Ding dong...
Loceng pintu rumah berbunyi. Berlari anak Daryn Areena mendapatkan pintu. Orang yang ditunggu sudah sampai! Senyuman lebar menghiasi wajah yang menawan. Hatinya kembang berbunga-bunga. Dada yang sarat dengan rindu dan kerisauan sudah hampir meletup.
Setiap kali suaminya pergi tanpa berkongsi maklumat dengannya, hatinya sentiasa gundah tak tentu hala. Kali ini, pemergian Kimi secara tiba-tiba. Tanpa notis.
Sebaik daun pintu dikuak, terus dia lemparkan kedua-dua tangan lalu merangkul leher Kimi.
Rindu!
Risau!
Semua ada.
"Abang!"
Lama mereka berdakapan. Rasai kehangatan tubuh Kimi dan hirup bau lelakinya. Akhirnya pelukan dilepaskan. Daryn tidak pernah rindukan suaminya begitu sekali. Kimi yang baru pulang, pergi secara tiba-tiba sahaja, buat hati Daryn tidak keruan.
Tidak dinafikan, apabila Kimi pergi untuk menjalankan tugasnya, hatinya tidak dapat duduk diam. Dadanya sentiasa berdebar. Biarpun tidak diberitahu, dia tahu, tugas Kimi sangat berbahaya. Kimi pula langsung tidak memberitahu ke mana dia akan pergi. Tiba-tiba sahaja, Kimi berkata yang dia ada satu tugas penting, dan terus pergi!
Dakapan dilepaskan. Mata bersinar-sinar gembira. Daryn lalukan bola matanya ke seluruh tubuh Kimi. Dari kepala, turun ke dada. Berhenti sejenak di perut, kemudian turun ke kaki. Semuanya ada! Tiada satu pun yang hilang. Lengkap dan sempurna!
"Abang okey," kata Kimi. Dia tahu apa yang isterinya sedang buat. Mengimbas seluruh tubuhnya untuk sebarang kecederaan!
"Not a scratch." Kimi tersenyum lebar. Lebih kepada sengihan, sengaja mengusik Daryn yang selalu risau. Hatinya digeletek dek gelagat sang isteri.
Secara automatik Daryn pandang wajah Kimi. Selain kesan luka lama di kening kirinya, yang lain kelihatan seperti biasa. Rambut hitam pekat likatnya yang mencecah bahu masih belum terusik.
"Abang..." Daryn berkata manja, sedikit merengek. "Arin risau tau... dia boleh main-main pula!" Daryn menjeling manja dengan mimik muka tidak puas hati.
"Mana ada main-main. See! I'm back, without a scratch." Kimi tayang pipi kiri dan kanan, untuk tatapan cik isteri.
Daryn senyum.
Ah, my husband. My ridiculously good looking husband.
Parut di keningnya itu, merupakan satu kecacatan yang cantik. Dengan hidungnya yang lurus dan agak tajam, terletak cantik di wajah maskulinnya. Terlalu lurus! Terlalu cantik!
Kimi menarik dengan caranya sendiri biar dengan rupa serabai begitu. Dia selalu lembik lutut dengan Kimi. Kenapa abang selalu buat Arin macam ni?
Kimi dengan sengihan dia yang nakal, berserta lesung pipit di kedua-dua belah pipinya, kelihatan sangat menggoda. Matanya yang tajam itu, mampu buatnya terkaku dengan sekali tenung! Belum kira kenyitan nakal Kimi dan senyum senget dia tu. Buat jiwanya goyah. Hati Daryn selalu jatuh terjelepok. Tergolek-golek dek angkara Kimi. Kimi masih tersenyum nakal kepadanya.
You are one bad boy, abang!
Kimi tarik tubuh Daryn ke arahnya apabila melihat isterinya masih tercegat di situ. Benamkan bibir ke ubun-ubun. Dikucup lama. Dia tahu isterinya risau. Dia memang selalu risau.
"Jangan risau sangat, okey..."
Kimi gosok-gosok perlahan belakang Daryn, lalu berbisik, "Selagi doa sayang ada dengan abang, inshaAllah abang akan selamat."
Daryn hanya mampu mengangguk. Dia dakap tubuh itu sekemas mungkin sebelum ia dilepaskan. Terasa suam di tubir mata. Daryn lakarkan senyuman sebelum air matanya gugur. Ah, sensitif betul dia.
Mereka sudah berjanji. Tentang kerja Kimi, jangan ditanya.
Apa. Di mana. Dan kenapa.
'No questions asked.'
Itu persetujuan mereka.
Dia faham. Tetapi kadang-kadang rasa ingin tahunya membuak-buak. Mulutnya bagai digaru-garu untuk bertanya. Kadang-kadang, 'kefahaman' tentang kerja Kimi yang tidak tentu itu tergugat juga.
Usai peluk cium suaminya, Daryn dakap tubuh itu sekali lagi. Kejap, untuk merasai kehangatannya. Entah mengapa kebelakangan ini, dia terlalu rindukan suaminya. Perangai Kimi yang kadang-kadang mengambil mudah dengan perasaannya buat Daryn rasa dia perlukan lebih pelukan.
Kaget dengan kelakuan isterinya, Kimi terpaksa berkata sesuatu.
"Don't worry. I'll be fine." Belakang Daryn diusap-usap perlahan.
Itu kata-kata yang selalu Kimi ucapkan.
'Jangan risau.'
'Abang tak apa-apa.'
'I'll be home soon.'
Hati isteri mana yang tidak risau?
Namun, dia tidak dapat berbuat apa-apa. Berada di samping lelaki itu sebagai isteri bermaksud, dia terpaksa telan semua itu. Dia tidak boleh bandingkan hidup mereka dengan hidup pasangan lain. Atau suaminya dengan suami wanita lain. Yang sentiasa ada bersama mereka. Yang tidak ada rahsia besar.
"Nak makan?" Arin bertanya, setelah menyedari bahawa Kimi sudah memberitahu yang dia rindu akan masakan di rumah.
"Nak... lapar sangat dah ni." Sejak dia tinggalkan rumah, dia hanya makan energy bar dan MRE sahaja. Dia sudah tidak nampak perkara lain. Dia singgah di Base tadi pun, hanya untuk membersihkan dirinya sahaja.
Manja sahaja suara suaminya, sambil menekan perut yang sudah sedia kempis. Daryn senyum sahaja. Bukan tidak kasihan, tetapi geli hati dengan gelagat Kimi yang kadang-kadang mencuit hati. Dalam macho macam tu, sesekali dia tunjuk manja.
"Jap, Arin sediakan. Abang tunggu ya..."
Daryn bekalkan Kimi dengan senyuman manis sebelum dia ke dapur.
Alamak!!!
Terlupa tekan suis pula! Buka periuk nasi, air yang bertakung di dalam periuk elektrik pun belum terjejas. Bahana sungguh!
YOU ARE READING
#GHOST2 (Sequel #GHOST)
Mystery / Thriller"When a man's ego is bigger than himself, he is looking for destruction."~Ghost Setelah Kimi Rafael a.k.a Ghost mengambil keputusan untuk kembali ke dalam hidup Dr Daryn Areena, dia hanya khuatirkan kerjayanya yang akan membahayakan nyawa wanita itu...