Part 9

428 69 11
                                    

Jimin melihat pemandangan di atas bukit itu seorang diri. Dia tersenyum sendirian.

Hanya kedengaran tiupan angin yg sepoi-sepoi bahasa.

Dia menarik nafas dalam-dalam dan lepas.

Tiba-tiba, Jin dan Jisoo bermain dalam fikirannya. Jauh di sudut hati, dia berasa cemburu.

Ye, cemburu.

Jin hyung dah pun jumpa bakal pasangan sehidup semati dia.

Park Jimin pulak?

Oh, macam yg Jin hyung cakap.

Single.

Fikirannya mula bercelaru. Dia kusut. Entah mengapa dia berasa marah.

Dan ketika itu jugaklah, angin yg kuat tiba-tiba muncul. Semakin lama semakin kuat.

Baru sahaja Jimin mahu menjerit melepaskan kemarahannya, seseorang memegang bahu Jimin. Jimin menoleh ke belakang dan Jennie sedang tersenyum ke arahnya.

"Hye, Jimin! "

Jimin hanya mengeluh. Dia memejam matanya cuba menenangkan diri.

Jennie memuncungkan bibirnya apabila Jimin tidak melayan dia.

"Awak marah pasal semalam lagi ke? " tanya Jennie, risau.

Jimin tidak menjawab. Jennie segera memeluk Jimin dari arah belakang.

"Sorry lah. Saye tengah marah semalam. Saye patut bincang elok-elok. "

"Awak tahu ape awak buat tuh salah tapi awak still buat jugak. " Jimin menoleh ke belakang dan merenung Jennie.

"Alahh, lagipun kita ular, Jimin. Kita bukan orang baik pun. So, tak kan lah benda kecik macam tuh awak nak marah? Dulu, awak bunuh pakcik awak sendiri saya tak marah pun. " Jennie berkata seolah-olah merajuk.

"Itu dulu. Saya dah tak nak guna kuasa yg ada nih untuk bunuh orang. Dulu dan sekarang tak sama. " kata Jimin lagi.

Jennie hanya menundukkan wajahnya.

"Yah, tak best lah awak ni. Ehh, malam nih, kita pergi bunuh perempuan semalam nak tak? " kata Jennie dan matanya mula bercahaya berwarna kuning.

Jimin mengerutkan dahi. "Perempuan dekat rumah saye tuh? "

Jennie mengangguk laju.

"Dia tuh bakal isteri Jin hyung lah! Gila ke nak bunuh dia?!" Jerit Jimin dengan terkejut.

"What? Serious lah perempuan tuh bakal isteri Jin hyung? Jadi, ape yg diceritakan dulu memang betul lah? Kita boleh bercinta dengan manusia biasa? "

Jimin mengangguk. Namun, entah mengapa dia masih lagi berasa ragu-ragu.

"Tapi kita berdua pun boleh bercinta kan? " kata Jennie dan tersenyum sinis.

Jimin mengangkat kening. "Huh? "

Jennie memegang wajah Jimin dan menarik sedikit ke bawah. Dia mendekatkan dirinya ke arah wajah Jimin dan mencium bibirnya.

Jimin terkaku.

Jennie kemudian melepaskan ciuman itu dan memandang mata Jimin yg terbeliak besar itu. Dia melemparkan senyuman gembira.

"I love you Park Jimin. "

Jimin terkebil-kebil. Ianya berlaku dengan sangat pantas! Jennie tersenyum dan menunggu Jimin membalas namun dia hanya berdiri tegak dan membisu.

"Waeyo? " kata Jennie dengan nada yg agak kecewa.

Selama ini dia telah lama menaruh perasaan terhadap Jimin. Sudah lama dia menunggu peluang untuk meluahkan perasaannya.

Namun, setiap kali mereka bersama, Jimin seolah-olah mengelak dari dia. Sudah beratus percubaan dia telah cuba untuk memenangi hati Jimin.

Hasilnya tetap sama.

Jennie tersenyum tawar.

"Ohh, sorry lah. Saje nak test. Nak tengok awak cepat tergoda atau tak. " kata Jennie dan ketawa.

"Oky lah, awak pun tetiba jer bisu, saya balik dulu. Nak cari mangsa untuk makan malam ni. " kata Jennie dan berjelir lidah seolah-olah ular yg sedang lapar.

Dia berjalan meninggalkan Jimin dan masuk ke dalam keretanya.

Jimin hanya merenung Jennie yg telah pergi itu.

Entah mengapa mulutnya seolah-olah sukar dibuka. Dia tidak tahu berkata apa-apa.

Jennie luahkan perasaan ke tadi?

Dia s-suka saye?

Ehh, tak. Dia dah cakap dia just test.

Sudah, Park Jimin. Jangan berangan.

Dia just gunakan awak untuk keseronokkan!

Berhenti berharap!

____

Berhenti berharap Jennie.

Jimin tak kan sukakan awak.

Itulah ayat yg diulang oleh Jennie. Dia merenung gelas kaca yg berisi arak itu dengan lama.

Seorang lelaki yg berpakaian kemas dan mewah duduk bersebelahan Jennie. Dia memandang Jennie yg jelas kelihatan agak sedih.

"Hey, awak. Kenapa sedih-sedih dekat dalam bar ni? Sepatutnya awak berseronok. " kata lelaki itu cuba mengoda Jennie.

Jennie memandang lelaki itu dengan penuh meluat.

"Jangan menyebuklah. " kata Jennie dengan cold nya.

"Woah, garang. Ape kate malam ni ikut saye? Berseronok? Saye tahu awak tengah sedih. " kata lelaki itu lagi cuba memujuk Jennie.

"Tak nak. "

"Alah, jomlah. "

"Yahh!! Saya cakap tak nak, tak nak lah! Kau pekak ke?! " jerit Jennie dengan kuat.

Orang ramai yg berada di bar itu memandang mereka. Lelaki itu segera bangun sambil mengutuk dia.

"Gila punya perempuan. "

Secara diam-diam, Jennie menggunakan kuasanya dsngan mengerakkan kerusi ke hadapan lelaki itu.

Hasilnya, lelaki tadi tersungkur ke lantai akibat terlanggar kerusi itu. Dia segera bangun dengan malu dan meninggalkan bar itu.

Jennie hanya mengeluh.

Dia meneguk arak itu sekaligus. Lama-kelaman dia menjadi semakin mabuk. Perasaanya bercelaru.

Dia menundukkan kepala dan menutup mata dengan tangannya.

Dia menangis teresak-esak.

Sudah lama dia tidak menangis, namun hari ini dia tewas.

Dia berasa sgt kecewa.

"Kenape? Kenape useless sangat saya ni? Wae?!" Jennie menangis seorang diri.

____

[𝘾] DIFFERENT ° ᴶⁱⁿˢᵒᵒWhere stories live. Discover now