Teaser Kimi

118 1 0
                                    



Ghost. Kimi Rafael.

Dua nama itu ada kepentingan masing-masing. Ada rahsia tersendiri. Jed tidak ingin mengungkit kisah silam. Namun, pertanyaan Mike buat Jed mengingati kembali kisah-kisah mereka.

Kisah di Rumah Sakinah.
Kisah Kimi dan Ayu.
Kisah mereka.

Jed pejam mata. Sukar untuk dia lelap malam itu. Entah mengapa. Tanpa diundang, lembaran sejarah di Rumah Kasih Sakinah atau lebih senang dipanggil Rumah Sakinah, diselak satu persatu. Kisah hidup Kimi Rafael yang penuh tragedi bermula sebelum itu lagi.

Jed masih ingat, hari pertama Kimi jejakkan kaki di Rumah Sakinah, wajahnya itu sukar ditafsirkan. Trauma? Sedih? Takut? Jahat? Dia tak dapat nyatakan dengan tepat. Namun ada satu aura yang datang bersama dia. Semua berundur dengan setiap langkahnya. Takut. Ngeri.

Malah, abangnya sendiri terpaku. Bob dan Rizal, pun sama. Dia? Tentu sekali dia menyorok di belakang abangnya.

Selama dua minggu dia begitu. Seorang diri. Tidak bercakap dengan sesiapa pun, kecuali dengan Ayah Ma. Dia sebenarnya lebih banyak mengangguk daripada menuturkan perkataan. Mulutnya bagai dicurah gam UHU. Hanya matanya yang bercakap. Sinar matanya membias kemarahan dan dendam. Yang mereka nampak, kejahatan. Itu sahaja.

Kimi Rafael namanya. Nama yang mengundang bisikan tidak enak. Mereka tahu kenapa dia dihantar ke situ. Nama Kimi Rafael sinonim dengan perkara jahat. 'Budak Jahat', gelar mereka. Dia sudah dibenci sebelum dikenali. Kimi Rafael akan buat semua penghuni Rumah Sakinah terkaku.

Melihat kolam matanya sahaja buat mereka menggigil. Dia bercakap, tanpa suara. Dipanggil Rafael kerana reputasinya yang suka melanggar peraturan. Hanya Ayah Ma yang memanggilnya dengan nama yang manja. Kimi.

#GHOST2 (Sequel #GHOST)Where stories live. Discover now