Jin sedang merenung ke luar tingkap seorang diri. Sudah beberapa jam dia di situ tanpa berbuat apa-apa.
Jimin merenung dia dari belakang dengan risau. Sudah malam, namun Jin belum makan ape-ape lagi.
"Jin hyung..Tak nak makan ker? " tanya Jimin sambil mencuit bahu Jin.
Jin hanya membisu. Jimin mengeluh lalu duduk di sebelah Jin.
"Awak marah lagi ker? Sorry lah, tak tahu pulak Jisoo akan balik rumah dia semula. Maybe dia terasa dengan saye dan Jennie. Sorry... " kata Jimin dengan perasaan bersalah.
Jin memandang Jimin dengan riak wajah sedih.
"Agak-agak Jisoo bencikan hyung? Mesti dia merajuk sebab tuh dia nak sangat balik rumah dia. " tanya Jin.
Jimin terdiam. "Hyung...Masih sayangkan dia? "
"Mestilah! Saye sanggup buat ape saje demi dia. " kata Jin bersungguh-sungguh.
Jimin bukan ape, dia cuma risau akan keselamatan Jisoo. Jisoo mungkin dalam bahaya kalau dia tetap bersama Jin. Dah lah Jin tuh tak dapat kawal kuasa dia, bila-bila masa jer Jisoo akan cedera disebabkan Jin sendiri.
Jimin mengeluh. Dia mengukir senyuman terpaksa kepada Jin.
"Ape kata hyung pergi pujuk dia? "
"Pujuk? Macam mane? "
"Macamm....Pergi jalan-jalan ker? Alahh, macam sweet couple selalu buat lah. " kata Jimin tersenyum sinis.
Jin memuncungkan mulutnya.
"Manalah saye tahu benda-benda sweet couple tuh. Ingat hyung pandai sangat ker bab-bab tuh? " kata Jin mengaru kepalanya yg tidak terasa gatal.
Jimin terus mendekati Jin dan memeluk bahunya. Teruja pulak dia nak bagi cadangan.
"Oky, macam nih. First, hyung perlu ajak dia keluar esok. Jangan bagitahu awal-awal. Terus jer masuk rumah dia and buat surprise ! "
Jin mengangguk laju. "Lepas tu? "
"Lepas tuh, keluarlah jalan-jalan dengan dia. Pergi beli aiskrim, sembang-sembang dulu, lepastu pergi pulak taman."
"Oky, yg nih epic sikit, awak beli siap-siap belon bentuk love, bunga-bunga ros, lepastu hyung suruh Jisoo duduk dekat situ and time nih lah..Hyung main gitar dan nyanyi dekat dia. " kata Jimin tersenyum sinis.
"Tapi bukan ke macam melebih jer tuh. Nanti org ramai tengok tak pelik ke? " kata Jin kurang yakin.
"Itulah hyung tak tahu. Sekarang ramai orang buat macam tuh. Awak jer yg ketinggalan. "
Jin berfikir lama. Beberapa minit kemudian, dia tersenyum.
"Baiklah! Hyung ikut rancangan awak. "
"Cunn!! "
____
Jisoo sedang menonton televisyen selepas makan tengah hari. Memandangkan dia sudah pun dipecat, jadi tiada apa lagi yg boleh dia lakukan. Makan, tengok drama, dan tidur.
"Eiiii!! Comelnyaa!! " Jisoo menjerit sambil mengenggam jarinya dengan comel melihat pasangan kekasih di televisyen.
Pasangan kekasih itu sedang memeluk satu sama lain sambil ketawa.
"Sweet lah lelaki tuu~" kata Jisoo memuncungkan bibirnya.
"Saye sweet lagi. "
Tiba-tiba, terdengar suara seseorang dari arah belakang. Orang itu memeluk bahu Jisoo dan meletakkan dagunya ke atas kepala Jisoo.
Jisoo tersenyum. Dia kenal suara itu dan dia tahu siapa yg sedang memeluk dia.
"Jin-shi? "
"Ehh, macam mana awak tahu? " tanya Jin dengan nada terkejut.
"Nih Kim Jisoo lahh~" kata Jisoo dan mendongakkan kepalanya, melihat Jin yg tersenyum manis ke arahnya.
Jin duduk bersebelahan Jisoo dan memeluk bahunya.
"Kenapa datang ni? " tanya Jisoo.
"Ehh, datang tak boleh ke? K bye. "
"Ish, saye tanya jelah! " kata Jisoo dan menarik Jin untuk duduk semula.
Jin terkekeh kecil. "Saye nak ajak awak keluar. "
"Keluar? Nak! Jom! " kata Jisoo dan segera berlari ke biliknya untuk bersiap.
Jin tersengeh melihat gelagat Jisoo yg comel itu.
____
"Awak nak pergi mane? " tanya Jisoo sambil memeluk lengan Jin.
"Kita jalan-jalan kejap lepastu kita beli aiskrim! "
"Yeay, aiskrim! " jerit Jisoo dengan teruja.
Mereka berjalan sambil berpegangan tangan di sekitar taman itu. Terdapat beberapa gerai makanan yg dijual berdekatan taman tersebut.
Ramai orang sedang melakukan aktiviti di situ. Ada yg berbasikal, bermain layang-layang, bersembang, menikmati angin yg sepoi-sepoi bahasa dan kanak-kanak yg berkeliaran bermain kejar-kejar.
Jin dan Jisoo berhenti di sebuah gerai aiskrim.
"Awak nak aiskrim ape? " tanya Jin sambil melihat aiskrim yg pelbagai perisa itu.
"Urmmm..Strawberry! "
"Saye nak satu aiskrim kon perisa strawberry dan satu lagi yg chocolate punye. " kata Jin dan menghulurkan duit kepada penjual itu.
Setelah mendapat aiskrim mereka, Jin menarik lengan Jisoo untuk melakukan rancangannya.
Dia ternampak Jimin di hujung taman itu dan sedang mengenyitkan matanya tanda semua berjalan dengan lancar.
"Jisoo, pegang aiskrim saye kejap. " kata Jin dan memberikan aiskrimnya kepada Jisoo. Dia mengeluarkan kain hitam dan mula menutup mata Jisoo.
"Erkh, apa awak nak buat nih? Kenapa tutup mata saye? " tanya Jisoo dengan hairan.
"Kejap, saye ade surprise ! "
"Surprise? Woahh~"
Jin membawa Jisoo ke hujung taman itu. Terdapat beberapa belon berbentuk love, kelopak bunga ros yg ditabur di atas tanah, dan gitar yg tersandar di pokok.
Jin menyuruh Jisoo duduk ditengah-tengah kelopak bunga ros itu dan mula memegang gitar.
"Okey, dah boleh bukak mata! " kata Jin dengan teruja.
Jisoo membuka kain yg diikat di matanya dan terkedu melihat sekelilingnya. Penuh dengan kelopak bunga dan belon-belon berbentuk love.
Jin mula bermain gitar dan menyanyi.
I found a love, for me~
Oh darling, just dive right in and follow my lead
Well, I found a girl,
Beautiful and sweet
Oh, I never knew you were the someone waiting for me~Orang ramai mula berhenti dan melihat Jin yg sedang bernyanyi itu.
Jisoo tersenyum kekok kerana agak malu dengan perhatian orang ramai.
Sedang Jin seronok bernyanyi, Jimin dan Jennie memerhatikan mereka dari jauh.
"Awak saje kan suruh dia menyanyi depan-depan orang ramai ni? " tanya Jennie.
"Yup, alahh takpe. Sekurang-kurangnya orang ramai perlu tahu suara dia sedap. " kata Jimin dan ketawa terbahak-bahak.
Jennie mengeleng-geleng kepala. Seronok betul dia mengenakan Jin.
____
Fast updated ^O^
YOU ARE READING
[𝘾] DIFFERENT ° ᴶⁱⁿˢᵒᵒ
Roman d'amour"𝐌-𝐦𝐚𝐭𝐚 𝐚𝐰𝐚𝐤! " - 𝐊𝐢𝐦 𝐉𝐢𝐬𝐨𝐨 "𝐊𝐞𝐧𝐚𝐩𝐚? 𝐂𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤 𝐤𝐚𝐧? " - 𝐊𝐢𝐦 𝐒𝐞𝐨𝐤𝐣𝐢𝐧 Highest ranking: #1 in jinsoo on 051220 #9 in blackpink on 271220 #6 in jisoo on 280121 #1 in jinbts on 141221 Start: 9/11/2020 End: 26/12/20...