👑1

17 4 2
                                    

Happy Reading 💝

Pada suatu pagi yang indah, semilir angin menyapa lembut tumbuh - tumbuhan. Auhh sangat tenang. Akan tetapi tidak bagi para dayang istana kediaman tulip yang tidak lain dan tidak bukan dayang si puteri bongsu yang sangat sulit diurus, NA HAEMIN.

" Gongju-mama , anda di mana?"

" Gongju-mama , keluarlah, anda perlu pergi ke kelas sastera "

Terdengar suara dayang-dayang yang sedang mencari kelibat puteri bongsu.

" Omoo! Gongju-mama !" tiba- tiba terdengar pekikan seorang dayang menyebabkan dayang-dayang yang lain bergegas menuju ke tempat tersebut.

Alangkah terkejutnya, para dayang melihat sang puteri yang dicari-cari sedang bersantai diatas dahan pokok yang cukup tinggi.

" Kalian semua nii, bising laa. Mengganggu ketenteraman beta saja" ucap Si Puteri Bongsu, Na Haemin, dengan pipi yang dikembongkan memberi petanda bahawa dia sedang kesal.

" Hamba mohon turunlah, Gongju-mama . Diatas sana bahaya. Anda akan jatuh." seorang dayang bersuara

" Tapi saya tak jatuhkan?" Si puteri menyoal. Dia sebenarnya tak nak turun sebab kat atas tu selesa sangat dan tak nak masuk kelas sastera yang menurutnya sangat membosankan.

" Apa yang berlaku nii?" suara lembut nan tegas menyapa telinga. Para dayang dah mula cuak.

" Aigoo, apa yang kamu lakukan di atas sana, Haemin-ah?" soal Wangseja, Na Jaemin.

" Selamat sejahtera, Wangseja. Semoga panjang umur " sapa para dayang sambil membongkok hormat.

" Terima kasih." balas Wangseja sambil tersenyum manis. Aushh merona sakan pipi dayang-dayang muda.

" Nana Orabeoni! naiklah! " suruh puteri Haemin saya sambil menepuk- nepuk dahan pokok yang didudukinya.

Tanpa membuang masa, Wangseja yang tampan itu memanjat pokok tersebut dan duduk di samping sang adik.

" Kenapa kamu duduk di sini Gongju ??" tanya Wangseja.

" Patik bosan Wangseja. Taerin pergi terlalu lama. Patik boleh mati kebosanan di sini." jawab Haemin

" Hei, apa maksudmu terlalu lama? Taerin kan baru je berangkat ke kampung halamannya kelmarin " balas Wangseja.

" Ya anda benar mama. Tapi patik bosan tanpanya. Kenapalah dia tidak membawaku bersama. Bolehlah patik berpetualang di Kerajaan Utara " ujar Haemin dengan bibir yang dimenungkan. Wangseja Jaemin mencubit pipi pau si adik. Aigoo gemushh..

" Kamukan ada beta," ujarnya lembut.

" Tapi anda sibuk, Tuanku. Patik jadi kesunyian " muncungnya ditarik semakin panjang. Alah merajuk laa katakan. Jaemin terkekeh pelan. Wajah adiknya yang merajuk nii comel sangat.

" Maaf, sebagai ganti, hari ini beta akan luangkan masa bersama Gongju kesayangan beta,humm." ujar Jaemin.

" Betulkah?" Si puteri menyipitkan matanya sambil melihat tajam ke arah Wangseja.

" Tentu saja!! " Jaemin mencubit pipi adiknya geram.

" Jadi apa yang akan kita lakukan?" soal si adik.

" bagaimana dengan memburu? " cadangan diberikan oleh Jaemin.

" Boleh tapi kita perlukan izin Abamama dan Eommamama." balas Haemin.

" Jangan risau, Orabeoni mu yang tampan ini sudah meminta izin. " ujar Jaemin sambil mengusap lembut kepala sang adik.

" Jinja?! Abamama dan Eommamama mengizinkannya?! " soal Haemin dengan teruja.

" Tentu saja, tapi kita kena pergi dengan pengawal dan General Moon Taeil" jelas Jeamin

" Gwenchana, asalkan dapat luang masa dan keluar istana dengan Orabeoniku yang tampan ini dah cukup baik dan membuatkanku amat bersyukur. Setidaknya aku tidak mati kebosanan. " ucap Haemin.

👑👑👑👑👑

Di Hutan.🌳

Seekor rusa jantan yang besar sedang memakan rumput dengan tenang tampan mengetahui bahawa nyawanya sedang terancam.

'maafkanku wahai rusa' batin seseorang.

Wushhh
Wushhh

Dua anak panah meluncur laju ke arah rusa itu. Dua panah itu tercucuk di bahagian perut si rusa jantan, membuatkan ia tumpas ke tanah.

" Wahh, kita berjaya!! " seru seorang gadis yang tak lain tak bukan, Puteri Bongsu Na Haemin. Nampaknya rusa jantan tadi akan menjadikan santapan makan malam keluarga istana. Jaemin terkekeh pelan. Tindakan adiknya itu membuatkannya ingin mencubit dan mencium pipi pau si adik. ( jangan jealous k)
Tingkah laku adiknya ini memang ajaib. Tadinya hampir menangis kerana kesian kata rusa tu, sekarang lompat - lompat sebab gembira dapat tangkap rusa tuu.... Ish Ish Ish.. Si Jaemin tak habis fikir dengan kelakuan adiknya itu. Biar la dia, asal bahagia, begitulah isi kepala seorang Na Jaemin.

Dalam perjalanan pulang, Jaemin dan Haemin menunggang kuda secara berdampingan. General Moon Taeil berada di hadapan mereka.

" Haemin-ah " panggil Jaemin dengan suara yang lembut.

" Nde Orabeoni " sahut Haemin

" Beberapa hari lagi kerajaan kita akan dapat kunjungan dari kerajaan Utara. Orabeoni akan jadi lebih sibuk dari biasa, " jelas Jaemin

" Kenapa mereka berkunjung ke mari?" soal Haemin yang sebenarnya tak rela sebab tak nak abangnya yang satu menjadi sibuk dan tidak dapat luangkan masa dengannya.

" Untuk mempereratkan hubungan antara kerajaan. " jelas Jaemin.

" Saya harap bila masa itu tiba, Taerin dah balik ke sini. " ujar Haemin.

" Ya, Taerin tu lagi tua dari kamulah. Kamu patut panggil dia Eonni." ucap Jaemin.

" Biarlah, lagipun Taerin bukannya kisah punn." balas Haemin tak nak kalah.

" Yela Yela, suka hati kamu lah" pasrah si Jaemin

Haemin terkekeh pelan. Muka pasrah dan kesal abang nya itu memang menjadi hiburan tersendiri baginya.

🌸 To Be Continue.....

Words;

Wangseja = Putera Mahkota
Gongju = Puteri
Mama = Tuanku
Orabeoni = Abang
Abangmama = ayahanda
Eommamama = Bonda

Hye guys, amacam chapter nii..
Kalau ada typo tu sorry enn..
Saya hanya manusia biasa...
Kalau ada salah kosa kata or ape ape bagi tau ehh.. Maklum lahh Cha ni budak masih belajar... Sapa yang curious tentang jati diri Taerin tuu mohon tunggu lah ye.
Jangan lupa komen n vote ok..
Salam sayang💜



CROWN 👑 PRINCESS CANDIDATE {MARK LEE}Where stories live. Discover now