BAB 4

155 5 0
                                    


Kelam kabut, Daryn mendapatkan Kimi yang sedang bermain dengan Baby Aidan.

"Sorry abang... tak perasan tadi..." Rasa bersalahnya setinggi Gunung Everest. Wajahnya berkerut seribu. Sudahlah suaminya lapar yang teramat, nasi belum masak pula.

"Arin lupa nak on rice cooker... nasi belum masak..." kata Daryn lagi dengan penuh rasa bersalah.

"Sorry abang... baby tak nak duduk bawah tadi. Arin sorry sangat..." Berkali-kali Daryn minta maaf. Lalai sungguh dia!

"Berapa lama nak tunggu ni?" Kimi angkat Baby Aidan. Dicium pipi gebu anaknya bertalu-talu. Kemudian dibawa anak itu ke dapur.

"30 minit?"

Sepatutnya nasi akan masak dalam tempoh itu. Daryn pula yang rasa lama untuk menunggu. Kesian suaminya.

"Okey... buatkan abang milo dulu, boleh?" Kimi capai tin biskut. Keluarkan sekeping, terus digigit.

Adoi! Semakin Daryn rasa bersalah melihat biskut Jacob's gandum penuh empat segi yang berada di antara gigi Kimi. Baby Aidan pula, enak duduk di atas lengan kiri suaminya.

Kesian. Lapar suaminya. Daryn tepuk kepala. Lauk semua sudah siap masak. Nasi pula yang belum masak kerana dia terlupa untuk tekan suis periuk.

"Panas, atau sejuk?"

"Panas." Terus Kimi menghilangkan diri ke ruang tamu.

Dua hari dia menahan lapar dan lelah, tapi Kimi hanya diam. Dia tidak mahu merungut akan perkara remeh-temeh. Kalau dia dapat tahan berlapar berpuluh jam lamanya untuk menyelesaikan tugasnya, mengapa tidak dia bersabar sedikit untuk isterinya?

Daryn intai periuk nasi elektrik. Dia tahu nasi tak akan masak tidak kira berapa kali dia mengintai. Sebelum pulang tadi, Kimi sudah memberitahu yang dia akan makan di rumah. Rasa bersalah bertimbun-timbun di atas punduk kepala.

"Sambil tunggu nasi masak..." Kimi berbisik ke telinga isterinya tatkala tubuh merapat. Dia sudah terpacak di belakang, merangkul Daryn. Hidungnya digesel pada pipi isteri. Dia tak sempat 'bawa bekal' kerana terpaksa pergi dengan tiba-tiba.

Daryn pusing tubuh, pandang Kimi. Baby Aidan tidak lagi bertenggek di atas lengannya. Bibir Kimi menyungging satu senyuman semacam. Dengan janggut pendek yang tumbuh macam kaktus di padang pasir, dengan rambutnya yang nampak liar dan kucar kacir...

Tapi Daryn terpaksa mengaku yang lelaki itu masih nampak menarik pada matanya. Senyuman sengetnya itu sangat menggoda. Renungan matanya buat Daryn cair. Bila Kimi senyum begitu, Daryn tahu bahawa dia tidak perlu risau. Kimi tidak akan marah. Dia gantikan rasa bersalah dengan senyuman manis.

Daryn kerling ke arah Baby Aidan yang sedang bermain sendirian di ruang tamu.

"Baby ada." Daryn bercakap di antara gigi, takut anak kecil itu dengar.

"Biarlah. Dia tengah main," kata Kimi dalam suara seperti biasa. Tidak berbisik seperti Daryn.

Daryn kerling lagi, beberapa saat sebelum bola mata kembali ke wajah Kimi.

"Nanti dia nampak."

Berbisik lagi. Macamlah Baby Aidan dengar apa yang mereka katakan.

"Kita masuk bilik." Kimi pula yang berbisik. Matanya merenung dalam ke anak mata sang isteri. Rambut Daryn dibelai-belai.

"Tak boleh biarkan dia sorang-sorang. Bahaya."

Kenapa mereka bercakap dalam berbisik ni? Macamlah Baby Aidan dengar. Kalau dia dengar pun, tak mungkin dia akan faham.

"Kita letak dia dalam babycot." Kimi menyaran. Kali ini suara berbisik Kimi berbunyi semacam sahaja. Meremang bulu roma.

Kimi semakin rapat. Kedua tangannya sudah berada di pinggang Daryn. Kepalanya sudah menunduk.

"Abang... baby..." kata Daryn dalam nada sedikit cemas, tetapi terkawal.

"Biarlah dia. Dia tengah main tu..."

"Tak..."

"Apa taknya?"

"Tak..." Panjang sebutan 'tak' Daryn, tetapi di dalam tekak sahaja. Satu pakej dengan riak wajah yang cemas. Matanya mengerling ke satu arah melepasi bahu Kimi.

Perlahan-lahan Kimi pusing kepala ke arah mata Daryn yang sedang melirik.

"A... yah!" Kedengaran suara comel memanggil.

Baby Aidan sedang berdiri di sebelahnya dengan matanya yang bulat, dengan satu tanda soal yang sangat besar tertulis di atas mukanya. Seperti... 'Ayah dan ibu sedang buat apa???'

Ataupun... 'Baby nak main sama, boleh?'

"A. Yah." Anak comel itu memanggil lagi, dengan suaranya yang comel. Di tangannya, jet mainan kegemaran.

Inilah satu-satunya saat yang mana Baby Aidan sudah tidak comel seperti selalu. Hujung hidungnya pun tak sempat nak sentuh apa-apa. Hesyh, baby! Kacau daun betul! Omel Kimi dalam hati.

Kali ini Baby Aidan betul-betul tak comel!

#GHOST2 (Sequel #GHOST)Where stories live. Discover now