003

3 1 0
                                    

Syafiq memerhatikan Laura di sebelahnya. Tadi baru dia nampak Laura tersenyum. Tetapi bila dengan dia sahaja, jadi beku balik. Huhu.

Syafiq mengalihkan pandangannya kepada buku latihan di hadapannya. Nasib baik pagi ni kelas English, bolehlah tak bagi perhatian. Sebab memang dia tidak minat akan subjek itu.

Laura tekun menyalin nota yang diberikan oleh Miss Anne. Bahasa Inggeris di sini sungguh mudah bagi Laura. Dia sudah fasih berbahasa Inggeris sejak berumur 3 tahun.

"Okay students, I have task to give you" kata Miss Anne setelah menghabiskan tulisannya di papan. Semua pelajar tekun mendengarnya.

"We will have middle-exam three weeks more. So, I want you to do a presentation about environment. One group, four students. I will arrange for your group."

Miss Anne menerangkan kumpulan-kumpulan pembentangan tersebut sehinggalah kumpulan Syafiq. "Syafiq, Laura, Aisyah and Rahim"

Syafiq bersorak gembira. Serta merta terpapar senyuman lebar di wajahnya.

"The presentation will start this Thursday. Hope you guys are ready" terang Miss Anne.

Seusai Miss Anne keluar, pelajar pelajar terus membuat kumpulan masing masing berbual tentang pembentangan itu. Aisyah dan Rahim sudah berada di hadapan Laura dan Syafiq.

"So, kita nak bincang nanti kat rumah siapa?" Tanya Aisyah aka budak nerd dalam kelas. Rambut pendek dan bercermin mata bulat. "Rumah aku tak boleh, adik aku kacau nanti" kata Rahim laju. Rahim ni pulak atlet olahraga. Memang ada ramai peminat.

Laura terdiam sejenak. "How about my house?" Undang Laura. Yang lain berpandangan antara satu sama lain. Tak sangka Laura mengajak mereka ke rumahnya. Mereka semua terus menggangguk setuju.

                    :::::::::::::::::::::::::

Petang itu, mereka semua terus menuju ke rumah Laura. Laura menumpangkan mereka semua dengan keretanya. Syafiq, Aisyah dan Rahim terlopong melihat kereta milik keluarga Laura. Sungguh mewah. Laura hanya diam melihat reaksi rajam rakannya.

Dalam perjalanan, Rahim asyik bertanyakan dirinya soalan. Laura berfikir sekejap menukar perkataan itu kepada bahasa melayu. Rahim tidak terlalu mengerti bahasa inggeris. Susah Laura dibuatnya.

Sampai sahaja di rumahnya, mereka semua terlopong buat kali kedua. Kehidupan Laura sentiasa mewah. Rumahnya besar tersergam indah. Hiasannya juga seperti berada di Eropah.

Rumahnya ala ala Roman Mansion dengan air pancut di tengahnya, pintu utama yang di kaki tangganya diletakkan pasu gergasi dengan bunga halus berjuntaian sampai ke bawah. Sungguh mewah.

'Ni kat kampung je, aku tak sangka boleh bina rumah semewah ni' kata Syafiq dalam hati. Terpempan dengan kemewahan rumah Laura.

Apabila melangkah masuk, semakin terkejut mereka. ''Besarnya rumah ni boleh muat  50 orang ni" kata Rahim teruja. Aisyah dan Syafiq menggangguk tanda setuju.

 Aisyah dan Syafiq menggangguk tanda setuju

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Laura diam sahaja. Tidak tahu mahu membalas apa. Biasanya jika di England, bila dia membawa rakan rakannya ke rumah, reaksi mereka biasa sahaja. Mereka semua mempunyai rumah yang mewah sama seperti Laura. Ada juga yang lebih mewah darinya.

Dulu, dia hanya bergaul dengan golongan elit kerana dia hanya bersekolah di sekolah elit. Reaksi mereka sungguh keterlaluan bagi Laura.

"Follow me, I will lead you to my room" kata Laura agak kuat. Aisyah, Syafiq dan Rahim sibuk menunduk kembali kepada pembantu rumahnya sambil tersenyum. Laura hanya biarkan.

Sampai di biliknya, Laura meletakkan beg sekolahnya di atas katil. Mereka duduk di sofa berhampiran balkoni.

Mereka semua berbincang dengan penuh teliti. Jika Syafiq dan Rahim tidak mengerti perkataan Laura, Aisyah akan menerangkannya.

Mereka terlalu asyik berbual sehingga tidak perasan jam sudah menunjukkan pukul Lima petang. Syafiq mengerling jam tangannya. Kemudian, Syafiq terus beritahu bahawa dia perlu menjemput adiknya pulang. Rahim juga meminta diri.

Laura hanya menggangguk. Aisyah melihat Laura dì sebelahnya. Sangkaan Laura, Aisyah tidak terlalu mahir, tetapi apabila dia berbual bersama , baru Laura tahu yang Aisyah pernah memasuki pertandingan debat English sehingga di Singapore dan pertandingan matematik di Indonesia.

Laura kagum dengan kepintaran Aisyah. Dia sendiri tidak pernah memasuki pertandingan sehingga di luar negara.

Aisyah bertanyakan sedikit tentang latar belakang Laura. Laura laju menceritakannya. Hampir 7 tahun dia tidak mempunyai rakan untuk berkongsi masalah. Aisyah tekun mendengarnya. Tetapi apabila Aisyah menanyakan tentang keluarga, Laura terus terdiam. Itu perkara yang sungguh peribadi bagi Laura. Sedari Laura yang mula terdiam, Aisyah terus menukar topik dan meminta diri untuk pulang.

Laura menghantar pemergian Laura sehingga di pintu utama. Laura melambai apabila Aisyah melambai kepadanya.

Sejurus Aisyah pulang, sebuah kereta hitam memasuki perkarangan rumah. Cepat cepat Laura memasuki biliknya. Tidak mahu dirinya bertembung dengan ayahnya.

                     :::::::::::::::::::::::::

Tuan Daniel berada di dalam pejabatnya. Melaksanakan beberapa kerja yang ditangguh sebelum ini hanya kerana mahu menguruskan sekolah Laura.

Bunyi ketukan pintu didengari. Pantas Tuan Daniel membalas "Masuk". Raven memasuki pejabatnya dengan satu fail di tangannya.

"Dah siasat background budak tu?" Tanya Tuan Daniel sambil mata tepat memandang wajah  Raven. Raven menggangguk kemudian menyerahkan fail tersebut di meja Tuan Daniel.

"Nama penuh, Syafiq Aiman bin Ahmad. Mempunyai lima orang adik beradik termasuk dirinya. Ayahnya seorang penanam padi dan ada ladang sendiri manakala ibunya mengambil tempahan menjahit. Keputusan periksanya- .

"Dah, keluar" arah Tuan Daniel. Dia tidak perlu tahu keputusan budak tu. Tuan Daniel tersenyum sinis. Dia tetap perlu berhati hati.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 11, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Promise me, don't goWhere stories live. Discover now