001

10 1 0
                                    

"Selamat pagi pelajar, hari ini cikgu perkenalkan kita ada pelajar baru" terang Cikgu Nur sambil tersenyum kepada pelajarnya sebelum mengalihkan pandangannya ke seorang pelajar perempuan di sebelahnya.

Seorang perempuan yang dingin. Pengalaman hidupnya cukup memeritkan hatinya. Tambahan lagi tidak pernah merasakan kasih sayang seorang insan istimewa yang bergelar ibu.

Dilahirkan di Perancis dan menetap di England sehingga berumur 15 tahun. Ibunya merupakan warga negara Perancis. Dirinya terpaksa mengikuti ayahnya berpindah hanya kerana satu salah faham yang mengundang kematian ibunya dan membuatkan ayahnya meenyesal sehingga kini.

Rambutnya putih blonde. Mata biru laut yang mampu menarik perhatian sesiapa sahaja tambahan bulu mata yang lentik. Badan tinggi lampai bak model. Kulitnya putih kemerah- merahan.

"Saya Laura Stephanie"

Seisi pelajar di dalam kelas melihat satu sama lain. Ada yang menunjukkan wajah menyampah. Ada yang sudah angau tersenyum. Ada juga yang teruja dengan penampilan pelajar baru itu.

Cikgu Nur di sebelah memandang Laura. "Laura itu sahaja ke?". Laura menggangguk tanpa memandang wajah gurunya.

"Ee sombong gila" "ice queen betul" "dia ingat dia hebat sangat ke" "menyampah sia aku"

Kata-kata tajam pelajar di kelas jelas dengar di telinga Laura. Namun, dia hanya bertindak mendiamkan diri.

"Eh eh diam semua" arah Cikgu Nur yang caranya seperti tidak pandai memarahi orang. "Laura, awak boleh duduk di sebelah Syafiq" kata Cikgu Nur sambil jari telunjukya menunjukkan seorang pelajar lelaki yang dari tadi sudah tersengih.

Laura terus melangkah ke tempat duduknya yang sudah ditunjukkan oleh Cikgu Nur.

"Hai Laura, saya Syafiq" kata pelajar lelaki itu sambil menawarkan tangannya tanda mahu bersalaman.

Laura hanya membiarkan kata-kata lelaki itu berlalu dan menarik kerusinya sebelum melabuhkan punggungnya.

Lelaki itu menarik semula tangannya. Riak wajahnya cukup menggambarkan yang dia terasa.

Gadis itu tetap bebuat biasa. Dia mengeluarkan sebuah novel dan membacanya.

Lelaki itu tidak berhenti mengamati wajah cantik milik Laura. Baginya, gadis itu merupakan gadis tercantik di dunia selepas ibunya.

"Awak" panggil Syafiq perlahan. Tidak sempat Syafiq ingin melanjutkan perkataannya, Miss Anne sudah melangkah masuk ke kelasnya.

Ketua kelas mengarah satu kelas untuk bangun, tidak sampai dua saat, semua pelajar di kelas itu sudah berdiri dan mengikuti arahan ketuanya.

Waktu english selama 2 jam berakhir begitu sahaja. Syafiq langsung tidak dapat memberikan perhatian sepenuhnya kepada kelas itu hanya kerana seorang gadis di sebelahnya.

Laura yang sedar diperhatikan sejak tadi memandang Syafiq tepat di matanya.

Syafiq yang agak terkejut itu membuntang matanya sebelum tersengih memandang Laura.

"Stop looking at me. It makes me disgusted" kata Laura tanpa memikirkan perasaan jejaka di hadapannya.

"Ha?" Tanya Syafiq yang terpamer wajah kelirunya. "Ha? Apa maksudnya tu? Disgas?" Tanya Syafiq teruja. Laura hanya memandang Syafiq atas bawah sebelum mengalihkan pandangannya kepada helaian kertas di hadapannya.

"Awak ni kan cantik betul la. Jujur saya cakap saya tak pernah nampak perempuan lagi cantik dari awak" ucap Syafiq jujur. Baginya gadis di hadapannya ini sungguh sempurna.

:::::::::::::::::::::::::

Laura melangkah keluar dari kelasnya dan menuju ke sebuah kereta yang cukup mewah. Seorang pembantu membukakan pintu kepada Laura sambil menunjukkan sebaris senyuman.

Laura tidak membalasnya dan terus memboloskan diri ke dalam kereta. Pembantu itu sudah mengerti sifat Laura terus buang rasa sakit tadi dan terus menutup pintu kereta.

Syafiq hanya memandang kereta mewah itu berlalu dengan sedih. Entah mengapa tidak pernah dirinya merasakan perasaan ini.

"Woi, kau tengok apa do? Katak tu ke?" Tanya Adli sambil makan jajannya. "Ahahhaahah daripada tengok katak baik tengok kau" kata Syafiq sambil menepuk-nepuk belakang Adli.

Tawa mereka berdua pecah sebelum Syafiq kembali mempamerkan wajah sedih. Adli memerhatikan rakannnya. "Kau asal do". "Tak ada apa apa la" jawab Syafiq sambil menyiku lengan Adli.

:::::::::::::::::::::::::

Sesudah sampai ke rumah agamnya, Laura melangkah keluar dari kereta dan terus menuju ke pintu utama yang sudah siap terbuka oleh pembantunya menanti kehadirannya. Sapaan dan senyuman hanya diendahkan sahaja.

Laura laju menaiki tangga sebelum berhenti memandang insan yang paling dibencinya berdiri di hadapannya.

"Laura my dear, how's school?" Tanya Tuan Daniel prihatin. Laura tidak mengendahkannya dan terus menaiki tangga. Panggilan Tuan Daniel yang bertalu- talu hanya dibiarkan.

"Laura!" Panggil Tuan Daniel tegas. Laura pantas memusingkan badannya "what?". "Don't treat me like this, I'm your daddy!". "Really? You still want me to know that you are my daddy? After what happened 7 years ago?!" Jerit Laura sambil matanya tepat memandang bola mata ayahnya.

"Laura.. please I know I was wrong". "So? If you admitting that now, can you bring back my mom? You can't don't you?" Persoalan Laura hanya dibalas bisu oleh ayahnya. Tuan Daniel menundukkan wajahnya. Laura tersenyum sinis "I know you can't"

Tuan Daniel hanya melihat pemergian Laura dengan tatapan sedih. 'It was 7 years ago, Laura I'm truly sorry about that' ucap Tuan Daniel ikhlas.

Tuan Daniel meraup wajahnya. Andai dia bisa memutar waktu, pasti sudah lama dia lakukan. Penyesalan yang amat menyakitkan. Tidak sanggup dia kehilangan kepercayaan insan kedua yang paling dicintainya.

Teringat tragedi 7 tahun lalu, sungguh memeritkan hatinya. Lagi-lagi puterinya tersayang, Laura Stephanie.

Laura terus menghempaskan pintu sebelum menuju ke katilnya dan melepaskan tangisannya. Rindu di hati yang tidak dapat diubati. Perit.

Rantai loket di lehernya diambil dan dilihat. "I swear I love you with all of my heart" ucap Laura kemudian menitiskan air mata. 

"I wish you were here, wonderful woman, mom"

Promise me, don't goWhere stories live. Discover now