01 - Orange Juice

542 65 28
                                    

Happy Reading !

author.

flashback : 2018, high school student.

Tangan Hain mengelap peluhnya yang sudah membasah dahinya setelah membuat banyak kerja mengangkat barang dan berlari sana-sini. Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk hari pameran galeri alirannya berlangsung selama seminggu di mana pelajar boleh melihat hasil lukisan yang dihasilkan oleh pelajar aliran seni lukisan.

Jeno yang dari jauh memerhatikan Hain yang sedang menyusun lukisan. Dia ingin mendekati Hain tapi malu-malu kucing. Jaemin mencuitnya dari belakang.

" Apa yang kau takutkan tu ? Bagilah jelah air tu dekat dia pastu blah. " Jaemin memberi kata-kata nasihat tapi Jeno dengar seperti Jaemin memperlinya.

" Bagi pastu blah ? Aku dengan dia selalu je jumpa depan rumah tapi dah lama tak berbual macam dulu. " jawab Jeno lalu dia memukul Jaemin menggunakan air kotak oren yang dipegang oleh tangannya.

Jeno terus pergi ke arah Hain dan mereka bertegur sapa, " Annyeong, Hain-ssi. Awak dah banyak bekerja keras untuk pameran ini. Nah air kotak ni boleh legakan tekak awak. " Dia terus memberi air kotak itu kepada Hain.

" Hain-ssi ? Kenapa awak terlalu formal ni , kitakan kawan sejati sejak kecil lagi. Tak perlulah berformal dengan saya walaupun kita dah jarang cakap. " ujar Hain dengan tersenyum apabila melihat rakan baik dahulunya berada dihadapannya.

" Mianhei sebab dah lama tak berbual dengan awak. Saya cuma ambil masa sedikit je nak berkawan dengan awak balik. Saya pun rindukan persahabatan kita yang dulu bersama dengan Jaemin dengan Yeri, kan ? "

" Jeno-ah, apa kata kita makan tteobokki dekat tepi jalan Sungai Han lepas sekolah nanti ? Ajaklah Jaemin dengan Yeri sekali. Saya rasa saya hampir siapkan semua kerja ni tapi saya nak ponteng harini. Deal tak ? " Hain mula membuat tawaran dengan Jeno. Bila dah jumpa kawan lama ni, macam-macam nak buat bersama dengan mereka.

" Awakkan patut.... buat prepare semua ni kan ? Boleh ke ponteng- "

" Takpe, lagipun bahagia saya dah nak siap dah. Esok sebelum kelas start, saya siapkan yang tak tersiap tu lah. Alah, tak payah risau sangatlah. Bolehlah kasi saya cuti daripada buat kerja ni. " Hain membuat puppy eyesnya.

Dan hati Jeno mula berbunga-bunga, awww comelnya imanku terus menurun. Eh, dia perlu mengekalkan machonya yang berada dihadapan rakan baiknya itu.

" Ok, deal. Jumpa kat depan pagar nanti. " Jeno menunjukkan thumbs up.

" Ok, cunnnn. " Mereka bertepuk tampar dan Jeno terus pulang ke kelas setelah waktu rehat habis.

end flashback.

,,,,,,

jeno.

2020 : present

Mataku hanya memerhatikan seseorang yang aku sukai itu berbual mesra dengan teman lelakinya. Betullah kata Yeri, lambat-lambat diambil orang.

Hain dan teman lelakinya bersurai dan Hain terus pergi ke arahku. Mukanya macam baru gaduh dengan teman lelakinya.

" Weyh, kau okay tak ? Jisung ada sakitkan hati kau ke ? " soal aku. Mungkin dia tengah badmood jadi aku mensandang beg dan bangun ingin beredar dari sini.

Tapi, Hain menghalangku dengan memegang lengan kanan aku. Dan dia terus memandang aku, " Tunggulah sekejap, aku dah tiada sesiapa dah ni. "

Kenapa... kenapa dia pegang tangan aku ? Perbuatan itu membuatkan jantung aku lemah ni, auchh..

" Jeno, kenapa muka kau merah sangat tu ? " aku terbeliak apabila mendengar soalan dari Hain.

Merah sangat ke ni ? Haish, malu sia...





+ ada peperangan cornflakes bye

Only Her.Where stories live. Discover now