04 - Nothing Happened

181 46 22
                                        

jeno.

Anak mataku hanya menatap Hain dan Jisung yang bermesra gelak tawa di hadapan aku. Roti bun berisi kacang merah tidak dihiraukan oleh aku. Jaemin menepuk bahuku dari belakang. 

" Baik kau makan roti tu sebelum aku makan, " sapa Jaemin. Dia memang hantu roti.

" Aku nak makan tapi takde seleralah, " 

" Macam perempuan kau ni, nampak je badan sasa tapi perangai lembut lahai. " ujar Jaemin yang menjamah roti sardinnya di sebelah aku. 

" Mulut tu jaga sikit kang ada pulak yang aku sepak teranjang sampai planet uranus, " bidas aku yang hanya melayankan mulut pahit Jaemin. 

Lagi satu, orang yang berada di hadapannya tu tak boleh sweet lagi kut agaknya. aku  dan Jaemin hanya melihat sepasang kekasih yang amat dikenali bermanja dihadapan mereka yang single sejati.

" Woi, hormat orang single depan ni. " Jaemin mula mencelah Hain dan Jisung. Makin lama tengok rasa nak tampar orang lalu depan dia pula.

" Siapa suruh kau single, lain kali cari girlfriend kalau tak suka tengok orang bersweet. " Nak pula si Jaemin ni tampar mulut pedas Jisung. Hubungan dia dan Jisung agak tidak baik.

" Dah lah blah masuk kelas dulu. Nyampah pulak aku tengok ada pakcik bawang kat sini, " " Bye sayang, jumpa lepas kelas nanti. " 

Jisung mengucup ciuman di dahi Hain. Perbuatan itu membuat aku dan Jaemin terasa jijik yang amat sekali, mohon bertaubat yang taken tu. Rupa aku nampak seperti tenang tetapi sebenarnya tidak, hati aku mula bertambah cemburu dan tekanan darahku hampir naik meninggi seperti menuang air ke dalam sungai. 

author.

Reaksi Jaemin yang meloyakan tekaknya membuatkan Hain memukul kepala rakan aku menggunakan kertas kerjanya. Suka sangat overreact.

" Ha, kau pun manjakan boyfriend kau tu lebih-lebih. Mulut dia tu takleh pahit lagi agaknya, " Jaemin masih lagi tak tahan dengan perangai Jisung.

" Bisinglah kau. Dah lah single, pastu cari gaduh dengan taken pulak. " Hain bersuara, nak pula dia lenyek Jaemin pakai cangkul.

" Kau yang taken tu hormat sikit single ni, " balas Jaemin. Tak nak kalah punya pasal.

" Ehh korang ni pepagi butoh nak gaduh buang tabiat agaknya, " Jeno meleraikan pergaduhan mereka. Bingit telinga dengar mereka memekak di pagi hari.

" Weh, semalam aku ada cakap benda pelik ke masa minum ? " tanya Jeno kepada Hain dan Jaemin. Tiba masa untuk tukar topik.

Jaemin dan Hain berpandangan antara satu sama lain. Nak kata apa ni, nak ke tak nak ke tak. Hain memberi isyarat supaya tidak beritahu.

" Takde apalah. Kau kan semalam cerita pasal masa depan kau yang kau nak kahwin pastu nak ade anak banyak, " reka Jaemin. Berfungsi juga otak dia.

" Kalau aku mabuk pastu cakap benda pelik-pelik, maafkan aku. Kita buat macam nothing happened, " ujar Jeno yang sudah berdiri dan menggalas begnya sebelum beredar.

" Jumpa korang lepas kelas ! "

Hain dan Jaemin hanya melihat Jeno hilang dari pandangan mereka. Kemudian, mereka berborak tentang kejadian semalam.

" Hain, betul ke kau maksudkan perasaan kau semalam ? "

Hain hanya mati kata. Dia tak mahu berkata apa-apa lagi.

Dia buat macam takde benda berlaku tapi dia tak perasan ke perasaan aku ni dah mula berputik pada dia....

Only Her.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang