"BEAUTIFUL," komen Hayqal merenung lama sesusuk tubuh yang tersarung kebaya putih menonjolkan setiap lekuk tubuh seksi bakal permaisurinya.
Kebaya putih yang bakal digayakan di hari pernikahan mereka membuatkan Nuria kelihatan cukup ayu. Mampu membuat bakal suami berpuas hati menerimanya sebagai isteri.
"I tak perlukan pujian you," bidas Nuria melihat imejnya di cermin.
Dia datang sekadar mahu memastikan baju yang dipakai muat bila tiba harinya. Bukan untuk memuaskan hati lelaki itu.
Dia sama sekali tidak perlukan pujian dari lelaki yang sentiasa memuji perempuan berdahi licin. Terasa palsu di telinga.
"Turn around."
Suara yang jelas kedengaran mengarah itu buat kesabaran Nuria terasa kian menipis. Tidak suka hidupnya diarah-arah. Apatah lagi oleh Hayqal Awadi.
"Let me look at you." Sekali lagi arahan bergema.
Malang sekali Nuria sentiasa ingin menjadi pemberontak. Dia mungkin terpaksa menerima lelaki itu sebagai suami. Tidak bermakna dia akan mengikut segala arahan lelaki itu.
Kebaya yang tersarung di tubuh dirasakan cukup padan. Tidak perlu membuat sebarang perubahan. Lalu dia kembali ke fitting room. Mahu mencuba busana pengantin untuk majlis persandingan nanti.
Terletus tawa sinis di bibir Hayqal melihat kelakuan si gadis yang engkar arahannya. Sangat tidak mendengar kata. Bila sudah menjadi isteri, dia tahu bagaimana mahu mendidik gadis itu menjadi isteri mithali.
Tidak lama untuk Nuria keluar dengan dress berwarna putih tersarung indah di tubuh. Lagak seorang puteri. Cantik menawan. Buat si tunang merenung tidak lepas.
"Perfect," komen Hayqal tidak lokek memberi pujian untuk gadis yang kelihatan cukup menarik di mata.
"Thank you," balas Nuria sinis. Jelak dengan pujian lelaki itu. Buat telinga terasa panas.
"Miss Nuria, please turn around," pinta pereka fesyen yang sedari tadi bersedia berkhidmat untuk memastikan hasil ciptaannya cukup padan dengan si pemakai.
Nuria menurut. Tidak membantah seperti ketika diarahkan oleh Hayqal tadi.
"Perfect," komen si pereka fesyen berpuas hati bila tiada apa yang kurang di mata.
Nuria kembali ke fitting room. Mencuba beberapa busana yang lain untuk majlis yang menuntutnya menyalin pakaian berkali-kali hingga terasa merimaskan.
Selesai sahaja urusan di busana pengantin, Nuria melepaskan nafas lega. Tubuh terasa agak lesu. Perut pula sibuk memainkan rentak. Meminta makanan untuk diisi.
"You nak pergi mana?" soal Hayqal bila Nuria melangkah laju ke arah yang berbeza. Bukan ke arah kereta yang menanti.
"You tak perlu hantar I balik. I boleh balik sendiri," balas Nuria acuh tak acuh.
Urusan mereka tamat dis ini. Dia tidak perlu kembali bersama lelaki itu.
Hayqal tersenyum penuh makna sebaik mendengar jawapan itu. Tangan si tunangan disambar tanpa sepatah kata. Mengheret Nuria ke kereta.
"I boleh balik sendiri," tingkah Nuria cuba merentap tangannya. Seronok benar lelaki itu menjadikan tangannya sebagai harta.
Malang sekali bicara Nuria langsung tidak dapat menembusi tembok lelaki itu. Dengan mudah tubuh langsingnya diboloskan ke dalam kereta.
"You datang dengan I. Dan I yang akan hantar you selamat sampai ke rumah parents you. Faham?"
Suara garau lelaki itu kedengaran cukup tegas memukul gegendang telinga. Buat Nuria kehilangan kata. Hanya mata mencerun marah pada lelaki yang sesuka hati mengeluarkan arahan.
Dasar Hitler! Grrr...
YOU ARE READING
NURIA SAYANG
RomanceNURIA SAYANG =========== 3 tahun menjadi tunangan orang langsung tidak membawa apa-apa makna. Malah andai mampu pasti diputuskan sahaja. Sungguh, dia tidak sudi terikat dengan mana-mana lelaki. Apatah lagi menjadi tunangan lelaki buaya seperti Hayqa...