Aku... tak sangka dia macam ni. Aku tak nak hilang kebebasan aku, Sha."
"Setakat mana dia boleh sekat kebebasan kau, hurm? Dia takkan penjarakan kau. Kau masih boleh hidup macam biasa. Cuma kau kena tinggalkan lelaki-lelaki lain dalam hidup kau. Aku je yang akan hilang my partner in crime," tutur Shasha menghela nafas berat.
Dia tahu selepas ini Nuria tentu sukar untuk menemaninya di kelab seperti biasa. Berdansa tidak ingat dunia. Mencuci mata jika ada wajah-wajah kacak yang layak untuk ditenung.
Melihat gaya lelaki itu, mustahil untuk membiarkan Nuria keluar berhibur, menarik perhatian lelaki lain.
Perempuan selepas kahwin perlu duduk di rumah. Menjaga maruah suami. Lelaki pula berbeza. Tetap punya kebebasan sepenuhnya. Jika tidak mahu pulang sekalipun, siapa yang boleh menghalang?
"I can't enjoy my life anymore, right?" tutur Nuria senada.
"You can enjoy your life with him. Nak dibandingkan dengan lelaki-lelaki pilihan kau sebelum ni... dia lebih menarik di mata. Tak rugi pun untuk kau serahkan body kau pada dia," balas Shasha selamba. Senyuman nakal tersugil di bibir.
"Shut up!" deram Nuria bengang. Wajahnya terasa berbahang mendengar usul itu. Gila!
"Kau nak malu apa? Tak ada buaya yang sanggup tolak bangkai. Tak ada suami yang takkan sentuh isteri sendiri. Lagi-lagi bila isteri dia cantik macam kau ni," giat Shasha seronok mengusik.
Bagi seorang Shasha, hubungan seksual di antara lelaki dan perempuan hanya untuk satu kenikmatan. Tidak perlu melibatkan soal hati dan perasaan.
Selagi Nuria tahu menjaga hati sendiri, apa salahnya menyerahkan tubuh pada suami yang berhak. Tidak perlu menyusahkan hidup sendiri menolak sesuatu yang tidak dapat ditolak sama sekali.
Yang paling penting Nuria tidak akan bertindak bodoh untuk jatuh cinta pada lelaki yang tidak tahu menghargai. Perlu bijak memisahkan tubuh dan hati.
"Kalau kau tak bercakap... aku takkan ingat kau bisu," selar Nuria bengang. Wajahnya semakin memerah terus-terusan digiat si teman.
Bukannya dia tidak faham apa yang cuba disampaikan Shasha. Hanya dia yang masih sukar untuk menerima realiti.
Waktu yang berdetik langsung tidak mampu dihentikan. Setiap detik terasa mendebarkan jiwa.
Bolehkah dia menyerahkan tubuh pada lelaki yang langsung tidak mampu menyentuh hatinya? Malah hanya membuatnya terasa jelak.
Masakan tidak bila memikirkan lelaki itu yang pastinya telah mengheret ramai perempuan ke bilik tidur. Entah apa jenis penyakit sudah menjangkiti. Jijik!
Urgh, stop thingking about this!
Masa yang ada perlu digunakan sepenuhnya sebelum semua ini berakhir. Lalu dia bingkas bangun menuju ke lantai tari.
Shasha juga tidak ketinggalan. Malam masih terlalu muda. Berdansa bersama sudah menjadi rutin harian mereka.
Tidak perlu membiarkan diri memikirkan masalah yang merumitkan kepala. Enjoy!
YOU ARE READING
NURIA SAYANG
RomanceNURIA SAYANG =========== 3 tahun menjadi tunangan orang langsung tidak membawa apa-apa makna. Malah andai mampu pasti diputuskan sahaja. Sungguh, dia tidak sudi terikat dengan mana-mana lelaki. Apatah lagi menjadi tunangan lelaki buaya seperti Hayqa...