2

276 11 0
                                    

Earth pov.

"Earth bangunlah"-

Aku mendengar seseorang memanggil namaku. Sepertinya itu Fluke. Apa aku mimpi? Erghh aku masih mengantuk.

"ai Earth bangunlah, kita mesti pergi awal hari ini"-

Aku merasakan seseorang menggoyang tubuhku.

"Earth masih mengantuklah mae"-kataku. Mataku masih berat untuk dibuka. Tiba-tiba aku mendengar suara seseorang mengomel.

"mae apanya, ish bangunlah. Tugasku masih belum siap. Aku tidak mahu didenda. Semua ni salah sepupumu itu Earth. Jika saja dia tiada disitu pasti aku sudah siap. Enak saja dia berdiri disitu hingga buat kakiku terseliuh"-

Aku mengenal suara itu. Itu Fluke. Oh hampir aku lupa dia tidur dirumahku, pantas saja aku mendengar suaranya.

"eumm memang kau tidak salah pun. Berlari tidak pandang depan"-ucapku dengan mata yang masih tertutup. Aku masih malas, kelas juga belum bermula lagi.

"aku pergi menolong mae Elin dahulu"-

"eumm bagitahu mae aku masih mengantuk"-balasku.

End pov.

Fluke pov

"morning mae"-sapaku apabila aku melihat mae Elin yang berada di dapur.

"ohh, morning Fluke"-balas mae Elin.

"auw kenapa Fluke sorang? Mana Earth?"-tanya mae Elin.

"Earth masih mengantuk. Apa ada yang bisa aku bantu?"-tanyaku lalu menghampiri mae Elin.

"emm sepertinya tidak kerana semua hampir siap. Fluke hanya tunggu di meja makan saja"-

"auw sini Fluke tolong mae hidangkan makanan di hadapan"-kataku lalu mengambil makanan yang sudah siap dimasak dan dibawa ke ruang makan.

"auw Fluke, apa kakimu sakit?"-tanya mae Elin.

Aku berhenti lalu memusingkan badanku menghadap mae Elin.

"Fluke jatuh semalam tapi jangan risau Fluke baik-baik saja"-

"apa sudah sapu ubat?"-tanya mae Elin risau.

"ish kamu ni. Selalu saja jatuh. Lain kali hati-hati"-

"baik mae"-kataku lalu beredar ke ruang makan untuk menghidangkan makanan.

Setelah siap menghidangkan beberapa makanan, aku terus duduk di meja di dapur untuk menemani mae Elin.

"emm Fluke, apa boleh Fluke buat kek coklat?"-

"auw apa mae mengidam"-gurauku.

"oh ada saja kamu, mae teringin makan kek kamu lalu sebentar nanti keluarga adik mae akan datang sarapan bersama. Jadi mae ingin kamu buat pencuci mulut untuk mereka. Itu kerana mae menyuruhmu membuat kek coklat"-kata mae Elin.

"boleh saja mae. Apa bahan sudah ada semuanya?"-tanyaku.

"semuanya sudah ada di dalam almari itu"-kata mae Elin sambil menunjukkan kearah almari.

"emm Fluke buatlah dahulu, mae ingin naik mandi"-kata mae Elin lalu menyimpan apronnya.

"baik mae"-

Aku mula menyusun barang yang akan digunakan dan setelah itu aku memakai apron dan mula membuat adunan.

Sedang aku fokus membuat kek coklat, tiba-tiba seseorang menegurku.

"auw apa kau sakit, tiba-tiba buat kek. Aku tidak menyuruh apa-apa, kau malah membuatnya"-

"mae Elin ingin memakannya. Lagipun nanti keluarga adik mae mu ingin datang sarapan"-

you made me be a possessive boyFRIENDTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang