Sedang dalam perjalanan berjalan balik ke rumah. Jimin bergerak lambat sambil berbicara panjang di dalam fikirannya.Melihat Naehwa yang sedang tertidur tadi sudah bukan asing lagi baginya. Gadis itu selalu tertidur di kelas. Bagi Jimin apabila tidur, Naehwa kelihatan sangat tenang dan cantik.
Tiba-tiba dia tersenyum menggeleng kepala. Entah kenapa dia bersetuju untuk menghantar kerja kepada Naehwa.
Padahal Haeri sudah menawarkan diri untuk menghantar kerja tersebut sambil-sambil itu melawat.
Tetapi Jungkook awal lagi sudah memaksa Jimin disebabkan rumah mereka juga dekat. Bukannya tidak mahu tetapi segan tidak terbiasa dengan Naehwa.
Terkadang dia hairan juga dengan Jungkook. Kebelakangan ini dia sentiasa berceritakan tentang Naehwa setiap kali bersama Jimin. Betul atau dibuat-buatnya cerita itu.
Jungkook pula masuk sehari bersekolah sudah rapat dengan Naehwa. Hari-hari ada saja mengganggu gadis itu.
Jimin bukanlah berasa terganggu cuma,
tiadalah.
“ Oi! Dari mana? ”
Jimin menoleh mencari suara itu. Dari tepi jalan dia terlihat dua orang lelaki duduk atas jalan dengan sebuah basikal. Kemudian datang mendekat.
“ Ahh Namjoon... Rumah kawan ”
“ Oh? Daripada kau tersenyum macam orang pelik, baik kau tolong aku ni ”
“ Kenapa dengan Taehyung? ”
“ Bukan dia tapi basikal ni rantai terputus. Dah tau berat tu nak juga bawa ”, perli Namjoon. Taehyung yang gigih cuba menyambung rantai itu dijeling.
“ Eyy mana tak putusnya. Basikal ni pun dah berkaratkan ” Taehyung tidak puas hati.
“ Aku baru beli minggu lepaslah! Mana ada berkarat! ”, bantah Namjoon.
“ Kalau rantai tu dah putus mana boleh sambung lagi ”, ujar Jimin.
“ Kenapa pula?! ”, serentak dua orang itu bertanya.
“ Cari jawapan dekat bengkel sana ”, Jimin berlalu pergi.Dua orang yang masih cuba menyambung rantai itu dibiarkan. Lantaklah apa nak jadi. Dia bukan tau pun hal baiki basikal ni. Kalau kerja sekolah tak mengapa juga.
»»——⍟——««
✨ • Sebulan kemudian • ✨
»»——⍟——««
Min Naehwa's POV
Esok adalah dua hari sebelum berakhirnya peperiksaan akhir. Krim muka yang aku masukkan ke dalam poket blazer tadi dikeluarkan.
Tadi aku tak sempat pakai di rumah sebab oppa tu nak cepat. Sudahlah dia bawa kereta sambil pecut! Aku baru nak picit krim pun sudah sampai depan pagar sekolah.
Baru saja mahu melihat wajah pada cermin di atas meja. Cerminnya pula lari. Eh bukan lari tapi dilarikan!
Siapa lagi kalau bukan si pengganggu Jeon Jungkook!
Haeri dan Seona pula masih belum kelihatan entah ke mana dua orang ni ulangkaji pun tak ajak.
Jungkook pula tengah duduk atas meja aku sambil menilik wajah sendiri. Tersengih-sengih bergaya dengan cermin aku. Jujurlah aku tak suka bila dia datang mendekat. Kelas aku ini pula banyak mulut terbiar!
“ Oi! Bagi sinilah! ”, cermin ditangannya aku rampas.
“ Ha bawa cermin! Mesti cermin tandas pecah tengok muka babun kau ”
“ Pecah? Kau mengintai eh? ” Setitik krim aku sapu bawah mata aku. Mata panda punya kes.
“ Haah ”
“ Nanti aku bagitahu yang lain kau suka mengintai! ”
“ Siapa percaya dia bodoh ”
Lantas aku pandang dia dengan kerutan di dahi. Eh anak ni dasar pandai!
Tanpa pedulikannya, nota di bawah laci meja aku keluarkan. Banyak-banyak nota, inilah yang paling istimewa WAHAHAH!
“ Tadi aku nampak Jimin ”
“ Jadi kenapa? ” spontan aku bertanya.
“ Eh kenapa nota kau ni banyak sticker love ni? ” dengan tidak membalas, nota yang aku pegang pula cuba dia ambil. Sempat aku tarik balik simpan dalam laci.
“ Sibuklah kau. Pergi duduk tempat sendiri! ”
“ Shh! Aku nak cerita sikit ni ”, suaranya diperlahankan. Padahal hanya kami berdua di dalam kelas.
“ Apa? ”
Jungkook mendekatkan kepalanya ke telingaku untuk berbisik.
“ Jimin dengan Hallen couple ”
Jimin naik kapal je pun. Itupun nak kecoh ke? Entah betul atau tidak apa aku dengar ni.
“ Cakaplah kuat sikit. Dalam kelas ni bukan ada orang pun ”
“ Bawa bersabarlah ya, aku tau kau tak boleh terima tapi memang- ”
“ HAA JANGAN NAK BUAT MAKSIAT DALAM KELAS!! ”
■ 𝕋𝕠 𝔹𝕖 ℂ𝕠𝕟𝕥𝕚𝕟𝕦𝕖𝕕 ■
YOU ARE READING
𝐌𝐋 : 𝐉 (OG)
Fanficstatus : discontinued ✨ ꕥ Ma Luv Jimin ꕥ ✨ ☁️✨ Pada satu hari, Min Naehwa tersedar keberadaan Park Jimin. Dia baru tahu ada lelaki sepertinya di kelas mereka, di sekolahnya dan di bumi ini. Berhari-hari dia perhatikan Jimin. Sampailah dia terjatuh l...