"I have something for you."
"Hadiah untuk Arin?" Wajah isteri bersinar ceria dengan ikhlas.
"Yup. For my beautiful wife."
Kimi ambil sebuah kotak panjang yang berwarna merah terang yang berbaldu yang diletak di sebelah bunga tadi. Dia beralih ke belakang isteri lalu mengalihkan rambut yang menutupi bahagian leher.
Rantai emas yang simple dengan loket yang diukir dengan nama isterinya disarung ke leher Daryn. Sengaja dia belikan sesuatu yang ringkas, supaya isterinya boleh pakai setiap hari.
Seharian dia sibuk mencari bunga dan rantai tersebut, serta menunggu isterinya pulang ke rumah. Dia terpaksa bayar harga berganda untuk mengukir nama isterinya kerana dia perlukannya dalam waktu segera. Dia juga terpaksa batalkan tempahan makan malam mereka kerana isterinya sampai ke rumah sudah terlalu lewat."Something small... but I hope you like it." Pipi isteri dikucup sekali lagi.
Kimi tuturkan ayat itu dengan perlahan, betul-betul di cuping telinganya. Berdesir halus, meremang bulu roma. Selalunya, suara nan seksi itu akan buat jiwanya terawangan. Kini, suara itu umpama satu ugutan membunuh di dalam senyap.
YOU ARE READING
#GHOST2 (Sequel #GHOST)
Mystery / Thriller"When a man's ego is bigger than himself, he is looking for destruction."~Ghost Setelah Kimi Rafael a.k.a Ghost mengambil keputusan untuk kembali ke dalam hidup Dr Daryn Areena, dia hanya khuatirkan kerjayanya yang akan membahayakan nyawa wanita itu...