Syafiq menggeliat malas. Jam lonceng di sebelah dikerling sekejap. Jam menunujukkan 5.30 pagi. Rasa malas masih meggunung tinggi tapi dia tetap perlu bangun.
Dengan langkah perlahan, Syafiq menuju ke bilik air. Usai mandi dan memakai baju, Syafiq mengejut adik-adiknya yang masih nyenyak dibuai mimpi.
Syafiq mengambil beberapa helai baju adik-adiknya di dalam almari dan mula menggosok baju tersebut.
Susudah itu, Syafiq dan keluarganya menunaikan solat subuh berjemaah. Sedang Syafiq melipat sejadah, ibunya memanggil.
"Syafiq, sini kejap". Baru satu panggilan pantas kilat Syafiq menyahut "ya ibu". Terus Syafiq menuju ke dapur.
Syafiq membantu ibunya menyiapkan bekal dan berikan kepada adik-adiknya. "Cepat sikit makan, abang nak pergi sekolah ni" arah Syafiq kepada adik-adiknya yang masih terbuai menjamu selera.
Adik-adiknya membalas arahan abangnya itu dengan anggukan. Setiap hari, Syafiq perlu berjalan ke sekolah bersama sama adiknya. Lebih selamat begitu. Adik adiknya semua masih bersekolah rendah dan tambahan pula 3 daripada mereka ialah perempuan.
:::::::::::::::::::::::::
Laura menuruni anak tangga dengan perlahan sambil membaca novel. "Miss Laura, dont reading while walking you may fall" nasihat pembantunya dengan sopan. Laura serta merta menutup novel itu dan teruskan langkahnya.
Tuan Daniel sejak tadi sudah lama menunggu kehadiran Laura di meja makan. "Laura, let's eat breakfast together" ajak Tuan Daniel mesra. Bagai lupa tentang pertengkaran yang berlaku semalam.
Laura menggeleng. "Why, dear? Uncle Raven is having breakfast too. We can eating breakfast together while you wait for him to come sent you to school" terang Tuan Daniel. Dia menyuruh Uncle Raven makan sarapan dahulu supaya dia dapat makan sarapan dengan anaknya. Tidak mahu dia panjangkan lagi pertengkaran yang lalu.
"It's okay. I will walking to school" kata Laura bersahaja sambil memandang ayahnya. "You don't know the way, dear". Tuan Daniel keliru. Mereka berdua baru sahaja pindah minggu lepas. Macam mana Laura boleh tahu selok belok kanpung ni. Tambahan pula, rumah mansion mereka lebih jauh ke sekolah berbanding dengan rumah kampung.
"I have friends to ask the way" kata Laura berani sebelum melangkah keluar daripada rumah mereka. Tuan Daniel menunduk. Laura masih mahu berjauhan dengannya.
Laura cepat cepat keluar dari perkarangan rumahnya. Laura kelihatan tenang di luar, namun dalam hati sudah mundar-mandir. Bagaimana mahu mencari jalan? Sekolah di Malaysia tidak dibenarkan membawa telefon pintar.
Laura terus sahaja berjalan tanpa arah tujuan. Namun, seolah diberikan tuah, seorang pelajar sekolah rendah datang menghampirinya.
"Hai akak". Laura kaget mendengar teguran itu dan memusingkan badannya. Dia masih tidak fasih berbahasa Melayu tetapi dia mengerti perkataannya.
"Hai" sapa Laura kembali sambil tersenyum. Anak kecil di hadapannya sungguh comel. "Akak buat apa kat sini? Akak kan orang mat saleh". Laura menggaru kepala yang tidak gatal. 'Mat saleh? Who is mat saleh??' Tanya Laura sendiri di dalam hati.
"Ainaaa!!! Jangan lari". Anak kecil itu serta merta tersengih dan melihat abangnya yang kepenatan mengejarnya "Abang Syafiq".
Laura juga melihat. Dia. Lebih senang dia bertembung dengan Syafiq. Mereka sama sekolah, sama kelas.
Laura mendekati Syafiq. Syafiq mengangkat kepalanya. Gadis berbadan langsing. Rambut ikal blonde cantik terikat seperti ekor kuda. Kulitnya putih merah. 'Ni halusinasi ke apa?' Tanya Syafiq dalam hati.
Syafiq mendekatkan jarak mereka. "Kalau halusinasi lagi bagus. Aku taknak terbangun" kata Syafiq perlahan sambil tangannya sudah mahu mengelus rambut Laura. Laura serta merta menampar pipi Syafiq "what are you doing?". Kaget Laura. Memangla di England dia sudah biasa berpegangan dengan lelaki, tetapi itu pun kerana mereka kenalan rapatnya. Bukan lelaki ini. Baru kenal semalam.
Syafiq memegang pipinya. "Laura? Awak betul betul depan saya?" Tanya Syafiq mesra. Laura hanya menggangguk. Adik-adik Syafiq memandang mereka. "Ni macam dalam drama pukul 7 kan Aliya" "Haah Aina"
Malas mahu panjangkan situasi, Laura terus berkata "Let's go to school together". Syafiq menggangguk tanpa membalas. Kalau perkataan basic tu bolehla dia faham.
"Tapi saya kena hantar adik-adik saya kat sekolah dulu. Awak okay ke?". "Okay" jawab Laura laju. Mereka berdua terus beriringan berjalan. Adik-adik Syafiq tidak habis habis dari tadi mengusik mereka. Laura hanya tersenyum kerana dia tidak mengerti.
Semakin lama, mereka semakin jauh menninggalkan sebuah kereta hitam mewah di belakang. Tanpa mereka jangka, Tuan Daniel dari tadi mengekori mereka. Dia mahu melihat jika Laura benar benar tahu jalan ke sekolah. Namun perlata lain pula terjadi.
"Raven, kau tolong siasat siapa lelaki tu" arah Tuan Daniel tegas dari tempat duduk belakang. Panas hatinya melihat lelaki itu tadi mahu memegang anak daranya. Nasib baik Laura sempat menampar lelaki itu.
Dia tidak mahu ada sesiapa yang berniat jahat lepas anaknya. Sesiapa yang ada niat sebegitu, memang nahas. Dia orang bisnes, ada sahaja orang mahu burukkan dirinya.
YOU ARE READING
Promise me, don't go
Lãng mạnLaura Stephanie Gadis cantik penampilannya dan mampu menawan sesiapa sahaja. Matanya sentiasa tajam dan tidak menunjukkan apa apa reaksi. Andai sesiapa tahu, pengalaman peritnya, pasti empati yang diberikan. Laura tetap menyalahkan ayahnya, Tuan D...